[UMUM] Hakikat Sebenar Graduan Di Malaysia | Hutang Dan Graduan

[UMUM] Hakikat Sebenar Graduan Di Malaysia | Hutang Dan Graduan | Belajar untuk kaya atau belajar untuk membayar hutang ? Atau belajar untuk Muflis? Tapi itulah realitinya kebanyakan graduan-graduan kita di Malaysia.

Seseorang boleh diisytiharkan muflis bila tidak mampu membayar hutang dan mempunyai hutang hanya berjumlah RM30,000? Betul ker ? Seram neh !

Katakanlah di IPTA sahaja, ambil jurusan diploma dengan pinjaman RM15,000 dan meneruskan pengajian di peringkat ijazah dengan pinjaman RM20,000++. Jumlah sudah mencapai RM35,000 ++! Bagaimana seseorang pelajar itu mampu membayar jumlah pinjaman dengan masa yang singkat, macam harga sebuah kereta SAGA SV tu. 

Lepas menjadi graduan, dapat tawaran kerja dengan gaji RM2000 (gaji biasa untuk lepasan ijazah). Tu kalau nasib la kan. Kalau macam wa ni 1000++ je mcamana ? Dengan kos hidup sekarang di bandar-bandar utama, mampu ke rasanya mereka membayar pinjaman walaupun RM100 sebulan? Macamana orang cakap Graduan Akan Mengumpul Hutang Selepas Habis Belajar. Pastinya mereka akan lewatkan bayaran sedangkan jumlah interest akan meningkat. Silap-silap boleh Muflis. Erkkkk dah ada kes ker? Hope takde la kan huhu. Seram je bunyi.

Melainkan mereka yang tidak pernah membuat pinjaman dari mana-mana atau mempunyai business sendiri selepas bergraduasi? Mereka sudah semestinya tak perlu memikirkan tentang masalah-masalah itu. Tetapi adakah semua mendapat peluang dan nasib yang sama? So kepada semua graduan, pastikan korang dapat kelas pertama bila bergraduasi besok. Ekekekeke. 


Post a Comment

2 Comments

  1. itulah realiti nya..aku penah tunggak sampai 6 tahun sebab x lepas nk bayat ptptn

    ReplyDelete
  2. bebanan hutang..kdg2 byr kdg2 tak...kdg2 rsa nyesal plak study...padahal keje skrg pun gna spm je pun...

    ReplyDelete