Thursday, December 19, 2019

GLAMPING DI TANAH AINA FAHAD RAUB


Artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang semua tentang percutian saya di eco resort Tanah Aina Fahad pada awal bulan November 2019 yang lepas. Memandangkan cuaca kurang mengizinkan kami untuk aktif beraktiviti di sana, tapi ianya tidaklah menjadikan percutian kami disini satu percutian yang sia-sia kerana banyak juga aktiviti lain yang kami dapat lakukan selama 2 hari 1 malam di sini.

Tanah Aina Fahad terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Benom, Raub Pahang ini berada di atas tanah seluas lima ekar atau 12,140 meter persegi. Kalau datang dari Kuala Lumpur, korang akan mengambil masa lebih kurang 2.5 jam perjalanan untuk sampai ke sini.


Untuk pengetahuan korang, eko resort ini mempunyai 20 buah khemah penginapan dan mampu memuatkan 150 orang pengunjung dalam satu masa. Selain itu mereka juga ada menawarkan beberapa jenis penginapan lain termasuk dorm. Ia bukan sahaja sesuai untuk individu, tetapi turut menerima kumpulan yang ingin menjalani sebarang kursus motivasi (team building) atau ’family gathering’ .

Di sekitar luar khemah
Paling menarik, khemah yang saya inap ketika percutian saya disini boleh memuatkan dua (2) orang dan ianya bukan sekadar khemah biasa kerana dilengkapi dengan katil, kipas, tuala mandi, penyangkut baju dan cermin. Konsep khemah sebegini dipanggil sebagai "glamorous camping" atau secara singkatannya adalah Glamping.

Keadaan dalam khemah yang saya inap
Keadaan luar bilik mandi
Ruang dalam bilik mandi yang luas dan selesa
Kemudahan dorm untuk yang datang berkumpulan
Tanah Aina Fahad juga turut menyediakan kemudahan lain seperti surau, dewan makan dan bilik mandi yang selesa untuk kegunaan pengunjung mereka.

Dewan makan terbuka dengan pemandangan hijau alam semulajadi
Makanan dijamu secara buffet
Menikmati makanan sambil menyaksikan keindahan alam semulajadi
Selain dapat menikmati kesegaran dan keindahan alam semulajadi disini, korang juga boleh melakukan banyak aktiviti lain seperti ‘flying fox’, ‘tubing’, ‘jungle tracking’, ‘berbecue’, unggun api, mandi sungai dan bermacam-macam lagi.

Jambatan gantung merentasi sungai
Permainan "Giant Chess" yang berada disebelah dewan makan
Berehat di tepi sungai
Aktiviti unggun api di waktu malam
Selain Tanah Aina Fahad, terdapat lima lagi lokasi percutian di bawah kendalian Tanah Aina Sdn. Bhd. iaitu Tanah Aina Farrah Soraya (Raub), Tanah Aina Farouq (Mukim Tras, Raub), Tanah Aina Fareena (Bentong), Tanah Aina Farhana (Desaru) dan sebuah Restoran Tanah Aina Azareena di Bentong.
Entri ini terlaksana melalui program "VM2020 Glamping Media Trip" pada 7 - 10 November 2019 dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

4 comments:

  1. Lawa tempat dia. Bersih semuanya. Boleh masuk dalam list untuk bercuti nanti ni.

    ReplyDelete
  2. kak belum pernah sampai. tapi kawasan dia tu sangatlah menggoda. fuhhhh harap2 dapatlah pi situ nanti ^_^

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat menginap kat sini jauh dari hiruk pikuk kota . Alam semulajadi yg tenang dan damai. Glamping nampak menarik . Siap ada kipas lagi kat dalam tu .. Mesti best

    ReplyDelete
  4. Yeay! Ada gambar kita. Haha. Btw yes penginapan kat Tanah Aina Fahad ni sangat menenangkan. Sesuai sangat untuk keluarga bercuti dan luangkan masa berkualiti bersama-sama kan. :)

    ReplyDelete