travel, food and lifestyle blog

Wednesday, July 29, 2015

RUMAH TERBUKA RAYA MAJALAH GAYA TRAVEL



RUMAH TERBUKA RAYA MAJALAH GAYA TRAVEL | Rumah terbuka raya pertama yang MY hadir selepas balik beraya di kampung halaman iaitu Rumah Terbuka Raya Majalah Gaya Travel yang telah diadalan di RUANG EVENT SPACE, Seksyen 16, Shah Alam. Majlis Rumah Terbuka Raya Majalah Gaya Travel ni telah berlansung dari jam 5 pm hingga 9 pm.
Ggarage51my Coffee
Semangat Hari Raya masih ada bila memakai pakaian kebangsaan baju melayu desama sampin dan songkok ni. *rasa macam jadi YB seketika pun ada. eh. Bukan senang nak tengok MY pakai complete set baju melayu macam ni. Maklumla dah lama tak beli baju raya. Tahun ni je tetiba rasa nak beli baju raya. huhu.
Para Blogger yang turut memeriahkan Rumah Terbuka
Banyak aktiviti menarik telah diadakan dengan hadiah yang cukup hebat, antaranya seperti pertandingan memakai sampin, pertandingan membuat ketupat, pertandingan pakaian terbaik kategori lelaki dan wanita, pertandingan teka lagu raya dan banyak lagi. *aktiviti bergambar tu adalah wajib la kan.haha
pertandingan pakai sampin
Cabutan bertuah juga diadakan untuk para tetamu yang hadir dengan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej percutian yang mencecah ribuan ringgit. *woah memang berbaloi datang beraya disini. Tak hairanlah ramai yang datang dan sanggup tunggu sampai habis event baru nak balik rumah kan. hahahaha. Alhamdulillah, MY pun bertuah jugak, dapat 3 tiket masuk ke taman tema Lost World of Tambun. *yeay, syukur rezeki kat sini.
ruang terbuka majlis
Ruang atas
Antara para sponsor yang turut menjayakan majlis Rumah Terbuka Raya Majalah Gaya Travel  ni ialah  Aireka Moment, instaboothKualalumpur, Ruang dan Garage51MY .

Blogger dan team Gaya Travel
Terima kasih diucapkan kepada pihak Gaya Travel kerana sudi menjemput saya dan ahli ProjekTravel untuk bersama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka ni. Serius MY ucapkan, ni merupakan rumah terbuka paling happening yang pernah MY hadir. Tahniah diucapkan. hehe

Share:

10 comments:

  1. wah..bestnya dan beruntung sungguh..

    ReplyDelete
  2. sedih pedih. gambor takdak. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la, gambar hang dok makan durian tu ha. ekekekeke

      Delete
  3. cun giler gambar YB MY..hehehehe walaupun duduk dekat shah alam, tak pernah tau ada Ruang Event Space ni, nak pergilah nanti..

    ReplyDelete
  4. Amboi seronoknya bergembira dan beraya sesama blogger tu...

    ReplyDelete
  5. Bestnya...dapat makan banyak.

    ReplyDelete
  6. Wahh bestnyee...hahah betol pon ada gaya yb la hang MY.... Siap ad game tu yg sronok tu...huhu

    ReplyDelete
  7. Musim Raya .. open house di mana2. happy tummy kita. haha.

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive