Menonton Lawak Ke Der 3 di ESCAPE!



Memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 yang sedang dipentaskan bermula hari Rabu lepas, 4 Disember 2013, dan akan berakhir pada 8 Disember 2013, iaitu Ahad ini, di Istana Budaya 

Selain Harith Iskander, dan Nabil sebagai hos, kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim [klik] berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka. Pergh terbaik habis wei. Memang best giler!!! 

Kejap-kejap !! Ada yang kata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik !! ha... macamana tu?  Nak tau best ke tak best kenalah tengok. Kalau tak memang tak terjawab la soalan tu heheh.

Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3.  Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok.

Tapi jangan risau, Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu! So, tak payah terburu-buru dan risau sampai nak pengsan la ye hehehe.

Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE. Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom.

Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari! Erkkk RM 5000 weiii.. Giler ko tak nak. tapi bagaimana caranya pulakkan?

Caranya mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013,pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE  setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888.

Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan. Nak tahu tau lebih? Layari laman web ESCAPE


Apa itu ESCAPE

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat. 

Pilih sahaja yang mana anda mahu. 

Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta). Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi. 

Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua. 

Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama. Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda. 

Kelebihan ESCAPE

• Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua 

- Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.

Post a Comment

1 Comments

  1. Oh baru tahu pasal escape ni... tq for sharing... tp kalau nak tunggu masuk astro best/astro first pun boleh kan... heheheh

    ReplyDelete