travel, food and lifestyle blog

Monday, July 27, 2015

Siapa Sangka Restoran Semewah Ini Harga Makanannya Murah | Restoran Al-Qasr

Siapa Sangka Restoran Semewah Ini Harga Makanannya Murah | Memang tak dinafikan, kalau bercerita sahaja tentang Cyberjaya, ianya cukup popular dengan penduduknya yang majoritinya adalah dari bangsa asing seperti arab dan lain-lain. Jadi tak mustahil kalau banyak restoran makanan arab wujud di Cyberjaya ni. Termasuklah Restoran Al-Qasr ni. *maaf bukan Restoran Saba. Jangan hanya tahu Restoran Saba aja menyajikan makanan arab di Cyberjaya ni. 

MEWAH TAPI MURAH | Pertama kali lalu dihadapan Restoran Al-Qasr ni memang tiada niat langsung untuk masuk. Apatah lagi kalau nak makan di sini. *terdetik dalam hati,  tentu harga dia mahal kan, restoran ni nampak mewah kot.

papan tanda restoran
Tengok dari luar pun dah terpegun dengan rekabentuk dia. *ni kalau MY masuk mau tergadai harta benda, silap-silap dirini pon turut digadaikan. eh. haha. Tapi perasaan tu tak lama. Gara-gara perasaan ingin tahu tu lagi kuat dari segalanya, MY dan beberapa orang rakan blogger telah sepakat untuk lunch di sana.

rekabentuk dalaman restoran
Sejurus kami melangkah masuk ke dalam Restoran Al-Qasr ni. Secara tiba-tiba mood tertukar. Seolah-olah bukan lagi berada di Malaysia. *serius tak tipu. Ha ah, rasa seolah-olah di Istanbul, Turkey. *chewah, macam pernah pergi.

rekabentuk dalaman yang sangat cantik
Serius MY katakan. Rekabentuk dalaman dia sangat-sangat mengujakan. Ya, macam MY bagitau tadi. Seolah-olah berada di Istanbul. Dari segi rekabentuk, susun atur dan jenis perabut yang digunakan memang cukup menggambarkan kita di sana.

Arabic Bread
Roti ni dihidangkan secara percuma kepada setiap pelanggan yang datang sementara menunggu makanan yang dioder siap. Apa yang lebih terkejut, makanan disini sangat-sangat murah. *tetiba rasa macam tak sesuai pulak dengan restoran yang macam ni gahnya. Tapi, itulah hakikatnya yang MY kena terima. Makanan dia murah. makanan dia murah.

Spicy Mandi Chicken
Untuk pengetahuan korang juga, Restoran Al-Qasr  ni baru setahun beroperasi, tapi apa yang membanggakan mereka, Restoran Al-Qasr sudah berjaya menarik perhatian media tempatan seperti majalah Nona yang menjadikan restoran ini sebagai lokasi photoshoot mereka. Sekilas pandang, memang tak expect pun photoshoot ni dibuat dalam sebuah restoran. Memang betul-betul exclusive!

Majalah Nona_ sumber Penaberkala
So, kalau korang taya pendapat MY dengan restoran ni. MY bagi bintang penuh. Suasana persekitaran yang selesa, harga murah, dan yang paling penting layanan yang sangat mesra dari pekerja -pekerjanya . Pekerja-pekerjanya kebanyakan dari arab. Termasuklah chef mereka. Jadi, dengan cara ni diorang dapat pastikan yang makanan dan menu diorang memang asli dari budaya diorang. *pastikan korang bercakap dalam bahasa Inggeris ya, diorang tak tahu bahasa melayu. Maklumlah restoran timur tengah katakan.

Restoran Al-Qasr ni sangat sesuai kalau bagi mereka yang bergelar businessman yang mana perlukan tempat meeting yang sesuai dengan client. Sesuai juga untuk pasangan kekasih untuk date . hehe

Bersama owner restoran_ sumber Penaberkala
Tapi korang jangan terkejut kalau MY katakan bahawa owner dia merupakan orang melayu kita. *wallaweh memang tak disnagka-sangka. MY sangkakan hanya pekerja biasa, rupanya owner restoran . wuwuwuwuwu. *ampunkan saya pak cik, saya ngak tahu. huhu. Serius sangat rendah diri orangnya.

Tak salah kalau MY ingin katakan disini bahawa Restoran Al-Qasr ni merupakan restoran nasi arab terbaik pernah MY datang. Memiliki harga yang murah dan berpatutan. Apa yang paling MY suka adalah layanannya yang sangat ramah dan selesa. *restoran nasi arab murah di cyberjaya.

Bagi korang yang nak datang kat Restoran Al-Qasr ni. Ianya terletak di Street Mall , Cyberjaya. Berdekatan dengan KRU Academy dan terminal bas Cyberjaya.

------------------------------------------------

Al-Qasr,
Lot B Street Mall,
Jalan Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehs

Facebook:

No telefon:
03-8322 2220
011-1570 8721
012-313 3184

Waktu Beroperasi:
12:00pm - 12:00am

Email:
alqasr.cyberjaya@gmail.com

Marhaba Cyberjaya,
G008, Cyberjaya Commercial Center,
Jalan Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

Share:

14 comments:

  1. Klu biasa selalunya saba dgn san'a la.. Klu murah jugak boleh la cuba nnt..

    Tq MY

    ReplyDelete
  2. Memang best restoran ni, murah Dan sedap. Byk Kali pegi.. Mandi chicken N okdah D Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu ada org cakap kedai ni dah tutup.. bila last awk pegi eh ?? Nak tau still buka lagi ke 😅

      Delete
  3. Baru beberapa hari lepas merancang nk makan makanan arab. Mesti kena pergi ni. Tapi kalau nk ke cyberjaya tu jauh sgt..

    ReplyDelete
  4. Berapa harga sepingga nasi arab tu MY?

    ReplyDelete
  5. Nak tau gak brape price makanan kat situ

    ReplyDelete
  6. Nak tau gak brape price makanan kat situ

    ReplyDelete
  7. Tq Tuan MY.
    Kat masjid tanah ada jugak jual nasi Arab.
    Paling murah sepinggan ialh dgn harga RM 15.
    Tp kawan2 panggil nasi arab celup.
    Maklumlah depa dh biasa makan kt kedai nasi arab yg owner dia arab.
    Tp bg haji , walaupun nasi arab celup tetap antara terbaik sebab sedap & murah.
    Sebab tu tertanya-tanya juga betapa murahkah nasi kat al qasr tu..
    Tq tuan MY.
    Meleleh ayaq liuq baca artikel ni.
    :)

    ReplyDelete
  8. Boleh try lain kali kalau pi Cyberjaya

    ReplyDelete
  9. berapa harga yang dikatakan murah tu? nak juga tahu..sebab mungkin takrif 'murah' tak sama.. =)

    ReplyDelete
  10. Murah tu berapa? Kalau murah sangat pun suspicious jugak sebab maksudnya ingredient low quality.

    ReplyDelete
  11. sekarang nie restoran tu dlm process bertukar owner..actually owner dia org arab..so mmg dh lama tutup sejak ramadhan 2015 hari tu..syg nya..
    manager dia yang hensem pun dah tak tau p mana.. :p

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive