travel, food and lifestyle blog

Followers

Etika Penggunaan Gambar Untuk Komersial | Hak Gambar Yang Mempunyai Watermark

Etika Penggunaan Gambar Untuk Komersial | Hak Gambar Yang Mempunyai Watermark | Tak sangka gambar dari satu entry MY berkaitan dengan Selfie nie menjadi tumpuan untuk online shop untuk dijadikan sebagai gambar penarik untuk jualan monopod mereka. Rujuk entry : Alat Bantu Selfie | Monopod Untuk Smartphone Dan Kamera [klik]


Tapi apa yang mengecewakan MY adalah bila gambar yang diambil itu dibuang watermark asal blog MY. Rasanya bukan MY sorang je pernah menjadi mangsa. Bila ditegur apa jawapan diorang?
jawapan dari email yang dihantar oleh rakan blogger eazyizzuddin
Senang kan, tak pernah ada rasa bersalah langsung, diorang ingat berkat sangat ke berniaga kalau buat macam tu? Kalau korang, apa tindakan korang untuk diorang yang berperangai macam nie? 

Hukan hanya satu kat atas nie je. Ada banyak lagi website jualan online dan instashop yang menggunakan foto MY tu untuk jualan monopod mereka. *watermark dibuang dan diganti dengan watermark mereka.

Tapi ada juga yang email personally untuk minta izin menggunakan gambar tu. Alhamdulillah. Sangat rspect dengan orang seperti ni. 


Kalau sesiapa nak ambil gambar kat blog nie untuk komersial ke apa ke. MY tak kisah, just inform first. Silap-silap MY boleh tolong promote lagi business korang. Kalau korang nak foto original pun MY boleh bagi.
Korang semua kalau nak beli apa-apa leh la ke www.banyakdeal.com . Diorang ni kita boleh nampak cara berbusiness dengan jujur. Terima kasih kepada owner banyakdeal kerana peka kepada hal ini. 

Share:

PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2014 | Aktiviti Pelancongan Negeri Kelantan 2014


Wau Bulan - foto www.tourism.gov.my [klik]
PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2014 | Aktiviti Pelancongan Negeri Kelantan 2014 |  Hari ni (31/05/2014) merupakan hari terakhir setelah 3 hari berlangsungnya PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2014 yang telah diadakan di Pantai Genting, di Tumpat Kelantan.

PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2014 |
Cara pembuatan wau secara Tradisional - foto www.tourism.gov.my [klik]
Dikatakan seramai 300 peserta termasuk 42 wakil daripada 18 buah negara luar bersaing dalam PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2014 di Pantai Geting, bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM32,000.

Penganjuran program bagi edisi ke-32 itu telah menarik penyertaan dari Australia, Brunei, Belgium, China, Indonesia, Itali, India, Jerman, Kemboja, Korea, Macau, Nepal, New Zealand, Filipina, Sweden, Amerika Syarikat, Thailand dan United Kingdom (UK).

PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2014 |
PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2014 - foto Siti Nor Fatin
Sebanyak 22 kate­gori dipertandingkan termasuk acara menaikkan dan membuat beberapa jenis wau seperti wau bulan dan wau puyuh peringkat kebangsaan serta pertandingan layang-layang cabaran 'rokakku' dan 'train' antarabangsa.

Sumber info _ www.utusan.com.my [klik]


Menarikkan! Kalau korang nak tahu banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlansung di kelantan sempena tahun melawat Malaysia 2014 nie. So Untuk maklumat lanjut korang boleh ke www.cutikelantan.com [klik] untuk melihat senarai Aktiviti Pelancongan Negeri Kelantan 2014.

Share:

REVIEW FILEM ABANG LONG FADIL | FILEM KEDUA SYAFIQ YUSOF


Filem Abang Long Fadil

REVIEW FILEM ABANG LONG FADHIL | FILEM KEDUA SYAFIQ YUSOF | Bakat dari pengarah muda yang pernah memenangi anugerah pengarah harapan suatu ketika dulu Syafiq Yusuf terserlah lagi dengan kemunculan filem keduanya iaitu FILEM ABANG LONG FADIL.


Syafiq Yusof
Syafiq Yusof
Jika pertama kali kemuncullannya dia cuba membawa sesuatu yang agak berat, tetapi pada kemunculan buat kali keduanya ini membawa sesuatu yang berunsur komedi dan mudah untuk difahami kepada peminat-peminatnya.

Aksi pengarah muda
Gangster komedi berbentuk parodi adalah genre filem ABANG LONG FADIL ini adalah sebuah spin off yang diambik dari filem abangnya sendiri iaitu KL GANGSTER yang pernah mencipta sejarah kutipan ‘box-office’ tertinggi dalam industri perfileman tanahair pada tahun 2011.

Filem Abang Long Fadil
Turut dibintangi oleh Syamsul Yusuf
Dan hasilnya, filem lakonan Zizan sebagai hero ini boleh dikatakan sedang membawa satu revolusi baru pada dunia perfileman Malaysia. Kelihatan bagaimana visi pengarah muda menggabungkan 60% efek Kesan Khas Visual (CGI) untuk membentuk sebuah filem yang betul-betul merevolusikan dunia perfileman Melayu.

Filem Abang Long Fadil
aksi hebat dalam filem ini
Selain itu ABANG LONG FADIL juga turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Kamal Adli, Soffi Jikan, Tauke Raja Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka, Harun Salim Bachik dan ramai lagi bagi memantapkan persembahan cerita ABANG LONG FADIL.

ABANG LONG FADIL bersama kuncu-kuncunya
Sinopsis filem ABANG LONG FADIL | “ABANG LONG FADIL” Mengisahkan tentang kehidupan Fadil (Zizan) setelah sahabat baiknya Malik (Aroon Aziz) dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark (Syamsul Yusof), tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .

Filem Abang Long Fadil

Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat-syarikat kapitalis yang telah mengupah sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Dalam masa yang sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya.

peristiwa Kampung Berani
Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam (Kamal Adli) yang merupakan anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng-samseng di kawasan tersebut, akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling besar di situ. Mampukah mereka menewaskan kumpulan gangster tersebut? Adakah tanah Kampung Berani akan tergadai? Mampukah Fadil mendapat kebebasan?

turut di lakonkan oleh Kamal Adli
Pandangan MY | Banyak aspek yang MY suka tentang FILEM ABANG LONG FADIL. Pertama sekali, pemilihan pelakon adalah cukup berjaya sekali, sangat sesuai dengan genre komedi filem ni. Pemilihan watak utama Zizan sangat-sangat memberi kejayaan kepada filem ini.


Disamping itu pelakon sampingan iaitu Kamal Adli juga sangat-sangat beraksi di dalam filem ini. Watak yang dipegang oleh Kamal seakan-akan beliau adalah hero di dalam filem nie. Tambahan pula kemunculan pelakon hebat Aroon Aziz, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Tauke Raja Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka, Harun Salim Bachik , Pablo dan ramai lagi sangat-sangat menimpakkan lagi FILEM ABANG LONG FADIL.

Filem Abang Long Fadil
Bersama Ujang dan MK Syahir
Keduanya, apa yang korang akan lihat dalam FILEM ABANG LONG FADIL ni ialah bagaimana cara Syafiq Yusof cuba mengolah taktik dengan filem-filem kesukaannya yang hebat seperti  Transformers, Stephen Chow, dan beberapa filem superhero ke dalam filem ini. Walaupun ada kekurangan dari segi kesan-kesan sampingan itu ia tidak mencacatkan filem arahan Syahiq ini.

Filem Abang Long Fadil
Bersama Zizan
Walaupun sebegitu, MY cukup berbangga dan yakin Syafiq bakal mengubah dunia perfileman melayu di masa akan datang. Jadi jangan lengahkan peluang anda untuk menyaksikan Filem “ABANG LONG FADIL” telah ditayangkan di 81 pawagam secara serentak di seluruh Malaysia pada 29 Mei 2014.

bersama Kamal Adli
Bersama Kamal Adli
Apapon moh tonton TRAILER FILEM ABANG LONG FADIL.


Bersama Syafiq Yusof
bersama pengarah muda hebat Syafiq Yusof.
Tahniah, bro Syafiq! Hebat memang hebat. #ilovemalaymovie ! Jadi, MY bagi 4.99/5 bintang untuk  FILEM ABANG LONG FADIL.



Share:

Kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah-Al-Fatihah



Kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah-Al-Fatihah  | Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan Al- Marhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda. Al-Marhum Baginda telah menghuembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada jam 1:30 Petang ini bersamaan 28 Mei 2014  Hari Rabu.Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.
Sepanjang Al-Marhum  baginda  menduduki tahta kerajaan Negeri Perak, Al-Marhum merupakan saorang Sultan yang amat tegas didalam melaksanakan undang undang dan sentiasa bersikap adil terhadap setiap permasalahan rakyat dan diambil setiap keputusan setelah semua bukti diterima.
Biodata Al-Marhum Baginda Sultan
Sultan Azlan Shah berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali , mendapat 2 putera dan 3 puteri.
  1. Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 27 November 1956. Raja Nazrin Shah ditabal sebagai Raja Muda Perak. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi daripada Oxford University dan Ijazah Sarjana Political Economy and Government daripada Universiti Harvard,Amerika Syarikat.
  2. Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957. Raja Azureen memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University U.S.A dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada London Business School, University of London, England.Raja Azureen berkahwin dengan Dato’ Seri Mohd Salleh Dato’ lsmail.
  3. Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958 dan ditabal sebagai Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Raja Ashman Shah memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England dan Ijazah Sarjana Undang-undang daripadaa Cambridge University; Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London serta Diploma Undang-undang Perniagaan, University of London, England. Raja Ashman Shah mangkat secara mengejut pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 akibat asma.
  4. Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 3 April 1960, memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada University of London dan Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London. Kini, Raja Eleena menguruskan firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur serta dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gamuda Berhad, salah satu syarikat gergasi Malaysia.
  5. Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dilahirkan pada 24 Jun 1961. Raja Yong Sofia memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran daripada London’s lnternational University, England. Kini berkhidmat di Bank Bumiputra-Commerce Bhd. Raja Yong Sofia berkahwin dengan Tunku Kamel Rijaludin pada 5 Disember1987.
Pendidikan
Kerjaya
  • Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
  • Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.
  • Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
  • Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
  • Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  • 1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.
  • 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
  • 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
  • 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.
Darjah Kebesaran
Sumbangan/ Anugerah
  • Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
  • Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
  • Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986.
  • Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja MadaJogjakartalndonesiapada 28 September 1990
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti ChulalongkonBangkokThailand pada 19 Disember 1990
  • Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
  • Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999.
Sukan
  • Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
  • Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
  • Presiden Hoki Asia
  • Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
  • Amat berminat dalam sukan golf.
  • Mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.Baginda hadir setiap kejohanan Piala Sultan Azlan Shah iaitu kejohanan tahunan lima penjuru peringkat antarabangsa.
  • Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
  • sempena Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992 spesis bunga orkid terbaik dinamakan ‘Doritinopsis Sultan Azlan Shah’ .
  • Selaku penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia , spesis serangga baru yang ditemui ketika Ekspedisi SaintifikBelum (1993-1994) dinamakan ‘Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis n.sp dan Azlania borneensis n.sp.
Ketua Hakim Negara
Pada 12 November 1982 , Raja Tun Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-5 selepas Tun Mohamad Suffian Hashim bersara pada 12 November 1982. Baginda menerima watikah perlantikan daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Istana TetamuKuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri MalaysiaDatuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.[
Ditabalkan Menjadi Sultan Perak
Raja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz
Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada3 Februari 1984. Pada 9 Disember 1985, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah ditabal sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana IskandariahBukit ChandanKuala KangsarPerak,MalaysiaTuanku Bainun binti Mohamad Ali turut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak.[3]. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana IskandariahKuala Kangsar apabila majlis rasmi.
Ditabalkan Menjadi Yang Di Pertuan Agong ke 9
Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong SeriIstana NegaraKuala LumpurMalaysia. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir MohamadTimbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar BabaKetua Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin Mohamad dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Haji Abdul Hamid Omar.[4]
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-146 pada 2 Mac 1989 dipengerusikan oleh Sultan Selangor memutuskan Sultan Azlan dari Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9.
Share:

Majlis Pelancaran Produk Baru Havarline Diamond | D-COLLAGEN



Majlis Pelancaran Produk Baru Havarline Diamond | D-COLLAGEN | Semalam (23 Mei 20140), MY sempat memenuhi jemputan untuk majlis majlis pelancaran produk-produk baru Havarline Diamond Sdn Bhd di Hotel Royale Chulan Damansara.

Untuk pengetahuan korang D-Collagen telah diperkenalkan pada tahun 2013 sebagai produk makanan tambahan khusus bagi mempercepatkan proses pemulihan sel kulit baru dalam masa yang singkat, dan kini telah dipasarkan melalui 200 cawangan rakan niaga di seluruh negara.

rakan media sebelum majlis bermula
pendaftaran media
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri KPDNKK YB Senator Dato' Seri Bashah Md. Hanipah. *kemain semua blogger dressing dengan code dress blue

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri KPDNKK YB Senator Dato' Seri Bashah Md. Hanipah

Rangkaian produk terbaru yang telah dilancarkan semalam adalah termasuk D-COLLAGEN, D-Babes iaitu White Coffe minuman intim dan dalaman untuk wanita *hope MY tak tersalah minum coffe nie, kalau tak alamat melibas rambut jela jawabnya dan rangkaian pilihan D-Soup iaitu sabun rawatan spa Carbo Bar Soap, Bird's Nest Soap, Dead Sea Mud Soap, dan Marine Collagen Soap


4 orang pengasas Havarline Diamond bersama Timbalan Menteri KPDNKK YB Senator Dato' Seri Bashah Md. Hanipah
media lelaki yang turut hadir
Menurut Pengarah Urusan Havarline Diamond Sdn Bhd, Cik Noor Haniem Baharom : 

"sejak D-Collagen diperkenalkan pada tahun 2013, jualan produk kami mencecah 150% dari jangkaan awal. Kami mengharapkan dengan lancarnya 2 lagi produk baru ini jualan akan mencecah 2 kali ganda dari jangkaan iaitu sebanyak 300% dan juga melebihi target awal kami."

Perniagaan Havarline Diamond juga bukan rangkain syarikat yang mengamalkan perniagaan MLM. Ianya sebuah syarikat Sendirian Berhad yang telah sah didaftarkan sebagai syarikat produk kecantikan.

sidang bersama media
Rangkaian produk yang telah dikeluarkan oleh Havarline Diamond telah diuji di makmal USM dan mendapat pengiktirafan oleh kementerian Kesihatan.


Penggunaan produk D-Collagen juga dikatakan sesuai untuk ibu-ibu mengandung kerana khasiat yang ada di dalam nya.

media bersama pengasas Havarline Diamond


 D-COLLAGEN adalah inovasi formula kecantikan antipenuaan terkini dan makanan tambahan kesihatan yang di hasilan dengan kajian teliti terhadap fungsi collagen di dalam tubuh badan manusia. Gabungan formula collagen bersama bahan utama seperti bird nest, pitera, madu, goji berry, dan sengkuang putih mempercepatkan proses pemulihan sel kulit baru, melembab dan mencerahkan kulit secara alami, segar berseri, lebih anjal dan mulus dalam masa yang singkat


Address:

Havarline Diamond Sdn Bhd
3A25, Level 3A, Blok A, 
No. 1, Jalan SS20/27, 
Damansara Intan, 
47400 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan

Contact:

Hotline: +6019 968 8000
Phone: +603 7731 1021
Fax: +603 7731 1021
Facebook : diamondcollagen
#dcollagen #havarlinediamond

Kredit foto Anwar Abdullah @ Kaio / http://iluvtour.com/


Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive