INFO PERCUTIAN MUSLIM DI MACAO !

Ramai kawan-kawan saya tegur buat apa di Macao sampai 4 hari tu? Sedangkan dengan keluasan Macao yang kecil tu, mereka boleh  explore hanya dalam masa sehari sahaja.


Kalau difikir secara logik dengan keluasannya yang kurang dari 30kmkita boleh explore Macao dalam masa sehari sahaja. Tapi, korang kena tahu bahawa walaupun Macao ni kecil, tapi ianya sangat padat dengan lokasi dan tarikan-tarikan yang menarik.

❝ Macao merupakan suatu wilayah kecil di selatan China yang merupakan salah satu daripada dua Kawasan Pentadbiran Khas. Ditadbir oleh Portugal sehingga tahun 1999, ia merupakan koloni Eropah yang tertua di China dan diasaskan pada abad ke-16. Hak memerintah Macao telah dipindah-milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999.❞
Macao memainkan peranan unik sebagai penghubung antara China dan Barat terutama dalam hal-ehwal perdagangan pada pertengahan abad ke-16 sehingga abad ke-19.
BAHASA KOMUNIKASI | Apa yang menariknya, penduduk Macao menggunakan bahasa Kantonis, Mandarin, Portugis untuk berkomunikasi. Orang Macao (Macanese) merujuk kepada penduduk tetap wilayah ini, akan tetapi secara khusus merujuk kepada etnik campuran Portugis dan Han.


Secara pentadbirannya, Macao terbahagi kepada dua bahagian:
"Daerah Utara" terlalu dekat dengan jirannya iaitu bandar Zhuhai di tanah besar China. Dalam pada ini, penduduk berulang-alik dari tanah besar ke Macao dengan melalui daerah utara.

CUACA | Macao mempunyai iklim sub tropika dengan empat musim.
  • Musim bunga (Mac ke Mei); Suhu purata ; 12 - 26 C
  • Musim Panas (Jun ke Ogos); Suhu purata : 26 - 31 C
  • Musim Luruh (September ke November); Suhu purata : 19 - 28 C
  • Musim Sejuk (Disember ke Februari); Suhu purata : 12 - 20 C
Jadi, sebelum ke sini sila bawa baju yang bersesuaian dengan iklim di sana ya.

MATA WANG | Dalam urusan jual beli, macao mempunyai matawang sendiri iaitu Macanese Pataca. Selain Macanese Pataca, mereka juga menerima mata wang Hong Kong Dollar dalam urusan perniagaan dan jual beli yang dikira dalam 1:1.
  • RM 1 = 1.88 MOP (Macanese Pataca)
  • RM 1 = 1.80 HKD (Hong Kong Dollar)

MASA | Tiada masalah dengan masa di sini kerana Macao dan Malaysia dalam jalur yang sama. Jadi  korang tak perlu pun tukar masa di jam korang kerana masa di Malaysia sama dengan masa di Macao.
  • Masa di Malaysia = Masa di Macao

MAKANAN HALAL | Ramai yang tanya saya berkenaan restoran makanan halal yang ada di sekitar Macao. Disini saya sertakan beberapa info restoran yang mempunyai Halal Certificate dan mesra muslim yang korang boleh cuba.



Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya berkenaan info yang korang perlu tahu jika korang nak datang Macao. Nantikan article saya yang seterusnya berkenaan tempat-tempat menarik di Macao.

Post a Comment

11 Comments

  1. Antara tempt yg menarik yg akk nk pg sagat. Tu pun lps tgk citer the boys over the flowers.. cantikkan tempat die

    ReplyDelete
  2. Sekarang tengah musim bunga.. cantiklah. Seronok kalau dapat pergi sekarang! Bergambar sakanlah Ros. hihi.

    Nak ke sana tak perlu risau bab makanan, dah ada list makanan halal tu. Tq.

    ReplyDelete
  3. Rawlins tak sampai-sampai lagi ke Macao. Teringin nak pergi gak - tengok binaan dan lokasi menarik kat sana. Now dah ada your info pasal halal food, lagi senang nak rancang percutian ke sana. TQ

    ReplyDelete
  4. Menariknya Macao ni. Waima kecil dgn hanya 30km² sahaja, tetapi ianya mampu menarik perhatian pelancong. Baru tahu tentang Macao yang waktunya sama dengan Malaysia. Hahaa makanan halal pon mudah nak dapat. Bagusnya! Tak perlulah ssh payah nak makan dekat sana.

    ReplyDelete
  5. Wah good info untuk orang2 yang akan ke Macao. Teringin nak kesana one day nanti. Nak tgok Macao tower. hehehe

    ReplyDelete
  6. wahh ada list tempat makan halal..senanglah nak cari kalau pergi macao nanti..w/pun macao tu kecil tp fuhh byk ye tempat menarik..nti nak baca next episod hihi

    ReplyDelete
  7. Kita sekarang sebagai orang muslim ni memang tak perlu risau nak makan sebab banyak negara dah utamakan makanan halal dan juga mesra muslim.. Bagus lah kat Macao lepas ni kita nak pergi sana lah hehehehe boleh tak...

    ReplyDelete
  8. Parents Fadzi pernah jugak perg macau ikut trip. Memang seronok dia. Yang lagi best tour tu mesra muslim. Senang

    ReplyDelete
  9. Tak sangka dekat Macao pon ada tempat makan yg ada Halal certificate ya. Lepas nie boleh lah rancang perjalanan utk ke Macau dan jadikan blog nie sebagai rujukan. Thanks kerna berkongsi info ini Mawardi

    ReplyDelete
  10. Baca pasal Macau ni, tetiba teringat balik trip redah ke Macau dulu. Allahu, naifnya rasa macam tu, hahahaha. Siap bawa bekal makanan. Macau ni best sebab banyak attractions. Walaupun dah gi 2 kali, still rasa macam nak gi lagi

    ReplyDelete
  11. Love this so much! Very informative and straight-forward. Buat rasa rindu je nak ke Macao. Sangat cantik kan bang!

    ReplyDelete