Tarikan Terbaru Di Legoland Malaysia "LEGO® MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA"

Baru-baru ni, LEGOLAND® Malaysia Resort telah melancarkan filem 4D serba baharu mengenai "LEGO® MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA" di taman tema mereka. Pengunjung boleh merasai pengalaman JOURNEY TO MYTHICA bermula dari 11 November 2022. Saya sendiri cukup rasa bertuah telah menjadi antara yang terawal merasai pengalaman hebat menonton filem 4D ini.


Secara ringkasnya mengenai filem ni, ia mengisahkan seekor Alicorn kecil 'Bobs' yang sangat berani dalam pengembaraan ke dunia yang belum diterokai, di mana makhluk-makhluk LEGO berubah menjadi nyata. Hakikatnya, ia sebenarnya merupakan alam fantasi yang telah dicipta oleh kuasa imaginasi kanak-kanak.


Pelbagai rintangan dilalui 'Bobs' merentasi rimba yang sanfat mempersonakan, laut bergelora, gua tersembunyi, lautan api dan ais yang penuh dengan kejutan dan cabaran sambil melarikan diri dari Chimera seekor makhluk ganas berkepala tiga. Dengan bantuan Maximus the Sky Lion yang berbadan & bersayap putih beserta Duo the Hydra, ia dapat menyerlahkan kuasa sebenar yang dimiliki Bobs.


Pengalaman menonton tayangan filem 4D ni lebih interaktif dan jelas melalui visual multi dimensi, disamping efek khas seperti percikan air, semburan salji dan semestinya adunan bunyi yang terperinci cukup melengkapi pengembaraan ini menjadikan ia sebuah pengembaraan 4D seakan nyata dan menyeronokkan!

Ya memang seronok sangat! Kanak-kanak dan ibu bapa di dalam panggung juga memberi respond positif tentang tayangan ini. Kalau korang dan keluarga ke Legoland Malaysia, jangan lupa  untuk merasai sendiri pengalaman menonton filem 4D LEGO® MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA ni. 

Filem 4D baharu LEGO MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA ini sudah termasuk dalam harga tiket masuk ke LEGOLAND. Korang boleh membeli tiket dan menempah tempat melalui sistem tempahan LEGOLAND Malaysia Resort. Untuk maklumat lanjut Resort, jadual operasi dan membuat tempahan, layari: https://www.legoland.com.my/.

Untuk maklumat lanjut tentang LEGO MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA, layari laman web rasmi di https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/mythica/ atau halaman media sosial LEGOLAND di Facebook dan Instagram.


FLASH SALE 11.11 ~ DISKAUN 40%

Untuk lawatan anda seterusnya ke LEGOLAND Malaysia dengan pembelian tiket 1-Day Single Park, 1-Day Double Park atau 1-Day Triple Park. Bawa empat( 4) orang tersayang atau keluarga dan nikmati penjimatan sehingga RM450 melalui tawaran ini.


Post a Comment

0 Comments