Monday, February 25, 2019

TANJAK BULANG BIDANG MILIK PAHLAWAN BERPANGKAT

Dengan hanya sehelai kain batik lepas saya boleh membawa identiti budaya yang cukup kuat di dalam setiap gambar yang saya ambil untuk kenang-kenangan. Memang sudah menjadi satu kebiasaan untuk saya bawa kain batik bila travel ke negara asia khususnya ke negara jiran kita Indonesia yang sudah semestinya mempunyai identiti seakan sama dengan kita. Malah ada juga diantara koleksi batik yang saya guna datangnya dari Indonesia seperti dari Solo (Surakarta).

Tengkolok Bulang Bidang

Untuk perjalanan saya pada kali ini, saya telah bawa bersama tanjak yang merupakan aksesori kepala kebanggaan bangsa Melayu kita. Tengkolok yang saya tempah khas dari seorang pesilat dari negeri Perak ini diberi nama sebagai Destar Bulang Bidang. Saya difahamkan bahawa Destar Bulang Bidang ini merupakan tanjak yang dipakai oleh golongan askar yang berpangkat. Ianya haruslah dibuat dari fabrik atau kain hitam sahaja atau 'tanah' atau asas warnanya mestilah hitam.

Destar Bulang Bidang_foto MekOnie

❝ Tengkolok (Jawi: تڠكولوق), juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala, merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan. ❞_wikipedia

Memandangkan ianya adalah tengkolok untuk pahlawan berpangkat, jadi ia sangat sesuai untuk dipakai waktu bersilat atau persembahan. Destar Bulang Bidang merupakan tanjak paling praktikal dan tidak mudah rosak sebab karangannya yang rata dan tidak berbentuk sangat.

Bagi korang yang nak buat tempahan tengkolok, korang boleh rujuk pada saudara Saiful Amin di laman social facebook beliau:


19 comments:

  1. vogue gila ko madi, pakai tanjak pergi bercuti

    ReplyDelete
  2. Memang ada gaya dihah pakai tanjak gini. Tinggi nilainya. Bagus ada orang pecinta budaya ni. Sama la aku dihah, pegi Indonesia akan bawa kain batik, tapi ritu ke Batam lupa lak,haha

    ReplyDelete
  3. Amboi madi... Segak betuk dengan penampilan Melayu lama. Syabas dan tahniah kerana berjaya dan tak malu membawa budaya Melayu ke seantero dunia..

    ReplyDelete
  4. Ingatkan pahlawan mana la tadi. Kemain bergaya lagi dengan tanjak tu. Sesuai la kalau orang nak kahwin beli ni

    ReplyDelete
  5. bagus madi, jarang orang bawa ke mana-mana kain batik ni pergi travel.barulah orang respect kita bawa kebudayaan kita ke tempat mereka kan..memang selalu nampak gambar madi pakai kain batik dan tengkolok ni

    ReplyDelete
  6. Wahhh ada gaya seorang pahlawan..cer try buat aksi pencak silat mesti lagi mantopp..

    ReplyDelete
  7. Ha nak citer ni semalam kat MRT muzium negara ada adaaki pakai tanjak jugak..tp x sama la macam yg mawardi pakai ni...ramai tahan dia nak amik gambar..nak kata artis bukan...jadi perhatian plak dia semalam

    ReplyDelete
  8. Cantik la madi. Tak ramai orang muda sekarang yang nak pakai dan promote tanjak macam ni. tapi madi buat. respek!

    ReplyDelete
  9. Sungguh dalam semangat ke Melayuan dalam diri awak tapi kenapa awak tak nampak macam Melayu nampak mix wakakakakaa... pinjam tanjak nak berlawan jap hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Thank you share! Mmg baru hari tu duk carik2 nak tempah tengkolok utk anak bujang tu. Harap2 dia nak buat la utk budak kecik. Hehe

    ReplyDelete
  11. Itu diaa gaya seorang pahlawan..
    Ehh.. Pahlawan blogger ke.. Hehe
    Cantik hasil pembuatannya.
    Nampak kemas.

    ReplyDelete
  12. whoaaa. tak ramai dah yang pakai tanjak sekarang kan kecuali masa kahwin ataupun ada event macam tu haha,cantik nampak tanjak tu

    ReplyDelete
  13. yes akhirnya boleh jugak beli tanjak ni.. kita dari dulu tercari-cari seller yang jual benda alah ni. boleh la pakai time raya puasa nanti, baru wow nak ootd kan

    ReplyDelete
  14. Perghhh ada gaya pahlawan lah mawardi..siap bertanjak n bersamping..gaya nak naik pelamin ada gak tu..:). Tak ramai dh org nk bertanjak dh zaman ni..kiranya sape yg pakai ni semangat kebudayaan n kemelayuan tu masih tebal gitu.syabas

    ReplyDelete
  15. Menariknya pakai tanjak pi travel, bawa budaya Malaysia ke mana-mana dlm masa yang sama dpt perkenalkan adat resam negara kita. Senanglah nanti nak beli dah tau cari kat mana..thanks

    ReplyDelete
  16. Wah menarikla tengkolok tu. Ni saper2 yg suka dengan barangan seni bolehlah tempah. Bukan biashe biashe ni. Kalau pkai utk acara tertentu pun nmpk bergaya

    ReplyDelete
  17. Hehe memang tau dah madi pecinta budaya. Lawa la tanjak ni kan? Actually bagus tau sebenarnya bila ada anak muda yg meneruskan legasi budaya pemakaian tradisional kita ni

    ReplyDelete
  18. Amboi.. Siap bertanjak lagi.. Memang nampak mcm pahlawan sungguh..

    ReplyDelete
  19. Hehehehe belom ada lagi yang review tanjak / tengkolok ni. Untuk pengusaha butik pengantin mesti cari supplier tanjak ni. Sebab bukan senang nak dapat yang tahu adat dan budaya melayu. Sekarang pengantin, penari kebudayaan dan pihak istana juga dah ada pakaian bertema. boleh la cari Saiful Amin tu. Ruby nak pakai raya ni, bagi Naim, Adam dan Alif pakai. harap ada untuk kids.

    ReplyDelete