travel, food and lifestyle blog

Followers

POS BARANG SAMPAI DALAM MASA SEHARI DENGAN LALAMOVE

lalamove_sumber foto hardwarezone.com

Sekarang ni banyak sangat masalah yang dihadapi oleh kita berkaitan dengan service penghantaran. Masalah utama yang kita selalu hadapi adalah barang yang dihantar tidak sampai pada waktu yang sepatutnya. Oleh kerana itu, ramai yang mengharapkan supaya penghantar barang mereka menggunakan perkhidmatan penhantaran yang tidak merumitkan penerima.


LALAMOVE | Pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on demand) kini telah pon dilancarkan di Malaysia iaitu lalamove. Service penghantaran lalamove dikatakan service yang sangat cekap dan pantas. Barang yang dipesan atau dihantar menggunakan perkhidmatan lalamove boleh sampai ke destinasi yang dituju dalam masa satu jam atau kurang darinya.
"Perkhidmatan ini berjaya merekodkan tempoh penghantaran kurang 36 minit untuk jarak sehingga 5KM, manakala bagi jarak sehingga 10KM pula Lalamove merekodkan tempoh purata 50 minit sahaja."
Service yang hebat bukan? Sekarang dalam masa sehari malah beberapa minit sahaja barang sudah boleh sampai kepada penerima. Selain dari perkhidmatan penghantaran barang biasa, lalamove juga boleh dan sesuai digunakan untuk penghantaran makanan / tempahan pembelian makanan.


Untuk pengetahuan korang, sekarang ada lebih 1300 pemandu berdaftar dibawah lalamove dan mereka telah menyempurnakan lebih kurang 300 penghantaran setiap hari. Perkhidmatan penghantaran dilakukan dengan menggunakan motosikal dan kereta. Mereka bakal meluaskan lagi pilihan perkhidmatan seperti van dan trak pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan pengguna.

Lalamove memanfaatkan teknologi internet, aplikasi mudah alih dan ekonomi perkongsian (sharing economy) untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on-demand) sebagai satu platform penghantaran bersepadu yang mampu memadankan pengguna dan pemandu dengan sekelip mata.

Platform penghantaran lalamove direka dengan pemantauan GPS masa nyata (real-time), perkhidmatan 24-jam, tujuh hari seminggu malah sistem penilaian pemandu bagi memastikan para pengguna sentiasa mempunyai gambaran berkenaan penghantaran mereka.
"Charge perkhidmatan pula bermula dengan RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukannya berdasarkan berat pakej."
Caj perkhidmatan lalamove bermula dari RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukan berdasarkan berat pakej. Sistem pengiraan ini mengurangkan kos overhead dan boleh membantu para peniaga menjimatkan lebih 70% dari segi kos penghantaran dan operasi di samping memberikan lebih kawalan dari segi keperluan penghantaran harian mereka.

DISKAUN PENGGUNA BARU | Bagi korang yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan dari lalamove, bolehlah download aplikasi mereka di playsore dan apple store sekarang dan gunakan kod promosi "GOODNEWS" untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM8.

Lalamove telah digunapakai secara meluas di beberapa buah negara Asia yang lain seperti China (hampir 100 bandar), Hong Kong, Indonesia (Jakarta), Thailand, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Share:

2 comments:

  1. Kalau dri negeri ke negeri blh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, cuma agak costing jugak rasanya. tapi boleh check dengan apps tu

      Delete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive