travel, food and lifestyle blog

Followers

MENANG KUIZ PASPORT ASEAN MINGGU PERTAMA

Pasport Asean 2015
Masih ingat lagi ke peristiwa MY conteng kain pelikat Blogger Penaberkala gara-gara khusyuk megambil nota untuk join kuiz Pasport Asean di TV1 minggu lepas?
MENANG KUIZ MINGGU PERTAMA | Ternyata semua tu tidak sia-sia kerana MY telah menang untuk kuiz tersebut. Alhamdulillah. Memang tidak disangka kerana MY ingat dah tak ada peluang untuk menang. Tapi mungkin ini dikatakan rezeki.  Majlis peyampaian hadiah telah berlangsung masa Event Perasmian Pasport Asean pada hari selasa lepas ( 28/07/2015). *agak-agak apa yang MY menang ya?.
Majlis peyampaian hadiah dan perasmian Pasport Asean
Ha ni la nak cerita kat korang, hadiah dia cukup exclusive dan awesome sangat. Pakage percutian 3 hari 2 malam untuk 2 orang di Philea Resort & Spa Melaka

Philea Resort & Spa Melaka
PAVILION Room
*wallaweh tak pernah terfikir nak stay in kat resor semewah nie. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak Gaya Travel untuk hadiah yang awesome ni ya :). Nak nangis rasa, teruja sangat-sangat. Alhamdulillah, boleh masuk dalam list projek travel seterusnya.

PASPORT ASEAN | "Pasport ASEAN" merupakan satu rancangan TV baru yang dihasilkan oleh Gaya Travel Nusantara, Radio Televisyen Malaysia (RTM), dan Air Asia sebagai rakan penerbangan rasmi.

Mempunyai matlamat sendiri selain daripada program pelancongan yang lain, "Pasport ASEAN" membawa penonton untuk meneroka destinasi di seluruh negara-negara ASEAN.
Selaras dengan Malaysia yang memegang peranan ASEAN 2015, "Pasport ASEAN" bertujuan untuk meningkatkan intra-ASEAN pelancongan dan idea pasaran ASEAN tunggal.
*ha..kalau korang nak menang hadiah macam MY. Jangan lupa untuk mark calendar korang untuk meyaksikan rancangan “Pasport ASEAN” ni yang ditayangkan pada setiap hari ahad di TV1 pada pukul 9.30 malam.

Bukan MY saja-saja suruh tengok tau. Ini kerana mereka ada menawarkan pelbagai hadiah menarik dan eklusive sehingga RM30,000 termasuk pakage percutian untuk penonton bertuah. *amacam !! bergetar tak tulang rusuk korang? eh hahaha. Rancangan ini mempunyai 13 episod kesemuanya.

Jadi jangan lepaskan peluang yang ada. Mereka ada menawarkan 13 kuiz mingguan dan 1 kuiz terkumpul. Jadi apa tunggu lagi. Follow media sosial diorang untuk update.


Terima kasih lagi sekali MY ucapkan kepada Majalah Gaya Travel. Kepada korang semua MY ucapkan semoga berjaya .

Share:

PENERBANGAN AIRASIA X KE HOKKAIDO JEPUN

Leaf-peeping season Hokkaido _ Foto www.huffingtonpost.com
PENERBANGAN AIRASIA X KE HOKKAIDO JEPUN | 28 Julai 2015 yang lepas MY telah berkesempatan menghadiri majlis pelancaran laluan baru penerbangan AirAsia X iaitu ke Hokkaido Jepun. AirAsia X peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh telah mengumumkan akan memulakan penerbangan terus 4x seminggu dari Kuala Lumpur ke Sapporo bermula 1 Oktober 2015. 
AirAsia X peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh
PROMOSI SERENDAH RM99* | Bersempena dengan ini, AirAsia X telah menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula dari serendah RM99* sehala bagi tempat duduk ekonomi atau RM999* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed.
PROMOSI SERENDAH RM99*
Promosi ini boleh didapati untuk tempahan melalui laman web bermula dari semalam sehingga 2 Ogos 2015 dan bagi tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2015 hingga 31 Ogos 2016. Kesemua tambang promosi ini boleh ditempah menerusi laman web di airasia.com atau aplikasi AirAsia bagi iPhone dan peranti Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.
Jadual penerbangan bagi Kuala Lumpur Malaysia (KUL)- Sapporo-Chin Chitose, Japan (CTS)
(KUL-CTS) (D7 550) ( Berlepas 11.35pm) (Ketibaan 8.10am) (Kekerapan: Selasa, Sabtu, Khamis & Ahad)
(CTS-KUL) (D7 551) (Berlepas 9.20am) (Ketibaan 5.00pm) (Kekerapan: Isnin, Selasa, Jumaat & Ahad)
Benyamin Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad | "Kami amat teruja untuk mengembangkan rangkaian kami di Jepun dengan penerbangan terus ke Sapporo, Hokkaido ini ! Kami berbesar hati melihat rangkaian kami berkembang dengan kukuh kerana AirAsia X adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi penerbangan terus berjadual dari Kuala Lumpur ke destinasi bertaraf dunia ini!"
Foto bersama Mr. Benyamin Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad
"AirAsia X telah membawa lebih dari 1.5 juta tetamu antara Jepun dan Malaysia. Kami yakin laluan ini akan lebih menarik lebih ramai pelancong Jepun dari Sapporo yang berminat untuk menerokai bandar-bandar dirantau ini. Laluan terus ini akan menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia dan seterusnya menyambung ke pelbagai destinasi ASEAN dan lebih jauh lagi." tambah beliau.
Bersama rakan blogger di Majlis Pelancaran AirAsiaX ke Hokkaido

KENAPA PERLU KE HOKKAIDO | Hokkaido merupakan sebuah pulau di utara Jepun. Hokkaido pada ketika ini menjadi pulau terbesar ke 21 di dunia. Ada banyak acara tahunan khusus dari Hokkaido termasuk panorama indah empat musim, keindahan alam yang cukup megah, dan makanan laut yang sedap yang wajib dicuba.
Hokkaido Flower World_foto www.mwtravel.com.au
Blue Pond, Hokkaido_foto travel.nationalgeographic.com
fresh and high-quality seafood_ foto supervaluetours.com
Jadi ni merupakan peluang keemasan untuk kita ke Jepun dengan tambang yang rendah. Jangan buang masa jom kita ke Hokkaido. yeah.

Share:

RUMAH TERBUKA RAYA MAJALAH GAYA TRAVEL



RUMAH TERBUKA RAYA MAJALAH GAYA TRAVEL | Rumah terbuka raya pertama yang MY hadir selepas balik beraya di kampung halaman iaitu Rumah Terbuka Raya Majalah Gaya Travel yang telah diadalan di RUANG EVENT SPACE, Seksyen 16, Shah Alam. Majlis Rumah Terbuka Raya Majalah Gaya Travel ni telah berlansung dari jam 5 pm hingga 9 pm.
Ggarage51my Coffee
Semangat Hari Raya masih ada bila memakai pakaian kebangsaan baju melayu desama sampin dan songkok ni. *rasa macam jadi YB seketika pun ada. eh. Bukan senang nak tengok MY pakai complete set baju melayu macam ni. Maklumla dah lama tak beli baju raya. Tahun ni je tetiba rasa nak beli baju raya. huhu.
Para Blogger yang turut memeriahkan Rumah Terbuka
Banyak aktiviti menarik telah diadakan dengan hadiah yang cukup hebat, antaranya seperti pertandingan memakai sampin, pertandingan membuat ketupat, pertandingan pakaian terbaik kategori lelaki dan wanita, pertandingan teka lagu raya dan banyak lagi. *aktiviti bergambar tu adalah wajib la kan.haha
pertandingan pakai sampin
Cabutan bertuah juga diadakan untuk para tetamu yang hadir dengan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej percutian yang mencecah ribuan ringgit. *woah memang berbaloi datang beraya disini. Tak hairanlah ramai yang datang dan sanggup tunggu sampai habis event baru nak balik rumah kan. hahahaha. Alhamdulillah, MY pun bertuah jugak, dapat 3 tiket masuk ke taman tema Lost World of Tambun. *yeay, syukur rezeki kat sini.
ruang terbuka majlis
Ruang atas
Antara para sponsor yang turut menjayakan majlis Rumah Terbuka Raya Majalah Gaya Travel  ni ialah  Aireka Moment, instaboothKualalumpur, Ruang dan Garage51MY .

Blogger dan team Gaya Travel
Terima kasih diucapkan kepada pihak Gaya Travel kerana sudi menjemput saya dan ahli ProjekTravel untuk bersama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka ni. Serius MY ucapkan, ni merupakan rumah terbuka paling happening yang pernah MY hadir. Tahniah diucapkan. hehe

Share:

80 METER DI PUNCAK MENARA TAMING SARI

80 METER DI PUNCAK MENARA TAMING SARI | Alhamdulillah, sempena lawatan sahabat media baru ni ke negeri Melaka, MY telah berkesempatan untuk rasa sendiri bagaimana pengalaman menaiki Menara Taming Sari yang dikatakan boleh melihat keindahan bandaraya Melaka dari ketinggian 80 meter.
Dari berketinggian 80 meter, dipuncak Menara Taming Sari_ Foto penaberkala.blogspot.com
Betullah kata orang, kalau ke Negeri Melaka, Tak sah kiranya kalau korang tak naik kepuncak Menara Taming Sari. Apa yang specialnya dengan menara taming sari nie? Jom kita tengok .

Dari berketinggian 80 meter, ia menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan panorama sebenar Kota Melaka dan dengan pelbagai tempat-tempat menarik seperti St.Paul’s Hill, Independence Memorial Building, Samudra Museum dan kapal, Flor De La Mar, Dataran Pahlawan, Pulau Selat Mosque, Pulau Besar dan Selat Melaka. Selain itu juga secara tidak lansung anda juga dapat melihat sendiri bagaimana pembagunan yang cepat dan pesat di negeri ini.
SPESIFIKASI MENARA TAMING SARI
Masa yang diambil untuk kita berada di bahagian atas puncak menara adalah dalam hanya 7 minit. Dan ianya akan berputar sehingga 360 darjah yang membolehkan semua pegunjung dapat melihat sendiri suasana kota Melaka dari setiap sudut.

Masa 7 minit itu bukanlah menjadi masa yang sangat singakat bila kita berada di atas ketinggian tersebut. Kalau korang perasan, jika dilihat dari struktur Menara Taming Sari ini, ia seolah-olah membentuk sebatang keris yang sangat terkenal di zaman Hang Tuah iaitu Keris Taming Sari. Oleh sebab itulah nama dia pun Menara Taming Sari.

HARGA MENAIKI MENARA TAMING SARI

HARGA MENAIKI MENARA TAMING SARI
HARGA MENAIKI MENARA TAMING SARI
Dengan hanya rate beberpapa belas ringgit, pehunjung mampu untuk melihat sendiri keindahan kota Melaka dari sudut pandangan atas . Bagi yang berpeluang membawa teropong, inilah masanya untuk anta meyelongkar segenap ruang kota Melaka. 

Bagi seorang photographer juga, ini adalah masa yang sangat sesuai untuk beraksi dengan megambil foto terbaik bandar bersejarah ini.
Selain dari itu, pihak Menara Taming Sari juga ada menyediakan tarikan lain untuk kanak-kanak seperti Mini Rider 3D, Pony Ride, dan Italian Bumper Car. Kemudahan seperti kedai cenderahati dan tempat mengurut oku juga ada disini.
Bersama En Mohd Husni Bin Husin selaku Manager Sales & Marketing

-----------------------------------------------------------------

*jadi, amacam, teruja tak? Tak rugi MY rasa kalau korang ambil peluang ni untuk rasai sendiri pengalaman hebat menaiki Menara Taming Sari ni.

Address :

 MENARA TAMING SARI

Jalan Merdeka Banda Hilir, 
75000 Melaka, Malaysia.

Tel : 
06-2881100
06-2813366

Fax :
06-2881551

Kredit_  www.projektravel.com
Share:

Siapa Sangka Restoran Semewah Ini Harga Makanannya Murah | Restoran Al-Qasr

Siapa Sangka Restoran Semewah Ini Harga Makanannya Murah | Memang tak dinafikan, kalau bercerita sahaja tentang Cyberjaya, ianya cukup popular dengan penduduknya yang majoritinya adalah dari bangsa asing seperti arab dan lain-lain. Jadi tak mustahil kalau banyak restoran makanan arab wujud di Cyberjaya ni. Termasuklah Restoran Al-Qasr ni. *maaf bukan Restoran Saba. Jangan hanya tahu Restoran Saba aja menyajikan makanan arab di Cyberjaya ni. 

MEWAH TAPI MURAH | Pertama kali lalu dihadapan Restoran Al-Qasr ni memang tiada niat langsung untuk masuk. Apatah lagi kalau nak makan di sini. *terdetik dalam hati,  tentu harga dia mahal kan, restoran ni nampak mewah kot.

papan tanda restoran
Tengok dari luar pun dah terpegun dengan rekabentuk dia. *ni kalau MY masuk mau tergadai harta benda, silap-silap dirini pon turut digadaikan. eh. haha. Tapi perasaan tu tak lama. Gara-gara perasaan ingin tahu tu lagi kuat dari segalanya, MY dan beberapa orang rakan blogger telah sepakat untuk lunch di sana.

rekabentuk dalaman restoran
Sejurus kami melangkah masuk ke dalam Restoran Al-Qasr ni. Secara tiba-tiba mood tertukar. Seolah-olah bukan lagi berada di Malaysia. *serius tak tipu. Ha ah, rasa seolah-olah di Istanbul, Turkey. *chewah, macam pernah pergi.

rekabentuk dalaman yang sangat cantik
Serius MY katakan. Rekabentuk dalaman dia sangat-sangat mengujakan. Ya, macam MY bagitau tadi. Seolah-olah berada di Istanbul. Dari segi rekabentuk, susun atur dan jenis perabut yang digunakan memang cukup menggambarkan kita di sana.

Arabic Bread
Roti ni dihidangkan secara percuma kepada setiap pelanggan yang datang sementara menunggu makanan yang dioder siap. Apa yang lebih terkejut, makanan disini sangat-sangat murah. *tetiba rasa macam tak sesuai pulak dengan restoran yang macam ni gahnya. Tapi, itulah hakikatnya yang MY kena terima. Makanan dia murah. makanan dia murah.

Spicy Mandi Chicken
Untuk pengetahuan korang juga, Restoran Al-Qasr  ni baru setahun beroperasi, tapi apa yang membanggakan mereka, Restoran Al-Qasr sudah berjaya menarik perhatian media tempatan seperti majalah Nona yang menjadikan restoran ini sebagai lokasi photoshoot mereka. Sekilas pandang, memang tak expect pun photoshoot ni dibuat dalam sebuah restoran. Memang betul-betul exclusive!

Majalah Nona_ sumber Penaberkala
So, kalau korang taya pendapat MY dengan restoran ni. MY bagi bintang penuh. Suasana persekitaran yang selesa, harga murah, dan yang paling penting layanan yang sangat mesra dari pekerja -pekerjanya . Pekerja-pekerjanya kebanyakan dari arab. Termasuklah chef mereka. Jadi, dengan cara ni diorang dapat pastikan yang makanan dan menu diorang memang asli dari budaya diorang. *pastikan korang bercakap dalam bahasa Inggeris ya, diorang tak tahu bahasa melayu. Maklumlah restoran timur tengah katakan.

Restoran Al-Qasr ni sangat sesuai kalau bagi mereka yang bergelar businessman yang mana perlukan tempat meeting yang sesuai dengan client. Sesuai juga untuk pasangan kekasih untuk date . hehe

Bersama owner restoran_ sumber Penaberkala
Tapi korang jangan terkejut kalau MY katakan bahawa owner dia merupakan orang melayu kita. *wallaweh memang tak disnagka-sangka. MY sangkakan hanya pekerja biasa, rupanya owner restoran . wuwuwuwuwu. *ampunkan saya pak cik, saya ngak tahu. huhu. Serius sangat rendah diri orangnya.

Tak salah kalau MY ingin katakan disini bahawa Restoran Al-Qasr ni merupakan restoran nasi arab terbaik pernah MY datang. Memiliki harga yang murah dan berpatutan. Apa yang paling MY suka adalah layanannya yang sangat ramah dan selesa. *restoran nasi arab murah di cyberjaya.

Bagi korang yang nak datang kat Restoran Al-Qasr ni. Ianya terletak di Street Mall , Cyberjaya. Berdekatan dengan KRU Academy dan terminal bas Cyberjaya.

------------------------------------------------

Al-Qasr,
Lot B Street Mall,
Jalan Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehs

Facebook:

No telefon:
03-8322 2220
011-1570 8721
012-313 3184

Waktu Beroperasi:
12:00pm - 12:00am

Email:
alqasr.cyberjaya@gmail.com

Marhaba Cyberjaya,
G008, Cyberjaya Commercial Center,
Jalan Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

Share:

HARGA MEE SERENDAH RM1.90 DI BOAT NOODLE

HARGA MEE SERENDAH RM1.90 DI BOAT NOODLE | Dah lama rasanya MY meginam nak makan di Boat Noodle, Alhamdulillah selepas Majlis Amal Berbuka Puasa di Klang Parade tempoh hari Blogger Mek Onie bawak MY dan rakan-rakan untuk tapau air teh di Boat Noodle. *what!!!! takkan semata-mata untuk teh ais je kot kan?. Tapi korang jangan melatah dulu, kerana teh ice ni la MY dan Blogger Penaberkala sanggup turun TimesSquare untuk berbuka di Boat Noodle tau. *ha nampak tak pengaruh dia macamana?.Selagi tak dapat kami tak nak balik katanya. hehehe.

Kemeriahan Boat Noodle Time Square
Kemeriahan Boat Noodle Time Square
MINUMAN PILIHAN DI BOAT NOODLE | Memandangkan sebelum ni di Klang Parade kami dah cuba Cha-Yen (Thai Ice Tea) (B01) yang berharga RM 6.90 kali ni kami memilih Ice Blended Thai Tea (B14) yang berharga RM 8.90 pula. Kedua-dua air ni memang tidak mengecewakan tekak ni.

Ice Blended Thai Tea
Ice Blended Thai Tea (B14) – RM 8.90
Selain dari  Cha-Yen (Thai Ice Tea) dan Ice Blended Thai Tea , Boat Noodle juga mempunyai pilihan minuman popular lain seperti Ice Blended Thai Green Tea (B15) (RM 8.90) dan Ice Blended Thai Coffee (B16)  (RM 8.90). Bagi mereka yang sukakan pada minuman segar, bolehlah mencuba Ice Blended Thai Coconut dengan harga RM 8.90.

Apa yang boleh MY katakan  Ice Blended Thai Green Tea cukup berbeza dengan minuman green tea yang pernah MY minum sebelum ni. Ianya cukup lemak manis dan sedap. Tak rugi juga kalau nak try.

MAKANAN BOAT NOODLE | Bila sampai bab makanan ni. Semua sudah sedia maklum dengan signature hidangan di Restoran Boat Noodle ni. Disini dikatakan terdapat 4 jenis mee, 2 jenis hidangan nasi dan 9 jenis makanan sampingan. *memandangkan kami dah keyang, kami sempat oder mee sahaja.

Mee
Jenis mee yang korang pilih bergantung kepada jenis kuah serta bahan utama sama ada ayam atau daging.

Ayutthaya | Resipi ini berasal dari wilayah Ayutthaya dekat Bangkok dan mempunyai rasa sengit berdasarkan kuah sup berkrim gelap yang mempunyai lebih kurang sepuluh jenis herba. Kuahnya mempunyai konsistensi yang lebih tebal daripada Pathumthani dan berwarna keperangan. Mempunyai rasa sedikit kepedasan.

Pathumthani | Resipi Pathumthani menggunakan kicap pekat dan mempunyai rasa masam dengan rasa pedas yang halus. Dibuat dengan kira-kira 19 herba, ia juga mengandungi lima jenis serbuk rempah, bunga lawang dan kulit kayu manis.

HARGA MEE SERENDAH RM1.90 | Jangan terkejut kalau MY katakan bahawa mee dia berharga RM1.90 semangkuk. *what!!!! RM1.90 sen je? Dengan potion yang kecil ni la membuatkan pelanggan mereka boleh memesan dan memakan mee sehingga bermangkuk-mangkuk. Bagi MY ni merupakan strategi pemasaran dan promosi yang cukup unik. *jadi kami pun oderlah banyak-banyak juga. eh hehehe.

Keenakan mee yang tak mustahil akan buat korang oder lagi
Keenakan mee yang tak mustahil akan buat korang oder lagi
KENAPA BOAT NOODLE | Untuk pengetahuan korang Boat Noodle ni merupakan ‘Thai street-food’ yang di ilhamkan oleh pengasasnya daripada konsep peniaga-peniaga kecil di atas sampan di sungai tengah negara Thailand. Disebabkan rasa yang unik dan cara hidangannya yang lain dari yang lain, jadi mereka  telah membawa konsep mee sampan ini ke Malaysia.

Floating Market – Boat Noodle Stall_Sumber guanchuaphotography
Floating Market – Boat Noodle Stall_Sumber guanchuaphotography
CAWANGAN BOAT NOODLE DI MALAYSIA | Restoran Boat Noodle ni mempunyai banyak cawangan. Antara cawangan-cawangannya adalah :
1-Empire Damansara, GO3a, Heritage Lane
2-The School at Jaya One, P2, Same Floor as Cold Storage
3-Ikon Cheras, G Floor
4-Berjaya Times Square, Level 2
5-Publika, Block C5, Level G3, Lot 30a
6-Sutera Mall, Johor Baharu, L2-550C
7-Gamuda Walk, Kota Kemuning
8-Klang Parade, 5th Floor
9-D'Pulze Cyberjaya
Share:

DESTINASI MENARIK TAMAN LAUT PULAU REDANG TERENGGANU

Di Laguna Redang Resort_foto Penaberkala
DESTINASI MENARIK TAMAN LAUT PULAU REDANG TERENGGANUMY cukup teruja bila pertama kali dapat menjejakkan kaki di Pulau Redang, Terengganu. Memiliki pasir putih yang cukup halus dan keadaan laut yang cukup memukau tidak perlu untuk MY ceritakan lagi. Memang tidak dinafikan, airnya cukup jernih yang bewarna biru kehijauan "crystal blue water"
Pasir putih dan halus_foto Penaberkala
Pulau Redang, terletak 45km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, dan menjadi pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut China Selatan. Pulau ini sememangnya cukup popular dengan keindahan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam yang pasti cukup meyeronokkan. Memang sangat menyeronokkan dan indah panoramanya.
Sumber_www.thelostboylloyd.com
TAMAN LAUT REDANG | Untuk pengetahuan korang, aktiviti menangkap ikan memang tidak dibenarkan sama sekali di kawasan ini. Memancing tidak dibenarkan di dalam jarak 3.2 km dari pulau kerana Pulau Redang ini telah diwartakan sebagai taman laut. Mengutip terumbu karang dan hidupan akuatik lain juga dilarang sama sekali.*awas kalau tak nak kena sumpah jadi duyung buat selama-lamanya. hahahaha.
Suasana di atas jeti_foto Khai Artzfar
AKTIVITI DI PULAU REDANG | Tetapi pelancong yang datang ke Pulau Redang ini boleh menikmati keindahan sebenar kejernihan airnya yang bewarna biru kehijauan serta pelbagai spesies ikan yang cantik. Aktiviti yang sesuai di sini adalah snorkeling dan selam skuba. Pulau syurga ini cukup sempurna untuk aktiviti snorkeling, berenang, menyelam skuba, memasuki hutan, menaiki bot dan berkayak. *tak perlu keluar jauh-jauh ke luar negara, Malaysia pun ada okay.
Aktiviti snorkeling_foto Pojiegraphy
Walaupun kesuntukan masa, kami sempat megambil peluang keemasan ni untuk merasai sendiri pengalaman snorkeling di Pulau Redang ni. Apa yang pasti ia cukup menyeronokkan. *walaupun MY tak pandai berenang dengan bantuan jaket keselamatan ni sedar tak sedar sudah berada jauh dari darat.hahhah
Mencari Duyung. Eh, ada ke?_foto Khai Artzfar
BOT KE PULAU REDANG | Mulakan pengembaraan meneroka keindahan Pulau Redang dengan menaiki bot di 2 pilihan jeti di Kuala Terengganu atau Marang. Masa perjalanan ke Pulau Redang ialah satu jam dari Kuala Terengganu dan 50 minit dari Marang.
Menaiki bot di jeti Kuala Terengganu_foto Pojiegraphy
MASA SESUAI KE PULAU REDANG | Masa yang sesuai perlu dipilih untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Ini supaya semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Waktu paling sesuai dan di cadangkan untuk korang ke Pulau Redang ni diantara April hingga September setiap tahun.
Bersama rakan media dan projek travel_foto Penaberkala
Bagi korang yang nak ke Pulau Redang ni, pastikan korang survay Resort dan Pakej Pulau Redang yang sesuai untuk korang.

Terima kasih MY nak ucapkan kepada pihak Gaya Travel Magezine dan Tourism Terengganu kerana sudi bawa MY dan rakan-rakan lain ke Pulau Redang ni.

Jangan lupa untuk lawat www.projektravel.com untuk lebih banyak perkongsian tentang travel dan makanan.

Share:

PENGALAMAN SEHARI DI KRABI THAILAND (Thailand: กระบี่)

Pengalaman Sehari di Krabi (Thailand: กระบี่) | Fuh !! First time MY datang Krabi. Memang agak kekok sikit sebab tak tahu apa. Semua benda kami rancang bila kami dah sampai di jeti *lupa pulak nama jeti tu.


Oleh kerana Jeti agak jauh dari  Amphoe Muang (Krabi Town) dan  Ao Nang Beach , kami telah bersepakat untuk meyewa van untuk memudahkan perjalanan kami. Memandang kan masa kami di Krabi ni juga terhad. Kami telah megambil keputusan untuk ke Ao Nang Beach sahaja.


Dekat Thailand ni kita mungkin akan terkejut kalau tengok sistem wirering elektrik diorang. *pergh serabut habis. Memang jauh sangat nak dibandingkan dengan sistem wirering elektrik kat negara kita Malaysia. Gambar yang MY tunjuk kat atas ni masih ok. Kalau dekat sesetengah tempat. Kalau korang tengok * yaampunnn. geram je rasa nak susun-susun bagi nampak kemas. huhu


Dalam perjalanan ke pantai, sempat kami ambil gambar di sekitar kawasan-kawasan yang kami lalu. Memang tak salah, banyak yang menarik perhatian kami.


Ambil gambar banyak-banyak untuk buat kenangan. Lagipun banyak benda yang MY perasan yang ada di Thailand ni tak ada di Malaysia

SEKITAR AO NANG BEACH


Ok, tak sampai beberapa minitpun kami dah sampai di Ao Nang Beach. Cuaca hari ni memang cukup panas, memang sesuailah untuk mereka yang suka berjemur tu. *kalau MY berjemur, harap maklumla. Jadi chicken wing panggang la gamaknya. Legam, hangus.

Dihadapan Golden Beach Resort
Golden Beach Resort ni berada betul-betul dihadapan Ao Nang Beach. MY tumpang ambil gambar sekejap je. Tak sempat nak check in #eh. hehehe. Lagipon kami kat sini sekejap je. Seleain dari resort ni. Banyak lagi pilihan resort yang bertentangan dengan Ao Nang Beach ni. Just cari yang sesuai dengan kehendak dan taste korang je.


Plan asal kami sebenarnya ialah untuk buat Island Hoping. Tapi, sebab kekangan masa. Kami ambil keputusan untuk stay dan jalan-jalan di sekitar Ao Nang Beach ni je. Bagi MY, pantai ni biasa je. Tapi ada keunikannya tersendiri. *yang tak bestnya, mat salleh yang dok berjemur tu semua dah tua-tua huhu


Kat pantai ni korang boleh tengok ramai penjaja-penjaja. Kebanyakannya adalah dari penduduk setempat. Termasuk abang yang jual jagung bakar ni. Tapi apa yang kami tahu, mereka meniaga tanpa ada permit. Walaupun selalu berlari kesana ke sini kerana takut kepada pihat penguatkuasa mereka. Bagi yang tak sempat lari, mereka terpaksa meninggalkan barangang yang diorang jual sehingga barang jualan mereka dirampas oleh pihat penguatkuasa. *tetiba terdetik dalam diri, demi mencari sesuap nasik mereka sanggup ambil risiko ni. .


Ha.. nila kerja budak dua orang ni. Dok usha mat saleh berjemur kat pantai. Sekali tak ada yang cun. yang berkedut pun diorang belasah. *cuci mata katanya. hahahaha.

BERMACAM JENIS PANCAKES


Bila dah penat jalan-jalan di pantai, tibalah masa untuk isi perut ni. *Apa agaknya yang special kat Krabi ni ya?

Gerai Pancake
Tak sah la kalau ke Krabi tak makan Pancake yang ada kat sini. Dari sebelum kami ke Phuket [kisah di Phuket] lagi, Penaberkala dok mengidam nak makan Pancake kat Krabi ni. So, untuk memenuhi permintaan dia, kami carilah kedai berdekatan . 

Harga Pancake mengikut jenis
Tak sangka pulak MY yang pancake kat sini berjenis-jenis banyaknya. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. At last, demi diet dan kesihatan MY pilih Pancake with Honey. *cis diet konon. kbai


Apa lagi jom tengok cara diorang buat pancake ni. Bukan kami kalau tak ganggu orang tengah masak. Nasib baik tak paham apa diorang cakap. Kalau tak, habis rahsia Pancake diorang MY korek. hahhaha.


Ok sudah !! Jangan ganggu kami. kami nak menikmati kesedapan Pancake dari Krabi ni. Tambah lagi syok bila dapat makan kat bawah pokok redup menghadap pulak pantai. *wallawei, heaven kot. Mau tak tertidur kat situ.
Instagram

Apa yang penting, semua jenis pancake yang kami beli semua sedap walaupun simple. Nasib baik sedap. *ha kalau tak sedap MY la orang pertama akan carut si Penaberkala tu

Masa untuk Shopping
Dalam tempoh menunggu van yang kami sewa tadi sampai. Sempat kami ambil masa untuk shopping di pekan berdekatan dengan pantai. MY tengok-tengok je. Tak ada duit sangat nak shopping. Tambah pulak bikini je yang bergantung-gantungan di setiap kedai. hahaaha. *takkan korang nak tengok MY beli dan pakai bikini plak kan. Nanti naya. Ibarat span diikat dengan getah la . eeeeee. huhu

Apapon. next time kalau berpeluang ke Krabi lagi, MY ada menanam niat untuk buat Island Hoping.
Sapa nak join? Jom kita.

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive