WINGS OF KKB 2014 | SELANGOR BIRDS RACE





WINGS OF KKB 2014 | SELANGOR BIRDS RACEKUALA KUBU BHARU merupakan sebuah bandar yang bersejarah kerana ia merupakan sebuah bandar baru yang telah dirancang oleh Jururancang Bandar yang pertama semasa zaman British bagi Persekutuan Tanah Melayu. Pada zaman itu Bandar KUALA KUBU BHARU telah ditanam dengan pokok yang bernilai seperti Mahagoni dan Tembusu. Setelah hampir 84 tahun berlalu maka pokok-pokok ini telah membesar dan menjadi tempat tinggal pelbagai spesis burung dan binatang-binatang.

Oleh kerana itu, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) merasa bertanggungjawab dan amat berbangga untuk berkongsi kelebihan alam semulajadi di KUALA KUBU BHARU ini dengan pelancong-pelancong dan masyarakat sekitar. Oleh itu Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menganjurkan Program Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race untuk tahun yang ketiga pada 25 – 27 April 2014. Penganjuran tahun ini lebih meriah dengan penyertaan Resorts World Genting sebagai penganjur untuk tahun kedua merangkap penaja utama bagi program ini.
Pusat Peranginan Genting Highlands adalah salah satu kawasan pemuliharaan dan perlindungan habitat burung yang didaftarkan di bawah Important Bird Area MY10. Ia adalah salah satu aset yang berharga bagi kami pihak Genting. Pelbagai spesis burung istimewa boleh dijumpai di kawasan Genting seperti Great Hornbill (Enggang Papan), Rhinoceros Hornbill (Enggang Badak), Fire-tufted Barbet (Burung Takur Api), Red-headed Trogon (Burung Kesumba Gunung) dan pelbagai spesis burung tanah tinggi yang lain yang boleh dilihat sepanjang tahun disini. Dengan penglibatan Genting Highlands sebagai salah satu lokasi pertandingan, ia juga dapat mempromosikan aktiviti memerhati burung di Pusat Peranginan Genting Highlands_Cik Katherine Chew, Timbalan Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awam Resorts World Genting
Penganjuran kali ketiga ini masih mengekalkan kategori sekolah dan kategori terbuka untuk pertandingan mengenalpasti burung. Selain daripada itu 2 kategori telah ditambah iaitu kategori untuk pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung. Antara acara sampingan yang disediakan bagi memeriahkan lagi program adalah Mini Explorace untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Berdasarkan beberapa siri tinjauan yang telah dibuat oleh pihak urusetia beberapa spesis yang menarik bakal ditemui oleh para peserta, Oriental Pied Hornbill (Enggang Kelingking) dan Coppersmith Barbet (Takur Tukang Besi) di Kuala Kubu Bharu, Black Crested Bulbul (Merbah Jambul), Red-wattled Lapwing (Burung Minta Duit) di Taman Milenium, Little Cucko Dove (Tekukur Api) dan 3 jenis Munia di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Whiskered Treeswift (Layang – Layang Jambul Kecil) di Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan pelbagai spesis burung gunung di Genting HighlandsSeperti tahun sebelumnya, kategori sekolah akan berlangsung dengan para pelajar akan memerhati burung di sekitar Bandar KUALA KUBU BHARU. Manakala bagi kategori terbuka, pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung, peserta perlu bergerak untuk 10 checkpoint yang telah ditetapkan bermula dengan 5 checkpoint di Bandar KUALA KUBU BHARU, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World Genting. Ini menjadikan “WINGS Of KKB” sebagai pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitud ke satu altitud yang lain. Dengan ini, peserta telah berpeluang untuk melihat dan mengenalpasti pelbagai spesis burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.

Pihak penganjur WINGS OF KKB 2014 telah menyediakan hadiah menarik bagi para pemenang. Bagi acara Birds Race, pemenang telah menerima hadiah berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk barangan “Outdoor” bagi ketiga - ketiga kategori. Bagi pemenang pertandingan fotografi burung, hadiah utama kamera Nikon D3100 menjadi rebutan setiap peserta. Pihak Resorts World Genting juga telah menyediakan hadiah berupa penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel dan hadiah sampingan kepada pemenang. *tahniah kepada semua pemenang

Post a Comment

5 Comments

  1. Wahhh ada pertandingan ke? Siapa yg menang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. media yang menang untguk fotography danish hehe

      Delete
    2. Sebab ada projek sikit, haha! Lagipun tak ada lens yg sesuai.

      Delete