KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP

KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP | Pencarian bakat baru drama ‘Seludup’ yang telah berlansung baru-baru ini telahpun berakhir dengan pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup yang dibuat hari ini. 

Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun)

Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Ujibakat DRAMA SELUDUP #masukdramaseludup ini diadakan bagi mencari bakat-bakat baru untuk diasah dan boleh diketengahkan. Ujibakat ni telah mendapat sambutan hangat. Sebanyak 136 peyertaan diterima tetapi hanya dua orang sahaja yang telah terpilih sebagai pemenang. Mana taknya, hadiah yang ditawarkan bernilai sehingga RM15000.

Menurut Jehan:
“Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.
“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair.”
Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata:

“Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.”
DRAMA SELUDUP adalah sebuah drama yang diarahkan oleh Jehan Miskin. Pelakon-pelakon drama ni semua hebat-hebat belaka seperti Syafie Naswip, Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Raja Ilya dan lain-lain lagi. Drama ni merupakan drama bersiri yang hanya mempunyai 13 episod dan lokasi penggambaran dijalankan di sekitar Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Drama ini diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.

Mengenai Mastermind Group Sdn. Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my
Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | [email protected]
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125 | [email protected]



Post a Comment

3 Comments

  1. Tahniah bagi mereka berdua... Clap clap clap! hehehhee

    ReplyDelete
  2. Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer :)

    ReplyDelete