travel, food and lifestyle blog

Followers

MOOD REPUBLIK KL RAYA FEST 2018 DI PWTC KEMBALI

Mood Republik sekali lagi bakal mengulangi kejayaan dengan mengadakan temasya terbesar iaitu KL RAYA FEST 2018 yang berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat 8 Jun 2018 seawal jam 10 pagi dan akan berlarutan tanpa henti pada 9, 10 Jun dan diakhiri pada 11 Jun, 10 pagi, dan ianya akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti. Temasya ini bakal menghimpunkan lebih daripada 1,000 jenama yang majoritinya diterajui oleh usahawan generasi muda bumiputera Malaysia .


Festival yang dianjurkan ini merupakan satu-satunya temasya yang berjaya mengumpulkan nama-nama besar dan eksklusif di bawah satu (1) bumbung.

TRADISI HUJAN DUIT 

Walaupun menerima pelbagai kecaman dari netizen, Tradisi Mood Republik hujan duit sebanyak RM 100,000 akan diteruskan lagi tahun ini di Lobi PWTC pada upacara pembukaan dan bersedia untuk di rebut sebagai tanda terima kasih Mood Republik kepada pengunjung setia. Selain dari itu, 100,000 pengunjung pertama bakal memperoleh 100,000 beg hadiah percuma sumbangan kesemua jenama yang terlibat. *jadi memang rugilah kalau korang tak turut serta.

JENAMA YANG TERLIBAT DI KL RAYA FEST

Memasuki tahun ke-5 penganjuran KL RAYA FESTMood Republik terus kekal relevan sebagai Festival Fesyen dan Kecantikkan yang berjaya mengumpulkan nama-nama besar dan ekslusif di bawah satu (1) bumbung. Antara jenama besar yang turut serta pada kali ini adalah Ice Watch, Timberland, Elianto, Vida Beauty, D’herbs, Rico Rinaldi, Ezuwan Ismail, Melinda Looi, Mimpi Kita, Super Coffee, Jubah Souq, Sugarscarf, Losravelda, Shawl Publika, Jannah Noe, Starvillion, Tudung Ruffle, Naelofar Hijab, Lily Petuna, Zawara, Bokitta Hijab, Alflo Raldo, Dyxy Cosmetic dan banyak lagi.


Turut memeriahkan lagi festival ini adalah artis dan selebriti yang mempunyai jenama sendin’ iaitu MRP by Fattah Amin, Trudolly by Fazura, Nur Sajat RTW by Nursajat, Ziana Zain World by Ziana Zain, RCW by Rozita Che Wan, Zapatos by Zain Saidin, Sephia by Janna Nick , MF Shawl by Mira Filzah , Wak Doyok, Bellaz Beauty by MUA Bella, Wawa & Azril Zafril, Charms Foundation by Hael Husaini, Malaed by Hairul Azreen , Vida Beauty by Dato Sri Vida, D’herbs & Aliff By Sha by Date Sri Aliff Syukri, Jubah Lima (5) Waktu by Wawa Zainal & Aeril Zafril, Emma RTW by Emma Maembong , Mika Series by Zoey Rahman, Cakenis by Haniz Zalikha, Owl by Nora Danish, El by Elfira Loy, Impian by Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Mood Republik juga tidak ketinggalan menjemput artis dari seberang iaitu Rossa bersama produknya Rossa Perfume dan Randy Pangalila Secret Perfume by Bellessa. Selain dapat mendekati para peminat para selebriti yang telah bergelar usahawan ini juga akan turut sama menjual dan mempromosikan produk-produk mereka kepada para peminat secara langsung.

LOKASI KL RAYA FEST 2018

Memasuki tahun ke 5 penganjuran, festival Aidilfitri terbesar Asia ini akan berlangsung di hall 3 & 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Lokasi ini dipilih bagi memberikan keselesaan kepada usahawan dan juga pengunjung kerana mempunyai akses mudah bagi yang mempunyai kenderaan sendiri dan juga pengangkutan awam seperti LRT, komuter, bas serta teksi.

PENAJA UTAMA MOOD REPUBLIK 2018

Pada majlis sidang media yang lepas, mereka telah mengumumkan penaja-penaja utama Mood Republik 2018, Antara penaja Mood Republik adalah pusat sehenti membeli belah secara atas talian. Shopee yang juga akan membawa jenama-jenama besar ke pentas Mood Republik. Pihak Grab juga akan menyediakan rebat istimewa yang terkandung di dalam aplikasi Grab bagi memudahkan pengunjung menghadiri acara Mood Republik KL Raya Fest di PWTC.


Menurut pengasas Mood Republik, Datuk Kimi Iskandar Ismail, pada edisi kali ini. pengunjung bukan sahaja berbelanja malah mereka boleh mengimarahkan Ramadan dengan berbuka puasa. solat Terawih dan bersahur di PWTC sepanjang berlangsungnya Mood Republik KL Raya Fest.

“Segalanya lengkap di PWTC, KL RAYA FEST 2018 menawarkan seleksi pilihan raya dari anak-anak kecil sehinggalah ke ibu bapa dan seluruh ahli keluarga. Tidak perlu berhujan dan berpanas, suasana yang dingin bakal menimbulkan ‘mood’ raya yang ceria buat pengunjung. Kami jangkakan jumlah pengunjung bakal mencecah 1 JUTA orang pada edisi penganjuran kali ini “ kata Kimi.

Bagi peminat fesyen, ini adalah peluang yang sangat praktikal dan ekonomi bagi mendapatkan koleksi terkini. Anda tidak perlu ke pelbagai lokasi berbeza untuk mendapatkan jenama-jenama pilihan anda sebaliknya semua bakal terhidang dibawah satu bumbung. Inilah satu-satunya festival yang menghimpunkan lebih 900 peniaga online gergasi.


Pada Mood Republik KL Raya Fest kali ini, mereka menyasarkan jumlah sumbangan sebanyak RM500,000 dengan fokus utama untuk membantu memperbesar Maahad Sains Al-Quran Al-Amin Mood Republik , di Puchong dan Madrasah Huraidahah di Kota Bogor. Kedua dua entiti ini adalah penerima terbesar sumbangan Mood Republik Charity sejak 2014.

PELUANG MEMENANGI VOLKWAGEN BETTLE SPORTS

Selain dari itu, setiap pengunjung akan mengalami keterujaan dan keseronokkan setiap kali berada di Festival ini kerana bukan sahaja dapat membeli barangan dari jenama-jenama kesukaan tetapi mereka juga berpeluang untuk memiliki sebuah Volkwagen Bettle Sports yang bernilai RM230,000 serta RM10,000 wang tunai apabila membeli belah dengan hanya serendah RM97 di dalam satu (1) resit sepanjang Mood Republik Tour Sarawak sehinggalah Y.E.S Festival 2018, dan melayakkan pengunjung untuk bersama kami dalam “Shop & Win Contest 2018”.

BACK TO BACK RAYA GALORE FESTIVAL 2018

Sepanjang bulan ramadan ini Mood Republik bukan sahaja tertumpu di PWTC tetapi juga akan berkunjung di tiga (3) lagi lokasi yang lain yang dinamakan Back to Back Raya Galore Festival 2018. Ianya akan bermula di Kelantan pada 18 & 19 Mei, Kedah 1 & 2 Jun, Pahang pada 2 & 3 June dan lokasi kemuncak di PWTC 8, 9 & 10 Jun.

Kelantan - 8 & 9 Mei 2018
Grand Riverview Hotel Kota Bharu
10.00 pagi - 12.00 mlm

Kedah - 1 & 2 Jun 2018
Tabung Haji Hotel & Convention Center, Alor Star
10.00 pagi - 12.00 mlm

Pahang - 2 & 3 Jun 2018
Sultan Ahmad Shah Convention Center, Zenith Hotel Kuantan
 10.00 pagi - 12.00 mlm

Kuala Lumpur - 8,9 & 10 Jun 2018
PWTC Kuala Lumpur
72 jam tanpa henti

Back to Back Raya Galore Festival 2018 ini juga suatu gandingan kolaborasi utuh yang menghimpunkan pelbagai jenama pemiagaan di alam maya daripada industri fesyen lelaki, wanita, kanak-kanak, makanan dan produk kecantikan di negara kita. Ini juga adalah gandingan dalam usaha murni mereka bagi memeriahkan lagi industri pemiagaan Islam dari pelbagai produk dan sudut.


Share:

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive