Sunday, January 13, 2019

AZLAN TYPEWRITER KINI JADI USAHAWAN MINUMAN TENAGA TURBO 3

Pernah merangkul sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke 23 dan juga Kumpulan Baru Terbaik di dalam Anugerah Planet Muzik 2008, Azlan Typewriter kini bergelar usahawan dengan memasarkan produknya sendiri iaitu minuman bertenaga Turbo 3 yang kini sudah mula berada si pasaran tempatan (Malaysia).


Minuman Tenaga Turbo 3 ini telah di rasmikan pelancarannya bersama muzik video Turbo 3 pada 9 Januari 2019 lepas bertempat di WOW KL. Apa yang menariknya, muzik video Turbo 3 telah membawa penglibatan King Lhota ( warganegara sanegal ) yang mana beliau boleh menyanyi dalam bahasa melayu. Pengambaran muzik video Turbo 3 tersebut telah dilakukan di kawasan kilang Maxfinitt ( Turbo 3 ) sendiri.



Malah dalam majlis yang sama, Azlan turut melancarkan single dan muzik video terbarunya yang bertajuk KUKUH. Ia merupakan lagu irama balada yang dicipta oleh beliau sendiri manakala lirikya ditulis oleh Mars. Ia mengisahkan tentang kehidupan masyarakat yang sering dilanda perasaan dan lagu ini dapat menguatkan lagi perasaan dan tekad agar terus KUKUH.

MINUMAN BERTENAGA TURBO 3

Turbo 3 merupakan air minuman yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun sebelum dikilangkan. Turbo 3 merupakan sejenis minuman bertenaga yang dicipta khas untuk menyokong pembentukan tenaga dalaman individu dengan segera. Menariknya, Turbo 3 ni 100 peratus produk keluaran tempatan dan disahkan halal dan bersih.


Air minuman bertenaga Turbo 3 mengandungi glukosa, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, perasa Tutty Fruity, dan perasa epal. *jadi korang boleh agak macamana rasanya kan? Memang sedap. Turbo 3 sesuai diminum dan membantu atlit sukan, pelajar, pemandu, dan pekerja yang memerlukan tenaga efektif yang memberi kesegaran. Dari segi harga pula, Turbo 3 akan dijual dengan harga RM3.50 untuk setin yang bersaiz 325ml.

Tahniah Azlan Typewriter!

Maklumat lanjut berkenaan minuman bertenaga Turbo 3 ni, boleh terus ke website www.turbo3energybooster.com atau follow mereka di laman sosial seperti Instagram @turbo3energybooster dan Facebook Turbo3.

20 comments:

  1. Larh. Azlan typewriter ke usahawan turbo3 ni? Puas dok fikir siapalah yang launch turbo3 ni sebab asyik lalu lalang dkt wall. Banyak betul promotion dia buat. Bagus² tp rasanya mcm ada keluar melodi juga ni. Yg promotion ada sedikit isu tu kan? Ke cx salah? Hehe

    ReplyDelete
  2. Normally i am not a fan of energy drink because it is too sweet for my taste. Anyway, can give a try on this when I have to make a long drive to keep myself energised.

    ReplyDelete
  3. Melangkah jauh setapak lagi Azlan the typewriter kan..lama dh dia x muncul rupanya tgh sibuk jadi businessman..dh ada di pasaran la minuman bertenaga keluaran beliau ni kan...boleh la akak beli nanti ni...

    ReplyDelete
  4. Minuman untuk tenaga lah ni kalau kita yang travel dan bawa kereta jauh-jauh nak elak mengantuk boleh minum air nikan sebab kita tak berapa suka yang ada kat pasaran sekarang ni nampak yang ni nampak sedap....

    ReplyDelete
  5. First time hearing this brand. I hope to see it at the stores near me. so I can buy and try haha. the packaging looks interesting hence I wanna try

    ReplyDelete
  6. Bagus gak Tu . At least very entrepreneur and Ada wawasan untuk masa depan. Tapi very rare celebrity buat energy drink Kan? I tak pernah minum energy drink camni.

    ReplyDelete
  7. Terbaik Azlan, jadi usahawan dan sekaligus lancar lagu terbaharu beliau kan. Moga perniagaan beliau terus maju dengan jayanya. Air tu sedap ke weh? Nak beli la nanti :D

    ReplyDelete
  8. Tahniah Azlan Typewriter..!!
    Menghasilkan satu produk yang lain dari yang lain. Idok lerrr terjadi nya lambakan produk macam ramai artis lain. Walaupun Nina bukan peminat energy drink tapi boleh laaaa cuba beli kan tuk husband rasa nanti. Thanks sharing

    ReplyDelete
  9. Wah nampak menarik air minuman tenaga ni. Banyak khasiat pulak tu. Azlan pun dulu merupakan salah satu artis fav. hehehehe. Nak try minum nanti.

    ReplyDelete
  10. Wah dah jadi usahawan ye. Minuman baru ni. Macam best je. Nanti boleh recommended dekat husband sebab husband selalu drive jauh. Supaya bertenaga sikit.

    ReplyDelete
  11. Azlan ni memang sebelum ni rajin wat busines kan? Tak silap dulu busines keta rasanya. Baguslah dia rajin berbusines..busines air ni pun bagus gak..mmg ramai org cari minuman bertenaga ni time2 nak drive

    ReplyDelete
  12. Perasa Tutty Fruitty? terfikir gak macam mana lah rasa Turbo 3 ni. Mana nak dpt air ni bro? boleh jadi alternatif energy drink selain drp jenama lain kan

    ReplyDelete
  13. Tahniah Azlan and the typewriter..dah ada produk sendiri lain dr yg lain.. yg best ada pulak penyanyi dr Senegal yg pandai berbahasa melayu lagi. Semoga perniagaan dan bidang nyayian makin berjaya

    ReplyDelete
  14. Patut lah lama tak nampak dia menyanyi. Sibuk buat business sendiri rupanya. Tahniah lan. Semoga terus sukses

    Macam air livita tu eh rasa air dia? Harga dah macam lebih kurang. Boleh la beli dan try nanti

    ReplyDelete
  15. Lama x dengar cerita lan ni. Tak sangka dia maju setapak lagi jadi org bisnes. Moga terus sukses

    ReplyDelete
  16. Laaa dah jadi usahawan rupanya... Patut la tak dengar perkembangan terbaru dalam industri muzik.. Akak suka gila kot suara dia.. Sedap.. High pitch

    ReplyDelete
  17. Produk baru ya? Nnt mouse mommy beli dan cuba, terutamanya slps larian, blh refill mineral kat badan.

    ReplyDelete
  18. Wahh tahniah Azlan. Minuman kesihatan untuk tambah tenaga memang bagus. Terutama yang suka bersukan tu. Mesti minuman macam ni kami cari. Nanti nak tengok kalau ada dijual di kedai runcit, stesen minyak atau kat mana-mana. Boleh cuba beli satu. hehe

    ReplyDelete