travel, food and lifestyle blog

PEMENANG PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018

Pencarian Ikon Wanita Melayu 2018 buat kali kelima telah sampai ke penghujung apabila Amy Nurtinie telah dinobatkan sebagai Ikon Wanita Melayu bagi tahun 2018 dimana majlis gilang gemilang ini telah berlangsung dengan meriahnya di Plaza Shah Alam, Shah Alam Selangor. Tahniah saya ucapkan.


Saya sempat hadir dan melihat sendiri kemeriahan majlis ini dimana pengacara sepanjang majlis ini adalah saudara Karl Syafek yang sepanjang majlis memberikan pelbagai informasi kepada tetamu yang hadir berkenaan perjalanan program Pencarian Wanita Melayu 2018 ini. 

1.0 PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 

Untuk pengetahuan semua, Pencarian Wanita Melayu 2018 yang telah masuk tahun kelima ini terbuka kepada semua gadis Melayu diluar sana untuk bergelar Ikon Wanita Melayu 2018. Penyertaan dibuka sejak akhir Januari 2018 lalu dan seramai 200 penyertaan telah diterima dan akhirnya seramai 12 orang finalis telah dipilih dan dididik oleh mentor mereka.


Seramai 4 orang mentor telah ditugaskan menjadi mentor kepada 12 finalis ini. 4 orang yang dimaksudkan adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu iaitu Ashirah Kaseh (Pemenang tahun 2014), Hazwani Zaini (Pemenang tahun 2015), Nurul Ain (Pemenang tahun 2016) dan Fatimah Hassan (Pemenang tahun 2017).


Setiap mentor akan mengendalikan 3 orang finalis dimana mereka ini akan membentuk personality, keyakinan serta imej sebagai wanita melayu. Beberapa aktiviti seperti kelas solekan, perundingan imej, etika, memasak dan aktiviti luar turut dijalankan sebelum melangkah ke pentas akhir PWM2018. 

1.1 PERINGKAT AKHIR PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018 

12 finalis yang terpilih ke peringkat akhir adalah Alya Iman Abdul (26), Aunee Azrina Zulkifli (25), Amy Nurtinie Abdul Aziz (22), Huda Saber (29), Nuraishah Razak (25), Nur Ezzeyanti Natasha (20), Nur Fatihah Sazali (25), Nur Syuhada Azmi (22), Nadja Liza Mustaffa (30), Nur Athiyah Hazirah (23), Siti Mastura Malak (29) dan Siti Raihana Rahamat (18). Mereka bukan sahaja dinilai daripada kecantikan sahaja, malah kebijaksanaan mereka ini juga akan dinilai diperingat akhir ini.


Diperingkat akhir ini, mereka telah diberikan tugasan akhir diatas pentas seperti memperagakan pakaian tradisonal dari suku kaum didunia sambil memberi informasi tentang pakaian yang diperagakan, sesi soal jawab bersama juri jemputan dan juga peragaan pakaian dan juga barangan daripada para penaja. 


Bagi meredakan keadaan sebelum pengumuman siapa bakal menjuarai Pencarian Wanita Melayu 2018, persembahan daripada Ismail Ezani memeriahkan lagi majlis pada petang itu. 

1.2 PEMENANG PENCARIAN IKON WANITA MELAYU 2018 

Apa pun tahniah saya ucapkan kepada Nur Fatihah (tempat ke-3), Alya Iman (tempat ke-2) dan Amy Nurtini sebagai Ikon Wanita Melayu 2018.


Semoga dengan kejayaan ini, dapat membawa martabat Wanita Melayu keperingkat yang lebih tinggi sekaligus menaikkan nama masyarakat dan identiti Melayu itu sendiri diperingat yang lebih tinggi.

Artikel oleh : Ahmad Fauzi Aryaan

Share:

No comments:

Post a Comment

Followers

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive