UJIBAKAT DRAMA BERSIRI SELUDUP | RM 15,000 BAKAL DIMENANGI

UJIBAKAT DRAMA BERSIRI SELUDUP | RM 15,000 BAKAL DIMENANGI | Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatar belakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.

Untuk mendekati dan mewujudkan rasa teruja di kalangan penonton bagi siri drama akan datang ini, Mastermind Production turut mengumumkan pelancaran peraduan #masukdramaseludup untuk memberikan peluang sekali seumur hidup kepada seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang wanita untuk tampil di dalam sebuah drama, di samping beberapa hadiah menarik lain bernilai hingga RM6,000 setiap satu.Produksi ini dibarisi para pelakon terkenal dengan peneraju utamanya, Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah memegang peranan sebagai Amran dan Yasmin, menghidupkan watak-watak yang mencabar tersebut. Pelakon-pelakon lain termasuklah Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip. Jehan Miskin yang merupakan penerbit drama ini turut memainkan peranan sebagai pelakon pembantu.


Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, dari 18 hingga 35 tahun. “Disebabkan drama ini menampilkan konsep yang baru kepada penonton, kami ingin membawakan cara yang berlainan untuk berhubung dengan penonton sebelum ia ditayangkan lagi. Peraduan ini sangat mudah – peserta hanya perlu menekan ‘like’ pada laman Facebook kami, muat naik video terbaik mereka membaca skrip pendek, kongsi video tersebut bersama rakan-rakan mereka untuk mengumpul ‘like’. Lebih banyak ‘like’ yang mereka dapatkan, lebih tinggi peluang mereka untuk memenangi pengalaman ini,” jelas Jehan.

Pelakon untuk drama bersiri ini masih diperlukan, kalau korang rasa nak jadi sebahagian dari pelakon untuk Drama Bersiri Baru SELUDUP ni jom follow cara kat bawah ni.

LANGKAH-LANGKAH UJIBAKAT DRAMA BERSIRI SELUDUP

  1. Korang kena pergi kat website ni : http://fb.alt.com.my/seludup2/ atau Bit.ly/Seludup
  2. Daftar maklumat korang.
  3. Rakam video ujibakat korang. Sebenarnya ni boleh dibuat menggunakan kamera profesional dan juga guna telefon pintar! Sangat mudah kalau korang ada apps edit video kat phone.
  4. Bila dah hantar, video yang dah dilulukan akan dipamerkan di dalam galeri ujibakat 'Seludup'.
  5. Share video ujibakat korang.
  6. Sebarkan kepada rakan-rakan korang dan make sure suruh depa undi 'LIKE'. Sebabbbbbb pemenang akan dipilih berdasarkan undian 'LIKE' dan pengadilan JURI.
  7. Contoh macam di bawah ni .
Ha, amacam tercabar tak korang rasa? so apa lagi hantar video ujibakat korang. Bukan sia-sia tau, silap-silap dapat RM15,000. Untuk lihat banyak lagi video-video ujibakat lain boleh ke saluran YouTube/Seludup [klik] . Cara pengadilan adalah Undian LIKE 50 dan Undian Juri 50.


Post a Comment

2 Comments