travel, food and lifestyle blog

Followers

LIVE VIEWING PARTY ANJURAN DCODE | MAN UTD vs MAN CITY

LIVE VIEWING PARTY ANJURAN DCODE | MAN UTD vs MAN CITY | Semalam MY dan beberapa blogger ada lepak di Encorp Strand Mall Kota Damansara, sempena berlangsungnya Live Viewing Party anjuran DCODE. Parti ini ialah sempena game EPL di antara pasukan pilihan Man Utd vs Man City . Pelbagai acara di adakan termasuk konsert oleh artis-artis popular seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Forteen, Amir Jahari dan Hanny Madu + Keyda.


Dengan perancangan perjalanan yang baik, MY dan blogger Fauzi sampai ke lokasi seawal 5.30 petang, party pula akan bermula pada jam 7.00 pm. *takpe sampai awal, asalkan jangan lewat kan. Party ini diadakan di ruangan terbuka Encorp Strand Mall Kota Damansara.

Pendaftaran dibuka tepat jam 7pm
Setiap pegunjung yang datang haruslah mendaftar di kaunter-kaunter yang telah mereka sediakan. Parti ini hanya boleh disertai mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. 

kaunter pendaftaran
Apa yang paling best kat sini bila dapat lihat ramai yang hadir bersama rakan-rakan dengan memakai jersy pasukan pilihan masing-masing.

Layar hijau
Perkara pertama yang kami buat setelah menjejakkan kaki kat dalam ni ialah ambil gambar kat layar hijau. Korang akan diberi 2 pilihan latar belakang stadium bola sepak. Jadi, ianya akan membawa kita seolah-olah berada di Stadium Old Trafford. *wow. haha.

Capture dan terus print
*macamana, style tak? Jadi gambar yang diorang capture ni akan terus diprint dan kita boleh bawak balik . *yeay.

Pelbagai merchandise dijual
Sementara menunggu perlawanan EPL yang akan bermula jam 10.05 malam, kita juga berpeluang untuk bermain  3 jenis game yang disediakan untuk memenangi hadiah-hadiah yang cukup hebat dan menarik. Antara hadiah yang boleh dimenangi ialah iPhone 6S, iPad mini, jersey Man Utd dan Man City yang ada autograph pemain dan macam-macam lagi.


Permainan pertama yang korang boleh main. Bagi MY yang ni paling mencabar antara ketiga-tiga permainan yang ada. Peraturannya, korang kena Dribble bola selaju yang mungkin untuk mencipta rekod. Laju-laju jugak, tapi jangan ingat semudah itu. Dalam padang berbentuk 50 ini, korang kena dribble bola selaju mungkin tanpa bola meyentuh dinding.*nah ambik kau, bernanah kaki nak bawak bola laju-lajukan.


Game yang kedua ni macam konsep main pool. *nampak sebiji bola merah kat situ? Korang kena tendang bola silver untuk memasukkan bola merah ke dalam lubang dengan hanya 5 kali tendangan sahaja. Ok game ni MY gagal. *kaki bangku katanya. hahahaha.


Last game !! Game paling mudah, bahkan gegadis pun boleh score. Main teka puzzle. Lengkapkan tekaan puzzle dalam hanya beberapa saat. Boleh kejang otot lengan jugak main benda ni. hahahaha. Dan iannya memang tidak mengecewakan. MY berjaya. yeay.

pin untuk menebus hadiah
Bila anda dapat memenuhi keperluan permainan yang korang main tadi. Atau dalam kata erti lainnya, korang menang. Maka, sebiji pin merah ni akan diberikan kepada korang untuk korang menebus hadiah. Cara menebus hadiahnya juga boleh buat korang rasa berdebar-debar. Serah pin yang korang ada untuk memilih satu dari ratusan sampul surat di wall yang diorang sediakan. Jika nasib anda baik. iPhone 6s akan menjadi milik korang. Tapi, nasib tak menyebelahi kita sebab kita hanya mampu menang air coka cola je. wuwuwu.

Layan konsert
Lepas letih bersukan melayan game-game tadi, masa untuk terapi jiwa dengan konsert. Untuk pengetahuan korang, party ini telah dihidupkan dengan pengacara yang cukup meriah iaitu Ray Era FM. Antara artis yang kami tunggu-tunggu malam tu ialah Dayang Nurfaizah, Forteen dan Faizal Tahir, manakala artis lain yang turut membuat persembahan adalah Amir Jahari dan gandingan Hunny Madu dan Kayda.


Tepat jam 10.05 pm. Semua pegunjung tertumpu di screen besar di pentas utama dimana konsert berlansung. Kini skrin besar itu telah memulakan tayangan untuk game Man Utd vs Man City.

Antara penyokong Man Utd yang hadir
Ramai diantara penonton yang hadir adalah dari kalangan peyokong Man Utd. Walaupun perlawanan diakhiri dengan 0-0. Semua peyokong yang hadir memang sangat awesome dengan semangat yang diorang bawa.

Tayangan di skrin di bahagian permainan._foto Faizal Fredley
Oh sebelum terlupa, disini juga turut dimeriahkan dengan food trucks. macam-macam makanan best ada dijual.

food truck
Apapon, party kalini memang best. Kalau boleh, pihak DCODE boleh anjurkan lagi pada masa-masa akan datang. 
Share:

Betul ke Pontianak Sebenarnya Bogel ? | KISAH SERAM

Betul ke Pontianak Sebenarnya Bogel | KISAH SERAM | Korang tahu tak asal usul pontianak? Adakah ianya jin atau something else? Betul ke ianya wujud dan asalnya dari pompuan yang meninggal ketika mengandung atau ianya hanya dari jenis jin berlevel rendah? Ianya menghisap darah ke atau energy (life force kita)? sebab apa MY tanya macam tu kerana ade yang kata Pontianak ni menyedut darah atau life force dari jarak jauh (dah tak payah gigit dah). Huh boleh macam mana tu?

Pontianak
Macamana rupe Pontianak yang sebenar? Setengah orang kata Pontianak ni bogel. huh buruk beno bunyinyo. Makin poning pun ado. Mana satu betol ni. Kalau dalam movie sopan pulak si Pontianak tu pakai jubah bagai kan. *huh Banyak betol persoalan yang MY keluarkan ye.

Kalau tak silap dalam buku sastera melayu (form 6) ade tertulis tentang kisah Pontianak ni. Katanya Pontianak ni wujud kat tanah melayu sebelum kedatangan Islam lagi. Maknanya dah lama sangat la geng-geng pontianak ni menetap kat negara kita . huhu. *ceh tetiba buat lawak =.=

Pontianak From Indonesian mythology, the Pontianak are the spirits of ladies who died during child-birth, and became undead. Pontianak are said to scare people (mostly men), and then rip out their internal organs for feeding with their claws. In the case of men that the Pontianak knew when they were alive (who abused, or otherwise betrayed them), they are said to remove the man’s genitalia with their bare hands (Ouch!!). They are much like vampires; however, they do what they do more out of vengeance, rather than necessity or sustenance. It’s also hard to judge just how far away from you they are; usually, a loud cry means the Pontianak is far away, whereas a soft cry signifies that the Pontianak is nearby. It is also said that a faint floral fragrance is detected upon first seeing it, however, the fragrance changes to something rotten after a short period of time. Pontianak are believed to live in banana trees, a possible phallic-/fertility-reference.
Source: listverse.com

Diorang ( orang zaman dulu-dulu ) sebenarnya dikatakan mencipta cerita Pontianak ni untuk menakut-nakutkan anak mereka agar tak bermain jauh kedlm hutan *takut dibaham binatang buas. So, kalau begitu, betul ke ianya wujud?

Walau macamana pun, bagi wa Pontianak ni adelah jelmaan syaitan atau jin sebab dua-dua adelah shapeshifters, tambah lagi syaitan yang sentiasa nak menyesatkan manusia, maka mereka akan menjelma menjadi makhluk yang boleh menakut-takutkan manusia.

.
Share:

NIGHT OF FRIGHT 3 | KISAH SERAM DI SUNWAY LAGOON

NIGHT OF FRIGHT 3
NIGHT OF FRIGHT 3 | KISAH SERAM DI SUNWAY LAGOON | 17 Oktober lepas, MY telah berpeluang ke Sunway Lagoon. *ada apa di sana? . Dari luar lagi sudah kedegaran suara orang menjerit ketakutan. Oh rupanya sekarang ni sedang berlansungnya NIGHT OF FRIGHT 3 di Sunway Lagoon.

Malaysia's premier fright festival returns for 14 nights this October. New mazes and scare zones this season includes Death Port, Escape from Pudu 2, Kevil Hill, Sadako Dori & Toxic - the scariest place unearthed!

Kalau sebelum ni MY pernah memasuki rumah hantu di Genting Highland, untuk kali ni ianya cukup berbeza. Keseraman di NIGHT OF FRIGHT 3 ini boleh dikatakan cukup hebat sekali. Keseluruhan taman tema air Sunway Lagoon telah diubah suai dengan tema seram festival ini menjadi scream park. 

Perkenalkan Mr.Chaos dan pasangannya Ms.Havoc

Mr.Lynton V Harris, Chairman and Chief Exec.Officer of the Sudden Impact Entertainment Company menyatakan Mr.Chaos iaitu zombie yang sudahpun terkenal dalam kalangan pengunjung Sunway Lagoon ini akan kembali lagi tetapi tahun ini agak berbeza sedikit kerana Mr.Chaos tak keseorangan kerana Mr.Chaos akan berkahwin dengan Ms.Havoc. *untungla hantu pun bernafsu jugak nak kahwin tu.


Dalam korang dok syok berjalan-jalan melayan perasaan, boleh pulak muncul makhluk ni depan hidung korang. Mau tak cukup tanah MY lari. Makin kita lari makin dia kejarnya kita ni ha. waaaaa tolonggg. Kita tak kawin lagiiii. *tetiba rasa nak cabut-cabut je satu persatu paku kat kepala dia tu ha.


Takut punya pasal kita pi lari naik perahu ni ha. Alahai sekali lari dari kandang rimau, termasuk pulak kandang buaya.. *adeh.. adeh.. adeh.. nyesal. Sekali dia hayun-hayun dan pusing berenti kat atas tu. *wallawei berenti jantung ni ha. Sumpah aku tak nak naik dah benda ni. Meronta-ronta kita kat atas tu minta diorang berenti. Tapi sorang pun tak endahkan kita. wuwuwuwu.

Blood pack

Bila dah menjerit telolong lari kesana kemari dikejar hantu tu, tekak pun mula rasa dahaga. Jadi kalau korang nakkan kelainan boleh cuba cari zombie penjual darah, tak perlu risau sebab zombi tu jinak, dijaga oleh seorang professor semata-mata untuk jual "blood pack" je. Ianya dijual dalam bekas yang begitu unik seolah-olah ianya benar-benar darah, *padahal ianya cuma jus tembikai je pun. wuwuwuww. Ianya dijual dengan harga RM10 per pack. 

Ju-on

Dah puas jalan-jalan di sekitar luar scream park, kami mula mencabar keberanian kami untuk memasuki rumah hantu pertama. Eh eh dalam perjalanan boleh pulak disapa oleh Ju-On ni. merangkak-rangkak dari semak tu. *hai kak, tak sakit pinggang ke merangkak-rangkak camtu?.


*ha amacam seram tak yang ni? Yang mana lagi seram, yang belakang ke yang depan? eh eh huhu. MY lupa nama apa dah hantu ni, kalau dulu korang masih ingat cerita hantu orang putih lama-lama dulu "13 Ghost" rasanya beliau ada. Abang ni macam hantu terlepas dari wad sakit mental camtu ha. 


Masa dok beratur tunggu giliran nak masuk rumah hantu tu boleh plak minah koboy ni datang dok sebelah kita ha. *hoi ko ingat ko cantik?. Awak kita takooot. wuwuwu. Rasa nak tunjal je dahi dia, tapi dia ada kapak la awak. Tak pasal-pasal nanti balik takde kaki.

peyiksaan di penjara pudu

Untuk pengetahuan korang, kat sini ada macam-macam jenis rumah hantu yang boleh korang rasa sendiri. Setiap rumah hantu sudah semestinya berbeza dari rumah hantu yang lain. Apa yang MY leh cadangkan kat korang, if korang datang ke sini. Tolong jangan skip untuk masuk ke Escape from Pudu 2 dan Zon Toxic kerana ianya cukup-cukup membuatkan korang meronta-ronta. Di  Escape from Pudu 2 korang akan dengar suara raungan yang tiada henti. Seolah-olah ingin meyampaikan tentang peyiksaan banduan di dalam sesebuah penjara berhantu. huhu.

zon toxic

Dan penutupnya dengan zon toxic yang cukup mencabar. Anda akan dibawa untuk meneroka dunia sebenar dalam kegelapan. Ianya cukup berbeza dengan rumah hantu lain kerana ianya adalah didalam sebuah hutan. Di dalam inilah anda akan berjalan didalam kegelapan beramai-ramai dan akan melihat mayat-mayat bergelimpangan  di kiri kanan anda. Mungkin inilah punca sebenar terjadinya zombi-zombi yang terlepas diluar sana. Bumi yang tercemar oleh toxic-toxic angkara dari manusia sendiri.

Dalam kesunyian korang mengatur langkah satu per satu, tetiba kedengaran orang menghidupkan chain saw. Dan ianya ada di belakang korang, tak jauh dari korang. Dia mula mengejar seolah-olah ada dendam yang perlu di selesaikan. *jadi apa lagi lari la weiii. ko gila nak tunggu tercegat kat situ. Mau gugur jantung ni. Serius, dah rasa macam real dah pengalaman seram kali ni.


Apa yang MY nak nasihatkan disini, kalau nak pergi kesana jangan pergi sorang-sorang. Bawalah sapa-sapa yang sekepala. Boleh jerit meraung lari sama-sama kalau kena kejar hantu kan. haha. Kalau rasa diri tu ada lemah jantung, batalkan aja niat nak ke sini. Kang jadi benda lain pulak.



Harga online : 1 pax RM45, 2 pax RM80


Share:

SENI BUNGA TEKAP DAN PERSONALITI DIRI


BACA PESONALITI DIRI MELALUI BUNGA KERING | Bunga segar sudah semestinya tidak akan tahan lama jika diberi pada orang yang tidak pandai menafaatkannya, tetapi jika sebaliknya dengan pembuatan bunga tekap (bunga kering) ia boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan kerana hasil kerja seni ini sangat tinggi nilainya dan boleh mencecah ribuan ringgit sepertimana yang telah diusahakan oleh Puan Esiah Kaimun dari Banting, Selangor.

Baca personaliti diri
Selain membuat bunga tekap, Mak Cik Esiah juga memiliki kelebihan membaca pesonaliti seseorang melalui bunga. Maksudnya disini, beliau mampu membaca personaliti kita dengan melihat cara susun atur bunga tekap yang kita buat. Mak Cik Esiah juga mampu memberi khidmat motivasi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Hampir 90% bacaan personaliti MY benar. Persoalannya macamana dia boleh tahu sedangkan kami berjumpa baru beberapa jam. hehe. Apa yang paling mengejutkan bila dia beritahu MY bahawa keinginan untuk meniaga tinggi, tetapi apa yang hendak diniaga tu masih belum ada.

Yes, itu memang benar. Sangat benar. huhu.

Bagi korang yang nak mendapatkan hasil bunga tekap Mak cik Esiah ni bolehlah rujuk info di bawah ni.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

LAMAN KRAFTANI ENTERPRISE
(Esiah Kaimun) 
Lot 1618, Jalan Damai, Sungai Lang Tengah
Banting, Selangor.

Tel: 019-253 4620
Tel/fax: 603-3181 7052
email: lamankraftani@yahoo.com

Rujukan : www.projektravel.com

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive