KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA CLASSIQUE


KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA CLASSIQUE | Semalam(20/09/2014), MY berpeluang ke Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk meyaksikan persembahan hebat Koir Kebangsaan Malaysia (Classique) (KKM). Konsert Koir Kebangsaan Malaysia ini berlangsung selama 2 hari iaitu bermula 20-21 September 2014.

MENGENAI CLASSIQUE

Classique memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu-lagu berlandaskan Klasik Melayu seperti lagu-lagu asli melayu, inang, joget, keroncong serta zapin, dan juga Klasik Barat terdiri daripada lagu-lagu dari era renaissance hingga ke era romantik sekaligus mencabar kreativiti KKM sejajar dengan ulangtahun penubuhannya yang ke-22 pada tahun ini.

LAGU KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA CLASSIQUE 2014

Konsert ini menampilkan 22 buah lagu dan menampilkan seramai 40 orang ahli Koir Kebangsaan Malaysia . 

Lagu-lagu klasikal barat dipersembahkan dalam Segmen 1. Lagu yang dialunkan ialah Funiculi,Funicula; Weep You No More; Sad Fountains; Il Est Bel Et Bon, Les Filles De Cadix; Brautgesang: Susanna Or Via Sortite ( Le Nozze Di Figaro), Dall'oriente L'astro Del Giorno (Ermione-Act I); Matona Mia Cara, Shivering Chorus (King Arthur); Neighbour's Chorus(La Jolie Parfumeuse).


Lagu Klasik Melayu pula dipersembahkan pada Segmen 2. Antara lagu yang dipersembahkan adalah Puteri Ledang, Dia Datang, Jalak Lenteng dan Joget Hitam Manis, Sayang di sayang, Bentan Telani, Medley Masri Manis dan Inang Tua, Ketawalah Lagi, Zapin Malam Pengantin, Joget Secawan Kopi dan Joget Lambak.

LATAR BELAKANG KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA 

Koir Kebangsaan Malaysia merupakan koir bertaraf nasional. Ianya telah ditubuhkan pada bulan Mei 1991 dan kini terletak di bawah naugan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) dengan pentadbirannya di urus oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Pengurusan Koir Kebangsaan dilengkapi oleh seorang pengurus [Tunku Marina Tunku Dato' Zubir], jurulatih vokal [SyafinazSelamat], konduktori [Amri Zain] dan pemain piano [Mohd Fairuz Zamani]. Koir Kebangsaan Malaysia kini mempunyai keanggotaan seramai 80 orang ahli yang terdiri daripada kanak-kanak berbakat berusia 7 tahun hingga ke ahli dewasa yang berusia 50 tahun. Latar belakang ahlinya adalah pelbagai, pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti, ahli-ahli persatuan bukan kerajaan serta golongan professional. Dalam kata lain, di luar pentas pementasan, ahli-ahli Koir Kebangsaan terdiri daripada pelbagai latar belakang yang disatukan melalui rasa cinta kepada muzik dan nyanyian berbentuk koir.
--------------------------------------------

Bagai dirasuk bila dengar suara-suara yang sangat harmoni dan merdu di dalam Auditorium semalam. Ia seolah mengajak kitaorang ni bersama-sama menyanyi *uhuks walaupun suara kita tak sedap kan. Apapon tahniah MY ucapkan kepada Pasukan Koir Kebangsaan Malaysia untuk persembahan yang sangat terbaik semalam. 

Terima kasih MY nak ucapkan kepada Cik Paris Ashiqin, Destination Malaysia kerana menjemput kami bersama-sama untuk merasai pengalaman dan menghayati sendiri persembahan hebat Koir Kebangsaan Malaysia ini dan tak lupa pada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara kerana menerima kehadiran kami sepanjang majlis berlangsung.

Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. memang best, pasukan koir ni memang terbaik huhu

      Delete
  2. tengok video Ketawalah Lagi tu... waaaahhh... menarik. koir ni bukan takat suara je tapi lenggang lenggok dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tau xpe kid. tu la kelebihan pasukan koir kita

      Delete
  3. suke sgt performance depa..

    ReplyDelete