Sunday, May 03, 2020

RESIPI KUIH SERI MUKA

Resipi Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka merupakan kuih yang mempunyai dua (2) lapisan atas dan bawah dengan bahan yang berbeza. Lapisan bawah Kuih Seri Muka mengandungi pulut dan lapisan atas pula merupakan lapisan yang lembut serta sedikit manis bagi mengimbangi rasa tawar pulut.

Bahan Lapisan Bawah (Bahan A)
  • 3 ½ cawan beras pulut rendam 1-2 jam 
  • 3 cawan santan – dari 1 biji kelapa 
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Lapisan Atas (Bahan B)
  • 4 cawan Santan Pekat (2 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan)
  • 2 cawan Gula Pasir
  • 4 biji Telur (saiz B)
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 6 helai daun pandan (kisar dengan 2 cawan air)
  • Sedikit Pewarna Hijau

Step Memasak

Penyediaan Lapisan Bawah Seri Muka :
  1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang.
  2. Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak.
  3. Angkat dan ditekan tekankan dengan tangan sehingga sedikit mampat.
Penyediaan Lapisan Atas Resepi Seri Muka :
  1. Kisar daun pandan dengan 2 cawan air dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan 4 cawan santan yang diperlukan. Titiskan sedikit pewarna hijau.
  2. Pukul Telur dan gula seketika sehingga agak-agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. Masukkan 2 cawan santan terlebih dulu, pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan tepung dan kacau rata sebelum masukkan baki santan yang ada. Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.
  4. Masukkan loyang yang mempunyai bahan lapisan bawah tadi ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas, baru ditapis adunan ke atasnya dengan perlahan lahan di sekeliling loyang.
  5. Kukus selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak. Mula mula kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu untuk keluarkan wap sehingga dah turun, baru tutup semula.
  6. Untuk 5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
  7. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong dengan pisau bersaiz kecil.
Tips Tambahan
  1. Untuk beras pulut, sebelum kukus pastikan anda rendam terlebih dahulu beras nya sekitar 40-1 jam sebelum kukus ya. Ini bantu proses memasak pulut lebih cepat dan hasilnya pulut menjadi lebih lembut.
  2. Semasa mengukus gunakan api sederhana sahaja, jangan besar kerana kuih akan menggelembung dan tak cantik.
  3. Gores permukaan pulut supaya bahan yang dituang ke atasnya boleh melekat dengan baik.
  4. Untuk dapatkan potongan cantik, pastikan kuih seri muka anda telah sejuk betul dan barulah dipotong. Celupkan pisau ke dalam air panas, lap dan potong. Sekiranya ada pulut melekat di pisau, bersihkan dulu. Celup pisau ke dalam air dan ulanglah sehingga selesai.

0 comments: