Kisah disebalik Tiang Aren Orang Ulu Di Sarawak

Tiang Aren orang Ulu

Kisah disebalik Tiang Aren (Carved Ceremonial Pole) Orang Ulu Di Sarawak | Di Sarawak, ada banyak sangat tiang berukir yang kita boleh jumpa. Tapi jaga-jaga, mungkin tiang yang korang tengok tu adalah kubur bagi orang-orang zaman dahulu sebenarnya.

Saya difahamkan, selain dari tiang yang dijadikan sebagai tempat letak mayat, ada juga tiang yang berbeza kegunaannya. Mungkin bagi kita yang tidak biasa dengan tiang-tiang ni tidak akan perasan tentang perbezaan dan kegunaannya. Sejujurnya, saya sendiri pun keliru tentang dua objek budaya ni, iaitu Burial Pole (Kelirieng) dan Carved Ceremonial Pole (Tiang Aren).

Burial Pole (Klirieng) dan Carved Ceremonial Pole (Tiang Aren)

Untuk pengetahuan korang semua, kedua-dua objek budaya ini mempunyai fungsi yang sangat berbeza dalam masyarakat Punan. Fungsi Kelirieng adalah sebagai makam manakala Tiang Aren pula lebih kepada tiang upacara / festival.

Baca Disini : Kisah Di Sebalik Kelirieng Orang Ulu

Berikut pula merupakan video menerangkan secara ringkas tentang kisah di sebalik "Tiang Aren".

@projektravel Kisah disebalik Tiang Aren (Carved Ceremonial Pole). Mamat atau Kramen merupakan sebuah struktur tiang kayu berukir yang digunakan untuk sesuatu upacara / festival bagi masyarakat orang Ulu di Sarawak pada zaman dahulu. 📍 #KampungBudayaSarawak #Sarawak #CutiCutiMalaysia #TiangAren #MalaysiaTrulyAsia #ProjekTravel #PTxSarawak #NgajatLesong #SarawakCulturalVillage #OrangUlu #Borneo ♬ original sound - ProjekTravel

Macamana, menarik bukan? Saya sendiri pon baru tahu tentang fungsi dan kisah disebalik muka-muka yang di bentuk di Tiang Aren tu.

Post a Comment

1 Comments

  1. Malaysia ni terlampau banyak budaya yang boleh kita ketahuhi..

    ReplyDelete