Sunday, October 12, 2014

CABAR DIRI MAKAN OYSTER | KONTIKI RESTAURANT FEDERAL KL



CABAR DIRI MAKAN OYSTER | KONTIKI RESTAURANT FEDERAL KL | Pertama kali saya nak ucapkan terima kasih kepada blogger makanan kita saudara MahaMahu , kerana sudi menjemput saya ke event food review di KONTIKI RESTAURANT, FEDERAL HOTEL KL .

Restoran Kontiki ini ada menyediakan menu citarasa antarabangsa dan hidangan tempatan asli dengan makanan-makanan yang segar, dan menyelerakan. Buffet Kontiki mempunyai pelbagai pilihan campuran unik masakan asia dan juga eropah bersama hidangan masakan tradisional.

Apa yang MY paling terkesan adalah bila ternampak himpunan makanan laut yang sangat segar dan menarik. Apa yang MY maksudkan adalah Ketam, Lobster, Udang Galah, Kupang dan Oyster.

Oyster

Bila tersetuh cerita pasal OYSTER nie. Kepala otak ni terus mengigatkan kisah Mr. Bean. *oh damn you. Kisah apa tu? MY yakin korang pun tahu hahaha. Tetapi dengan keyakinan kesegaran makanan laut yang terjamin kat KONTIKI RESTAURANT FEDERAL KL ni, MY tak takut untuk mencabar diri sendiri untuk rasa sendiri OYSTER tu.

Hidangan Oyster

Dengan bantuan chef yang ada, MY cuba mendapatkan sebanyak info mengenai haiwan laut yang digeruni ini. ekekekek. Termasuklah cara untuk memakannya. *almaklumlah pertama kali nak mencuba.


Bak kata chef, Oyster ni biasa di makan dengan bantuan tambahan Lemon dan tabasco. Lemon tu biasalah untuk hilangkan bau hanyir dan tabasco tu rasanya pedas dan dapat membantu kurangkan rasa muak dan geli bila kita makan Oyster tu.

Okay, tulis saja tak guna. ni video bukti MY makan Oyster tu. hahahah.


Okay, seriusly MY kata, rasa dia not bad. Ya memang betol kata chef tu. Lemon dan Tobasco tu sangat-sangat membantu. Apapon MY dah, korang bila lagi? hehhehehe. 

7 comments:

  1. Dengar poji cakap, "Kau telan er??" Hehehe. Iday pernah try, tapi tu yang terakhir la. xkena dengan tekak wey. hahaha.

    ReplyDelete
  2. HAHA ase nk try tp lisa kureng suka makan kerang and sejenisnya

    ReplyDelete
  3. sedap ehh ehh.. kita pernah tgok mr bean makan terus tak berselera. ahhahahhahahha

    ReplyDelete
  4. makan semata memang idok le...geli geleman tekak ni wei...haha pasni boleh lah jemput kita plak ye.

    ReplyDelete
  5. kembang tekak dibuatnye bila telan oyster..nampak sangat saya ni orang kampung..hehe

    ReplyDelete
  6. rasa cam kerang ke... err

    ReplyDelete
  7. uihh ini memang tak lalu... hahahha bagi free pun tak mau walaupun harga dia mahal..

    ReplyDelete

Created By Sora Templates