travel, food and lifestyle blog

Tuesday, April 10, 2018

BUFFET RAMADAN 2018 SUNWAY PUTRA HOTEL KL


Bulan Ramadan dah makin hampir dengan kita, entry kali ni saya nak kongsikan lokasi Buffet Ramadan hotel tahun 2018. Lokasi berbuka puasa kali ni merupakan lokasi yang pertama saya nak kongsikan dengan korang especially kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. 

BUFFET RAMADAN 2018 SUNWAY PUTRA HOTEL KL

Kalau korang sedang mencari lokasi berbuka puasa untuk keluarga mahupun officemate, boleh cuba di Coffee House, Level 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Kat sini ada lebih dari 100 jenis makanan dihidangkan mengikut citarasa kita tak kira la yang suka masakan melayu, Asian dan juga Western. Tapi, dengar khabar tahun ni mereka menfokuskan pada makanan melayu kampung.


Untuk pembuka selera, mereka ada sediakan banyak menu seperti pelbagai jenis kerabu ; Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Lala Pedas, dan banyak lagi. Selain kerabu, mereka juga ada menyediakan Rojak buah, Tauhu Sumbat, Grilled Beef Mandarin Salad, Pecal, Ulam, Chilled Mayo Crabmeat With Corn Salad, Poached Fish with Pineapple dan Snow Peas Salad. Bagi mereka yang sukakan makanan Jepun, Maki Sushi dan Sushi Rolls pun ada khas untuk korang. Memang berbaloi-baloi.


Untuk makanan utama mereka pula disediakan khas oleh Chef Rossham. Sup Gear Box, Oriental Barbecued Lamb (Award Winning Dish Di Thailand Culinary Competition), Salmon Fish Head Curry, Laksa Utara, Udang Kalio dengan belimbing buloh, Daging Masak Lemak Cili Padi, Ikan Patin Masak Tempoyak pasti akan buat korang menambah banyak kali.



Selain dari itu mereka ada menyediakan 12 action stalls yang menghidangkan pelbagai menu terbaik dari Sunway Putra Hotel. Antara menu pilihan yang korang boleh pilih ialah Grilled Fish, Grilled Seafood, Chicken Chop With Mushroom Sauce, Chicken Shawarma, Cucur (Cucur Ikan Bilis, Cucur Udang, Cucur Kelapa & Cucur pisang), pelbagai jenis Kuih Talam dan banyak lagi.


Jangan lupa untuk cuba dessert yang mereka sediakan seperti Cendol, Ais kacang, Teh Tarik, Fresh Tropical Fruits serta pelbagai jenis kek dan desserts. Memang terlalu banyak pilihan dan saya yakin korang sendiri pun akan teruja bila ke sini.

Harga Buffet Ramadan 2018 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

RM128 nett dewasa 
RM64 nett kanak-kanak & warga tua
(kanak-kanak bawah 6 tahun percuma)

Harga Berkumpulan :
RM108 nett
(minimum 30 orang)

Tarikh : 19 May - 4 June 2018

Alamat : 
Coffee House, Level 9,
Sunway Putra Hotel,
100, Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur

Untuk tempahan boleh hubungi : 03-40409888 atau email spkl.ch@sunwayhotels.com
Share:

23 comments:

  1. Sedapnya menu. Tengok gambar pun pening sudah nak pilih menu. Kalau puasa akak lebih suka yang berkaitan macam sup. Tapi selera puasa ni, setiap hari berubah menu.

    ReplyDelete
  2. Fav Marsha ialah bbq lamb....uiii memang sangat fav sampai xpandang mana dah. Kerabu pun nampak menyelerakan. Mesti puas hati.

    ReplyDelete
  3. Wah enak-enak semua makanananya ya. Teringin nak makan di Coffee House ini.

    Makanan pun boleh tahan meriah. Sesuai la untuk sesiapa yang nak buat berbuka beramai-ramai tu

    ReplyDelete
  4. Madi kalau gini nampak nya punah lagi la program diet kak Tina. Menu semua menyelerakan harga pun affordable. Mesti kena cuba try test nih.

    Cheers'
    Kak Tina

    ReplyDelete
  5. Menu sedap sedap belaka. Banyak juga menu yang ada, kerabu pun banyak jenis kan. Rambang mata nak pilih mana satu. Harga pun berbaloi dengan kualitii makanan yang diisediakan.

    ReplyDelete
  6. Oooo... ada harga tuk kumpulan. Lagi jimat..!! Bagus ni kalau buat reunion ker... menu pun menarik tertarik terliur dah ni. Hehehe...
    Thanks sharing

    ReplyDelete
  7. terkejut, gambar first ada kepala ikan ternanga. hehe. Pergh, sup gear box tu nampak power betul. Kambing panggang tu pun menggoda sangat. Best yer kalau dapat buka puasa kat sini

    ReplyDelete
  8. Masih tak boleh nk move on dari kari kepala ikan dekat Sunway Putra Hotel, asal menginap disana, pasti tercari menu ini.

    Adakah ini pertanda kena menginap dekat sana bulan pose nie?

    ReplyDelete
  9. Hero utama kat mana- mana buffet ramadhan sure la kambing panggang kan..hehehe...best la semua menu- menu..lama tak singgah sini..akak suka dessert diorang..sedap sangat..sygnya dah lama diorang tak jemput ke sini..

    ReplyDelete
  10. sedapnyaaaa nampak! kalau stay sini confirm akan amik pakej dia

    ReplyDelete
  11. Nampak menyelerakn sangat. Lagi2 kepala ikan tu. Eh bestlah kalau buffet ramadhan siap ada sushi. Harga pon boleh tahan........ murah 👍🏼

    ReplyDelete
  12. banyak pilihan menu disediakan. sedap-sedap semuanya. boleh cuba jugak ni. boleh makan sampai lebam ni hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Terkejut tengok kari kepada ikan tu ingatkan apa hehehe tapi makanan untuk Ramadhan ini best banyak pilihan sapa nak belanja aku...

    ReplyDelete
  14. perghh semua menu2 buffet ramadhan kat sunway putra ni sedap giler..terus rasa lapar memalam ni...kalau ke sana bulan pose ni..boleh la grab utk offer buffet..

    ReplyDelete
  15. Look at all this beautiful food... I really love Ramadan... A holy month blessed with loads of food... Wanna date my friend to have their buka Puasa here...

    ReplyDelete
  16. What a delicious buffet spread to berbuka puasa with! The price is really reasonable too, by KL standards!

    ReplyDelete
  17. Temptingnya tgk
    Makanan semua nampak sedap dan menarik. Blh cuba berbuka kat sini nanti

    ReplyDelete
  18. klau liez akan serbu dulu tang kambing golek...mmg fav semua org kot.. lepas tu tgk desssert dan appetizer macam kerabu.. pergghhhh menanwan la makanan kat sunway putra ni..

    ReplyDelete
  19. Sup gearbox dengan kambing grill tu menggegar jiwa lah. Heheh nampak aedap sangat. Buffet ramadan kali ni menu makanan semua makin sedap dan improve.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  20. Oiiiiiii, ni kalau aku pegi ni mesti tak tahu nak start dari mana. Sup Gear Box tu weiiiiiiiii! Ngancam nak matikkkk la tengokkkk..

    ReplyDelete
  21. kerabu je dah banyak jenis. berbaloi-baloi ni. mahu berejam duduk menghadap makan je. yummy! #kakimakan

    ReplyDelete
  22. Sushi tu nampak menggiurkan la boh..harga boleh tahan. Tapi kalau kualiti terbaik, kiranya berbaloi la kan.

    ReplyDelete
  23. Wow! Dah ada senarai buffet Ramadhan. Boleh la try usha. Kalau dekat, best ni

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive