LEGO STAR WARS MINILAND KINI DI LEGOLAND MALAYSIA

LEGO STAR WARS MINILAND KINI DI LEGOLAND MALAYSIALEGO Star Wars Miniland Model telah dibuka di LEGOLAND Malaysia Resort [klik] pada 6 September 2014 yang lepas, dimana sempena dengan ulang tahun kedua taman tema ini di Malaysia.  Terdapat 2,000 model LEGO dari filem popular STAR WARS telah dicipta pada skala 1:20 menggunakan lebih daripada 1.5 juta bongkah lego.

LEGO Star Wars at LEGOLAND Malaysia_ foto Legoland Malaysia
Ini merupakan tarikan baru disini dan telah ditempatkan di dalam sebuah bangunan yang sangat unik dengan tujuh adegan yang paling terkenal - enam dari filem Star Wars dan satu daripada siri animasi Star Wars: The Clone Wars.

Bangunan unik dimana ia menempatkan pameran LEGO StarWars

*LEGO Star Wars Miniland ditempatkan di sebuah bangunan segi lapan, dengan saiz lantai 900sqm dibahagikan kepada lapan kawasan - tujuh adegan ikonik dan ruangan runcit

Alamilah sendiri dengan pengalaman pertama disini dengan menonton animasi LEGO Star Wars yang sangat mencuit hati yang mana ianya berdurasi selama 5 minit sebelum anda masuk ke ruangan pameran lain. Seterusnya, korang akan berjalan kaki melalui garis masa Star Wars yang menampilkan planet Christophsis, Endor, Geonosis, Hoth, Kashyyk, Mustafar, Naboo dan Tatooine.

NABOO - Episode I: The Phantom Menace



Megambil masa selama 1,285 man hours untuk membina sebanyak 237 models di dalam scene ini.

GEONOSIS - Episode II: Attack of the Clones



Mempunyai 247 buah model dan megambil masa sehingga 1,000 man hours untuk proses pembinaannya


Kawasan ini telah dibina dengan skala 1:80

KASHYYYK & MUSTAFAR - Episode III: Revenge of the Sith



Mempunyai sebanyak 152 buah model, termasuk 30 Wookiees, 30 Scout Troopers, 40 Battle Droids dan 15 Dwarf Spiders.

TATOOINE - Episode IV: A New Hope



Memiliki sehingga 126 buah model, 1,098 man hours dan beratnya 130kg. *yang paling berat dari semua babak

HOTH - Episode V: Empire Strikes Back



Dalam scene ini pula, mempunyai 81buah model, dengan 1,210 man hours, 129 kg dan termasuk 2xAT-AT Walkers attacking the Planet Hoth.

ENDOR - Episode VI: Return Of The Jedi



Setiap pokok dalam scene ini megambil masa selama 3 hari untuk dibuat *ianya dibentuk dari pokok sebenar. Dalam scene ini mempunyai sebanyak 83 buah model dengan 941 man hours and 152 kg.

CHRISTOPHSIS - Star Wars: The Clone Wars


Separatist droid army - Armored Assault Tanks (AAT); B1 Battle Droids; and B2 Super Battle Droids by Catherine Ling

*model terbesar di dalam LEGO Star Wars Miniland . Dengan196 buah model, 99 man hours dan 158 kg berat.

--------------------------------------------------------------


Jadi macamana? Teruja tak? semestinya ia sangat-sangat hebat. Dengan ketelitian dan kehalusan hasil susunan lego yang diorang persembahkan pada kita sangat-sangat berbaloi untuk kita ke sini. Jadi apa tunggu lagi. Sediakan masa hujung minggu korang untuk datang ke sini bersama yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke www.legoland.com.my [klik]

Post a Comment

3 Comments

  1. Lego Star Wars adalah satu tarikan.

    ReplyDelete
  2. cutenya lego ni, huhu.. jemput singgah ke blog saya --> http://aidaahartanah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. insyaallah akan ke sini suatu hari nanti.

    ReplyDelete