SEJARAH PENDIDIKAN SAYA BERMULA DARI SEKOLAH RENDAH DI KELANTAN


SEJARAH PENDIDIKAN SAYA BERMULA DARI SEKOLAH RENDAH DI KELANTAN | Pendidikan merupakan salah satu hal yang sangat penting bagi semua orang. Kita percaya bahawa, sistem pendidikan melalui sistem persekolahan merupakan elemen penting dalam membangunkan sesebuah negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Saya juga percaya bahawa setiap dari pembaca kat sini juga mempunyai sejarah pendidikan masing-masing kan? Untuk artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang beberapa sekolah dan institusi pendidikan yang pernah saya lalui.

SEKOLAH KEBANGSAAN JAMBU LAWAR (SKJL)
Tahun : 1996-2001
Disclaimer : Lencana yang dipaparkan bukan lencana asal, ianya telah di ilustrasikan kembali oleh penulis artikel ini.

Selepas menerima pendidikan awal di tadika, saya telah ke SKJL. Untuk pengetahuan korang, saya belajar di sekolah rendah SKJL bermula dari tahun satu (1) sehingga tahun 6 (6). Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas membaca, menulis dan mengira. 

Saya juga telah dilantik sebagai pengawas perpustakaan bermula tahun tiga (3) sehingga tahun enam (6). Sewaktu di dalam darjah enam, iaitu pada usia dua belas tahun, kami dikehendaki mengambil peperiksaan penilaian yang dipanggil Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR, yang menilai prestasi di dalam kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris, Matematik dan Sains.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INTAN (SMKSI)
Tahun : 2002-2006
Disclaimer : Lencana yang dipaparkan bukan lencana asal, ianya telah di ilustrasikan kembali oleh penulis artikel ini.

SMKSI merupakan sekolah menengah yang berada di kawasan kampung. Bukanlah sebuah sekolah elit ataupun sekolah kluster cemerlang yang mana diidamkan oleh semua orang untuk ke sana. Mengikut dari keputusan UPSR yang saya terima, saya telah di letakkan di dalam kelas berjurusan Urusan Rumahtangga (1 UR 1). 

Selain dari jurusan tersebut masih ada dua (2) jurusan lain lagi iaitu Pertanian dan Teras Rumahtangga. Pada hakikatnya semuanya sama cuma akan berbeza hanya pada silibus Kemahiran Hidup yang kami ambil. Jurusan ini akan tamat sehingga kami menduduki Penilaian Menengah Rendah atau PMR pada tahun ke tiga (3) di sekolah menengah ini.

Selepas menerima keputusan PMR, kami diasingkan sekali lagi kepada beberapa jurusan iaitu sains, dan satera. Jurusan sains pula terbahagi kepada tiga (3), subjek biologi, subjek lukisan kejuruteraan dan akaun. Memandangkan keputusan saya okay, saya dimasukkan dalam jurusan sains yang mengambil subjek biologi.

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG (KMPP)
Tahun : 2007-2009

Untuk pengetahuan semua, Module PDT di matrik pada tahun tersebut terbahagi kepada dua (2) module. Setiap module pula terbahagi kepada 4 subjek. Apa itu module? ianya lebih kurang course la. Jadi, bagi mereka yang bercita-cita untuk jadi doktor boleh pilih module 1 sebab module 1 ni korang akan belajar Biology, Chemistry, Mathematic, Science Computer . Untuk module 2 pula, ianya lebih sesuai untuk sesiapa yang berminat ke arah kejuruteraan sebab mereka tak akan belajar subjek biologi. Untuk module ni, pelajar akan ambil subjek Physics, Mathematics, Chemistry, dan Science Computer.

Pada awalnya saya ditawarkan untuk module 1, tetapi tak tahu kenapa saya telah buat permohonan untuk tukar ke module 2 walaupun saya tak suka pada fizik. 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Tahun : 2009 - 2012
Memandangkan minat saya pada dunia seni ni memang kuat, untuk peringkat ijazah saya telah memohon Kursus Ijazah RekaBentuk Perindustrian di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pilihan pertama. Alhamdulillah, rezeki saya disana apabila terpilih sebagai salah seorang pelajar jurusan tu di Fakulti RekaBentuk dan Seni Bina (FRSB). Kursus ini mengambil masa tiga (3) tahun untuk bergraduasi. Sepanjang tempoh saya di UPM, saya telah menginap di Kolej 10 UPM yang berada dekat dengan fakulti kami dan fakulti kejuruteraan.

Tahun : 2014 - 2016


Selepas bekerja sebagai pereka produk buat seketika, saya telah kembali ke UPM untuk menyambung pengajian saya di peringkat Master. Jurusan yang saya ambil kali ni agak berbeza dari jurusan yang saya ambil semasa di peringkat ijazah sebelum ni. Untuk pendidikan master ni saya telah memilih jurusan pendidikan, Master of Education : Technic & Vocational Education (Management) yang mana kelasnya berlansung di Fakulti Pendidikan (FPP).

Itulah secara ringkasnya sejarah pendidikan saya di beberapa sekolah dan institusi pendidikan di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tak minat mengajar ke Madi? Kalau tak silap CIAST tempat belajar menjadi tenaga pengajar kemahiran.

    ReplyDelete