travel, food and lifestyle blog

Followers

MAKAN NASI DAUN PISANG DI BANANABRO BERJAYA TIMES SQUARE

Malaysia cukup popular dengan kepelbagaian kaumnya, oleh sebab yang demikian juga kita bertuah kerana dapat menikmati keindahan dan keunikan pelbagai budaya termasuklah makanannya. Selain dari makanan nasi kandar yang begitu sinonim dengan kedai mamak dan kaum india, Nasi Daun Pisang juga begitu popular bagi masyarakat India.

NASI DAUN PISANG

Hidangan Nasi Daun Pisang ini mendapat namanya daripada daun pisang yang digunakan sebagai alas nasi tersebut, menggantikan pinggan makan. Ia merupakan amalan biasa di India selatan dan negara-negara Asia yang mengamalkan diet vegitarian. Ramai yang mempercayai bahawa haba dari nasi panas menyebabkan daun pisang membebaskan bahan yang membantu penghadaman. Selain itu, daun pisang yang panas akan menghasilkan bau harum yang menambah selera makan.


Pada asasnya, hidangan Nasi Daun Pisang adalah hidangan sayuran dengan tiga atau empat jenis masakan sayuran ditawarkan. Biasanya salah satu sayuran tersebut dihidangkan dengan dipotong halus dan digaul mentah bersama susu masam yougat.

BANANABRO BERJAYA TIMES SQUARE

Bagi korang yang belum pernah mencuba hidangan nNasi Daun Pisang ini, saya cadangkan untuk korang ke Bananabro yang berada di aras LG Berjaya Times Square Kuala Lumpur.


Sebuah restoran Nasi Daun Pisang yang luas dan moden sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan. Masih lagi baru dan apa yang saya boleh katakan bahawa ramai lagi yang tidak tahu akan kewujudannya.


Saya sendiri telah berkesempatan untuk makan tengahari bersama kawan-kawan disini pada 5 Mac 2018 lalu. Memang sedap dan yang penting ianya diyakini bersih .

NASI DAUN PISANG BANANABRO

Nasi daun pisang di BananaBro ni didatangkan dalam bentuk "Craving Set" yang terdiri dari nasi putih atau nasi beras perang, 3 jenis sayur (tauge, peria, timun), 4 jenis kuah (kari ayam, kari ikan, kari kacang hijau, dhal), papadom, yogurt dan rasam. Yang menariknya untuk set ni setiap item yang aku sebut tadi boleh tambah mengikut keperluan kita.


Selain itu mereka juga ada menyediakan beberapa lauk tambahan yang boleh dioder seperti Chicken 65, Mutton Varuval, Chicken Varuval, Fried Chicken, Fried Squid Rings, Fried Tenggiri, Crispy Bilis dan Sambal Petai. Antara banyak-banyak tu aku suka Mutton Varuval dengan Fried Squid Rings.

Harga bagi Nasi Daun Pisang Craving Set ini bermula dengan harga RM12.90,  dan jika kita oder lauk tambahan, maka harga akan meningkat mengikut menu yang kita tambah. Bagi yang datang waktu malam, ada set Dinner Combo dimana kita boleh ambil Craving Set + Chicken 65 dengan harga RM17.90.


Selain dari menu utamanya Nasi Daun Pisang. Saya sangat syorkan pada korang untuk cuba menu Nasi Lemak dia. Kalau korang nak tahu, memang ada kelainan pada menu nasi lemak yang di hidangkan disini. Harga bagi Nasi Lemak Limited ayam goreng adalah RM11.90 sahaja.


Untuk minuman pula, korang saya cadangkan korang cuba Teh Tarik Lawa yang mana ianya hanya berharga RM4.90 sahaja. Selain dari itu mereka juga ada tawarkan menu minuman Lassi. Tak perlu risau akan perisanya kerana kat sini ada 4 jenis air lassi yang boleh korang pilih iaitu Original, Mango, Strawberry dan SourSoup. Harga air Lassi ni pula adalah RM6.90.


Tak sia-sia kalau datang makan kat sini, tempatnya selesa makanannya pun sedap dan service pun okay. Jadi Kalau korang ni penggemar menu nasi daun pisang dan tercari-cari lokasi nasi daun pisang di area Kuala Lumpur, Bananabro lah tempatnya. Kalau ke Berjaya Times Square, jangan lupa untuk singgah makan di Bananabro ya.

Banana Bro Times Square
LG-59B, Berjaya Times Square
Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur

Dibuka setiap hari : 8.30am - 10pm

Facebook :

Instagram :

Website :
Share:

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive