Dimana Nak Cari Pisang Goreng Cheese | Sanggar Cheese Yang Sangat Sedap | 3 tahun lepas pernah MY menjejakkan kaki ke bumi Bandung, Indonesia. Sangat teruja dengan kehidupan disana, suasana hidup rakyat dan macamana mereka mencari rezeki untuk mengisi perut. Sangat berbeza dengan Malaysia. *ok kita taknak cerita tentang itu, tapi ada sesuatu hehe.  Apa yang MY teruja apabila dapat rasa satu makanan yang MY kita ketika itu adalah pertama kali mendengar tentang kewujudannya.

"Pisang Keju"

*wow, dengar pun dah tertelan air liur kan. Memang sedap, sampai kan sekarang, kalau ada yang ke Indonesia, mesti akan MY kirim yang jenis Pisang Cheese kering tu ha. Haritu nak dijadikan cerita, semasa MY ke Tawau. Terjumpa gerai menjual Pisang Goreng Cheese nie dekat area kawasan rekreasi air terjun di Tawau nie. haha *memang teruja.

Memang nasib la kakak tu kena temuramah oleh kami kan. *kebas mulut kena jawab soalan kami hahaha Maklumla, ada diantara kami memang tak pernah sentuh dan tahu pun pasal Pisang Goreng Cheese nie.*banyak sangat soalannya, teruja katanya

Apa yang buat kami terkejut, hanya RM3 *huh banyak tu. Kalau kat semenanjung ni, pisang goreng biasa yang kontot-kontot tu pun baru berapa ketoi dapat haha. Alhamdulillah rezeki makcik tu, berbungkus-bungkus kami beli bawak bekal untuk pusing-pusing Tawau. hehe.

*amacam tergoda letew. Cuba jugak mencari kat semenanjung ni kalau-kalau ada kan. Tapi tak jumpa. Tapi ramai member facebook MY kata yang dekat semenanjung ni dah bersepah orang jual hahhah.

*erkkk, apakah? hurmmm. adakah aku baru keluar dari gua dari pertapaan ku? Kenapa MY tak tau hurmmm. Apapon memang kena pergi cari. Kalau di research kt internet, dah macam-macam jenis dah pisang cheese nie orang dah buat. *tapi kalau dapat makan yang pure dari Indonesia or sabah lagi best kan. 

Jadi kalau, ada mana-mana pembaca blog ni tau kat mana-mana ada jual Pisang Goreng Cheese best leh la suggest kat MY. Bukan apa leh la nanti mark untuk pergi review kan. *Untuk sapa? untuk share dengan korang jugakkan. hehe. Sharing is caring *betol tak? hehe