travel, food and lifestyle blog

Wednesday, July 03, 2013

Petua Jagung Manis



Petua Jagung Manis | Jagung ni banyak khasiat nya. seperti , Meringankan pencernaan, Sumber mineral, Perawatan kulit, Mencegah anemia, Mengontrol kolesterol, kaya akan asam folat untuk ibu hamil . Tapi persoalannya sedap ke kalau kita makan jagung yang tak manis? Ha apapon kat sini wa ada terjumpa satu petua macamana nak manis kan jagung rebus.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebasJagung (bahasa Inggeris: maize) merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica, spesies Zea mays ssp. mays. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari teosinte Zea mays ssp. parviglumis, tumbuhan asal di sungai Balsas Lembah di Mexico selatan, dengan sehingga 12% bahan genetik didapati daripada Zea mays ssp. mexicana melalui introgresi. Istilah "teosinte" digunakan untuk menggambarkan semua spesies dalam genus Zea, kecuali Zea mays ssp. mays. Pendapat yang menyatakan bahawa genus Tripsacum yang berkait dengan asal tumbuhan jagung telah dinafikan dengan analisa genetik moden.

Petua memaniskan Jagung

Sebelum jagung direbus, cuci jagung berkenaan sehingga bersih. Semasa merebus jagung tersebut, masukkan beberapa batang tebu tua yg telah dibuang kulit dan dicuci terlebih dahulu. Susun tebu dan jagung tersebut secara berlapis-lapis didalam periuk rebusan, pastikan jagung dan tebu tersebut terendam di dalam air rebusan, insyaalah jagung yang direbus itu akan menjadi lebih manis rasanya.

Jadi selamat mencuba.

Kredit foto www.balitapedia.com
Share:

4 comments:

  1. sedap jangung manis.. lama x makan :)

    ReplyDelete
  2. wooaahh..cengitu.. aku peminat setia jagung manis.. jagung cup..hahaha.. aku suke jagung,.. yeaah! semnagta gitu.. :P

    ReplyDelete
  3. sedapnya kalau buat bubur jagung nih..

    ReplyDelete
  4. owh... begitu rupanya cara menghasilkan jagung manis..haha. aku baru tau ni..thanks bro

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive