Kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah-Al-Fatihah

Kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah-Al-Fatihah  | Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan Al- Marhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda. Al-Marhum Baginda telah menghuembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada jam 1:30 Petang ini bersamaan 28 Mei 2014  Hari Rabu.Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.
Sepanjang Al-Marhum  baginda  menduduki tahta kerajaan Negeri Perak, Al-Marhum merupakan saorang Sultan yang amat tegas didalam melaksanakan undang undang dan sentiasa bersikap adil terhadap setiap permasalahan rakyat dan diambil setiap keputusan setelah semua bukti diterima.
Biodata Al-Marhum Baginda Sultan
Sultan Azlan Shah berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali , mendapat 2 putera dan 3 puteri.
  1. Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 27 November 1956. Raja Nazrin Shah ditabal sebagai Raja Muda Perak. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi daripada Oxford University dan Ijazah Sarjana Political Economy and Government daripada Universiti Harvard,Amerika Syarikat.
  2. Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957. Raja Azureen memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University U.S.A dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada London Business School, University of London, England.Raja Azureen berkahwin dengan Dato’ Seri Mohd Salleh Dato’ lsmail.
  3. Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958 dan ditabal sebagai Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Raja Ashman Shah memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England dan Ijazah Sarjana Undang-undang daripadaa Cambridge University; Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London serta Diploma Undang-undang Perniagaan, University of London, England. Raja Ashman Shah mangkat secara mengejut pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 akibat asma.
  4. Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 3 April 1960, memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada University of London dan Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London. Kini, Raja Eleena menguruskan firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur serta dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gamuda Berhad, salah satu syarikat gergasi Malaysia.
  5. Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dilahirkan pada 24 Jun 1961. Raja Yong Sofia memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran daripada London’s lnternational University, England. Kini berkhidmat di Bank Bumiputra-Commerce Bhd. Raja Yong Sofia berkahwin dengan Tunku Kamel Rijaludin pada 5 Disember1987.
Pendidikan
Kerjaya
  • Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
  • Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.
  • Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
  • Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
  • Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  • 1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.
  • 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
  • 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
  • 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.
Darjah Kebesaran
Sumbangan/ Anugerah
  • Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
  • Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
  • Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986.
  • Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja MadaJogjakartalndonesiapada 28 September 1990
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti ChulalongkonBangkokThailand pada 19 Disember 1990
  • Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
  • Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999.
Sukan
  • Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
  • Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
  • Presiden Hoki Asia
  • Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
  • Amat berminat dalam sukan golf.
  • Mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.Baginda hadir setiap kejohanan Piala Sultan Azlan Shah iaitu kejohanan tahunan lima penjuru peringkat antarabangsa.
  • Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
  • sempena Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992 spesis bunga orkid terbaik dinamakan ‘Doritinopsis Sultan Azlan Shah’ .
  • Selaku penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia , spesis serangga baru yang ditemui ketika Ekspedisi SaintifikBelum (1993-1994) dinamakan ‘Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis n.sp dan Azlania borneensis n.sp.
Ketua Hakim Negara
Pada 12 November 1982 , Raja Tun Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-5 selepas Tun Mohamad Suffian Hashim bersara pada 12 November 1982. Baginda menerima watikah perlantikan daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Istana TetamuKuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri MalaysiaDatuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.[
Ditabalkan Menjadi Sultan Perak
Raja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz
Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada3 Februari 1984. Pada 9 Disember 1985, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah ditabal sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana IskandariahBukit ChandanKuala KangsarPerak,MalaysiaTuanku Bainun binti Mohamad Ali turut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak.[3]. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana IskandariahKuala Kangsar apabila majlis rasmi.
Ditabalkan Menjadi Yang Di Pertuan Agong ke 9
Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong SeriIstana NegaraKuala LumpurMalaysia. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir MohamadTimbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar BabaKetua Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin Mohamad dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Haji Abdul Hamid Omar.[4]
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-146 pada 2 Mac 1989 dipengerusikan oleh Sultan Selangor memutuskan Sultan Azlan dari Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9.
Sumber_ rmf7.wordpress.com

Post a Comment

1 Comments

  1. Al Fatihah.. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang orang yang beriman

    ReplyDelete