travel, food and lifestyle blog

Monday, August 12, 2013

Cubaan Pertama Bagi Angpau Raya | Tradisi Duit Raya

Cubaan Pertama Bagi Angpau Raya | Tradisi Duit Raya | Dari tahun ke tahun nilai duit raya makin berubah. Jika zaman kecil-kecil wa dulu dapat RM1 tu dah diibaratkan macam dh dapat seratus. Tapi budak-budak zaman sekarang, kalau bagi RM1, belum sempat undur selangkah diorang dah mengeluh " huh seringgit jer". huhu sampai macam tu sekali. Hinanya terasa diri si pemberi angpau raya tu.


Ha memandangkan tahun ni wa dah keje, so nak try jugak la jadi si pemberi angpau ni kan. Memandangkan dalam tempoh trial lagi, so sikit jela modal yang wa keluarkan untuk tahun ni. Cukup-cukup untuk barisan rakyat-rakyat jelata (anak sedara) yang akan balik ke rumah kat kampung nanti.

Mula-mula macam tak jadi jer nak bagi memandangkan budget tak cukup kan, maklumla first salary kan. banyak benda nak kena setelkan. Tapi, disebabkan abang long wa pun nak tukar duit untuk raya, eh eh wa pun tetiba terlibat sama. huhuhu. Nak wat camner rezeki budak-budak kan.

Apapon, perasaan teruja jugak bila dapat jadi si pemberi angpau ni kan. Walaupun tak banyak, tapi terasa juga la kemeriahan raya tahun ni. eh eh xder kaitan langsung. kah kah kah. Tapi nasib baik semua anak sedara wa tak banyak songeh kan. Terima je seadanya duit raya yang wa bagi tu ahhahaha. 

Apapon doakan wa supaya dimurahkan rezeki yang halal oleh ALLAH dan dipanjangkan umur supaya boleh beribadat dan bertemu Ramadhan dan Syawal yang akan datang.


Share:

4 comments:

  1. Geleng kepala kekadang depan rumah berterabur angpau yang baru diberi diorang bukak depan rumah. Duit memang dah ambek awal dah.

    ReplyDelete
  2. nak gak rasa duit raya...dah lama xdak org bagi...huhu

    ReplyDelete
  3. Duit raya kite jgn lupa taw..hehe =)

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive