Konsert Amal Ekslusif DATO SITI NURHALIZA | WHERE THE HEART IS



Konsert Amal Ekslusif DATO SITI NURHALIZA | WHERE THE HEART IS | Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC-Where The Heart Is,vadalah sebuah garapan konsert amal ekslusif sebagai pembuka tirai tahun 2014.Konsert amal tersebut akan berlangsung pada tanggal 7 dan 8 Febuari 2014, bertempat di Planery Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Production dan juga Simply Siti Sdn Bhd.

Konsert Where The Heart is yang akan berlangsung selama 2 jam akan menampilkan Dato Siti Nurhaliza akan menghiburkan peminat peminat dengan lagu lagu popular beliau, secara solo yang pertama pada tahun ini bagi sebuah konsert amal ekslusif dengan semua hasil jualan tiket konsert yang bakal disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan.

Tiket-tiket untuk konsert ini adalah terhad dan boleh didapati pada harga RM 800, Rm518, RM388, RM238, RM118, RM88 dan boleh didapati secara online melalui www.redtix.airasia.com bermula13 Januari 2014.Untuk pembelian secara koporat, Sila Hubungi Cinta Shafiyana dari SimplySiti di talian 03-21638383.

Selain itu, ada tawaran istimewa dimana 100 pembeli yang pertama yang membeli barangan SimplySiti berjumlah RM150 keatas di www.Simplysiti.com.my sebelum 1 Febuari 2014,akan mendapat tiket percuma untuk ke Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC-Where The Heart Is.



Post a Comment

2 Comments

  1. kak fiza minat sgt ngan siti ni, tapi xpernah lagi tgk dia face to face :'(

    ReplyDelete
  2. tulah,...kalau dapat jumpa dia face to face kan best...

    ReplyDelete