Thursday, July 04, 2019

KARI KEPALA IKAN TERBAIK PENAH SAYA MAKAN ADALAH DI PHILEA MINES RESORT

Siapa sangka di tengah-tengah bandar boleh ada resort bertemakan "beach" kan? Tapi ianya benar-benar wujud ya, dan ianya adalah Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan yang berada di belakang pusat membeli belah The Mines. Resort ini bukanlah berada benar-benar di tepi pantai sebenar, namun pantai yang ada merupakan pantai buatan yang seolah-olah seperti yang betul nak-nak apabila waktu senja.


Tujuan artikel kali ni bukan saya nak cerita mengenai pantai buatan tersebut, tapi ianya adalah untuk berkongsi dengan korang tentang promosi makan tengahari yang sedang mereka tawarkan di Philea Mines Beach Resort ni.

SET MAKAN TENGAHARI

Untuk pengetahuan korang, Philea Mines Beach Resort ada menawarkan harga promosi bagi menu set Kari Kepala Ikan Merah yang disediakan oleh Chef Roslan. Pengunjung yang datang ke sini, boleh mendapatkan harga promosi ini pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 12PM-3PM. Saya juga difahamkan bahawa promosi ini akan berlansung sehingga hujung tahun ini (2019).


Terdapat 3 jenis set kombo yang boleh dipilih dengan harga istimewa iaitu Kari Kepala Ikan Kombo A, Kari Kepala Ikan Kombo B dan Set Ayam Tempayan. Dalam set kombo ini terdapat 7 lagi menu hidangan lain. Jom tengok apa yang ada dalam set makan tengahari di sini.

1. Kari Kepala Ikan Kombo A
Harga: RM 79.00 (2-3 pax)


Menu:
1. Steamed White Rice
2. Fish Head Curry
3. Stir Fried Cabbage 
4. Fried Lady Finger 
5. Stir Fried Long Bean 
6. Papadom
7. Sirap Selasih
**air sirap selasih unlimited refill
**tambah RM1 untuk teh tarik

2. Kari Kepala Ikan Kombo B
Harga: RM 248 (6 pax) + 1 Bilik Deluxe untuk 2 orang


Menu:
1. Steamed White Rice
2. Fish Head Curry
3. Stir Fried Cabbage 
4. Fried Lady Finger 
5. Stir Fried Long Bean 
6. Papadom
7. Ayam Tempayan
8. Sirap Selasih
**air sirap selasih unlimited refill
**tambah RM1 untuk teh tarik

CARA REDEEM BILIK | Bagi yang beli set Kombo B, korang akan menerima 1 bilik deluxe untuk 2 orang stay. Redemption bilik kena buat reservation sebelum 7 hari. Kalau korang nak redeem bilik semasa hari yang sama, korang perlu membuat tempahan awal dengan bayaran penuh seawal 7 hari. Voucher bilik yang korang dapat adalah vaild untuk 1 bulan dari tarikh pembelian.

3. Set Ayam Tempayan 
Harga: RM20 (1 pax)


Menu:
1. Ayam Tempayan
2. Steamed White Rice
3. Crackers + Pickles
4. Sirap Selasih

REVIEW

Semasa kunjungan tempohari, saya dan rakan-rakan (5orang) telah menikmati hidangan Kari Kepala Ikan Kombo B di Laman Tun Teja yang mana ianya betul-betul berdekatan dengan pantai buatan ni.


Jujur saya katakan, ni merupakan kali pertama saya makan Kari Kepala Ikan boleh menambah nasik. Awalnya saya mengambil Set Ayam Tempayan untuk diri saya, tapi disebabkan termakan kata-kata Sis Lin untuk mencuba Kari Kepala Ikan dia saya terus menambah nasi. Kalau food review sebelum ni yang melibatkan Kari Kepala Ikan, saya hanya ambil gambar dan mampu rasa secubit je. Tapi kali ni memang cukup berbeza. Bagi saya, Kari Kepala Ikan mereka boleh pergi jauh. Kami pun dah mula bincang bila lagi nak repeat ni. Kalau datang beramai-ramai pun berapa sangat sorang kena keluarkan duit untuk Set B tu.


Memang sangat berbaloi kalau ambil Set B tu. Harga dah murah, siap boleh dapat percuma bilik lagi untuk 2 orang stay. Bilik dia pun luas dan selesa, bertemakan english style. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan penyaman udara, TV satelit skrin-rata, peti sejuk kecil dan kemudahan membuat kopi/teh. Bilik mandi yang disediakan memang selesa, besar dan dilengkapi dengan pancuran mandian, bath tub dan peralatan mandian yang lengkap. Paling best kalau dapat bilik yang menghadap pantai buatan tu, bila senja tiba je memang cantik sangat-sangat pemandangan dia. Memang terasa seolah-olah berada di pulau betul pulak.

Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan sangat sesuai nak dijadikan tempat honeymoon bagi mereka yang tak mempunyai banyak masa untuk bercuti jauh-jauh. Nak shopping, jalan tak sampai 5 minit dah sampai.

Nak datang kesini, korang boleh waze Philea Mines Beach Resort. Sebagai landmarknya, ia terletak bersebelahan The Mines Shopping Mall dan bersebelahan MIEC (Mines International Exibition Center).

Philea Mines Beach Resort
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

15 comments:

  1. amboii...sedap sedap belaka lauk pauknya....kalau sesat ke sana boleh la cari nnt

    ReplyDelete
  2. Terbaik Tuan. Kari kepala ikan the best

    ReplyDelete
  3. Macam sedap je kari kepala ikan tu... nak try lah.. tapi jau pulak huhuhuh

    ReplyDelete
  4. Dkt Penang Ada satu tempat Kari kepala ikan yang famous di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung harga pun sempoi

    ReplyDelete
  5. Elok sangat jadi tempat honeymoon kan. Tak payah pergi jauh2. Couple sekarang kebanyakannya Dua2 kerja. Nak dapat cuti susah. Sini pun dah memadai

    ReplyDelete
  6. waa menarik jugak yea set2 yg ada tu sebagai pilihan buat pelanggan. Dari gmbr2 tu semuanya nampak sedap2 belaka hehe. Kombo B mcm sgt jimat dan berpatutan sbb dpt bilik sekali kan. nnt kot ada nk menginap di sana boleh try Kombo tu jugak ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  7. tak snagka pulak belakang The Mines ada resort Philea Mines Beach Resort. Nampaknya ada pilihan untuk warga kota yang mencari tempat hidangan Kari Kepala Ikan di Lembah Klang.

    ReplyDelete
  8. Harga masih berpatutan untuk orang awam. Semoga makanan ini dapat sambutan orang ramai. Naim hanya lihat gambar pun dah terliur

    ReplyDelete
  9. Yer kerrr awak tak pernah rasa lagi Kari Kepala ikan kita masak mesti awak akan termimpi-mimpi nanti wakakakakaka... hehehe tapi memang nampak kepala ikan tu kalau kita hadap seorang boleh habis wakakakakaka nak lagi sedap kalau awak belanja hehehe...

    ReplyDelete
  10. Selalu makan kari kepala ikan kat penang. sebab banyak restoran yang ada menu ini. Tapi tak pernah kari kepala ikan kat kl lagi. Tapi harga set tu memang berbaloi lagi2 set b ada dapat bilik sekali.

    ReplyDelete
  11. Wah kombo B siap with deluxe room lagi, i think it's very worth it.

    ReplyDelete
  12. Jomla repeat kat sini. Sis nak mandi kat pantai, guling-guling kat pasir. Memang kari kepala ikan kat sini sangat sedap. Sis siap cuba makan mata dia ek. lazattt!

    ReplyDelete
  13. Sedapnya kari kepala ikan! Menarik jugak pakej kombo set B tu siap boleh dapat redeem satu bilik deluxe untuk 2 orang. Dah kenyang makan boleh lepak tidur dengan view cantik macam tu

    ReplyDelete
  14. Wahh taktau pulak KL pun ada buat menu kari kepala ikan. Kalau penang and kedah tu biasa dengar

    ReplyDelete
  15. omg thank you for this great introduction. mmg interested sgt nk cuba pakej B. harga yg berpatutan & boleh dpt 1 night stay lg!

    ReplyDelete