SET TRAVEL PRODUK HIMALAYA MEMUDAHKAN

Hal yang selalu saya titik beratkan kalau saya sendiri nak keluar negara adalah kelengkapan ubat-ubatan dan produk penjagaan diri. Kalau travel dalam negara biasanya hal ini tak akan menjadi masalah walaupun kelengkapan itu dari jenis packaging yang besar. *tapi kalau keluar negara, semua hal kena catu nak nak pula bagi mereka yang travel secara backpackers! Ini kerana, syarikat penerbangan kos rendah Air Asia sendiri pun dah mula perketatkan polisi berat dan saiz ludgage yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kapal terbang.


Benda yang wajib saya akan bawa jika travel adalah seperti ubat gigi, shampoo, pencuci muka, dan panadol. Kalau saya ke pulau atau tempat berisiko untuk cuaca panas, sunblock pun akan menjadi salah satu dari produk wajib di bawa.

Untuk memastikan kesihatan diri sentiasa di paras yang bagus, pemilihan produk untuk kita guna juga sangat memainkan peranan penting. Tidak semua produk yang ada di pasaran bagus dan terjamin keselamatannya. Harini saya sendiri nak kongsikan satu produk dari satu jenama yang sangat menarik dan bagus untuk korang, apa yang penting ianya terjamin selamat kerana produknya diperbuat dari 100% bahan organik.

PRODUK ORGANIK DARI HIMALAYA

Siapa pernah dengar atau tahu tentang produk HIMALAYA? Saya sendiri baru sahaja menjadi pengguna setia selepas diperkenalkan oleh sorang kawan ni. Kalau dulu saya hanya sekadar tahu tentang kewujudannya. Korang pun mesti sekadar tahu tentang kewujudan produk Himalaya nikan? Tapi sejauh manakah korang mengenali produk tersebut. Apapun jom kita baca beberapa fakta berkenaan produk Himalaya ni.

Fakta yang korang perlu tahu tentang produk ini adalah :

Produk diasaskan dari negara India, 100% menggunakan barangan semulajadi danBebas dari bahan kimia.
Apa yang menariknya lagi tentang produk Himalaya ni, mereka ada mengeluarkan beberapa jenis dari produk mereka dalam packaging mesra travel (pack kecil). Dengan pembelian beberapa jenis produk versi ini, korang akan dapat satu bag hijau kecil khas yang boleh dijadikan tempat untuk korang letak barang-barang toiletries dan produk Himalaya yang korang beli.


*orang kata produk dari Himalaya ni mahal! Bagi saya sendiri, harganya tidaklah terlalu mahal, kalau nak dibandingkan dengan produk dari bahan organik lain. Apa guna beli produk yang murah kalau ianya tidak selamat! Apa yang penting, hasil dia mencapai objektif sebenar kenapa kita nak memilikinya.

PENGALAMAN TRAVEL BERSAMA PRODUK HIMALAYA


Pertama kali guna produk Himalaya dah buat saya sendiri jatuh hati. Memandangkan produk-produknya ada dalam pakaging mesra travel, ianya terus menjadi pilihan saya untuk dibawa travel bersama. Antara produk Himalaya yang telah saya bawa travel bersama ke Laos tempoh hari adalah Neem Face Wash 50ml, Protein Shampoo Gentle daily care Shampoo 100ml, NSC 50ml dan Septilin 100 Tablet Himalaya.

Neem Face Wash 50ml

Neem Face Wash 50ml | Pencuci muka ini dikatakan berfungsi untuk mencegah jerawat dan tidak mengandung parabens, SLS/SLES, dan Phthalates. Pencuci muka ini juga tidak mengandungi sabun/deterjen, ini terbukti apabila dicampur dengan air maka buih yang keluar pun tidak banyak. Ianya hadir dalam pelbagai saiz iaitu 15ml, 50ml, 100ml, 150ml, 200ml and 300ml.

Nourishing Skin Cream 50ml
Nourishing Skin Cream Himalaya ialah krim kegunaan harian untuk kulit. Krim ini dicampur dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree and Indian Pennywort, yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering, memberikan khasiat dan kelembapan. Krin ini juga hadir dalam pelbagai saiz iaitu 50ml, 100ml and 200ml.

Septilin 100 Tablet Himalaya
Septilin mempunyai ciri antipiretik (mengurangkan demam). Ia juga memberi kesan kepada jangkitan saluran pernafasan, termasuk tonsilitis kronik, faringitis, bronkitis kronik, nasal catarrh (keradangan membran mukus saluran pernafasan) dan laringitis.

Ianya sangat berguna kepada saya ketika berada di Laos. Cuaca kat Laos yang tidak menentu. Kejap hujan, kejap panas menyebabkan cepat nak demam. Alhamdulillah dengan izin Allah, nasib baik dalam travel kit himalaya ada #Septilin. Makan 2 biji sekali makan, rasa panas badan nak demam tu terus surut.

Apa yang menariknya lagi dengan Septilin ni, rasa dia macam gula-gula pada awalnya. Jadi baguslah bagi mereka-mereka yang tak suka rasa ubat kan.


Untuk pengetahuan korang juga, Himalaya herbals bukan sekadar mengeluarkan produk seperti kat atas ni je. Terdapat banyak lagi seperti :

Penjagaan Badan, Penjagaan Tangan dan Kaki , Penjagaan Rambut, Penjagaan Bayi, Penjagaan Kesihatan  dan Penjagaan Mulut
Senang cerita Himalaya Herbals menjaga dari hujung rambut hingga hujung kaki yang berasaskan dari alam semulajadi.

Post a Comment

4 Comments

  1. produk himalaya ni mmg bagus. ramai jgk kwn2 sy yg guna ni

    ReplyDelete
  2. Baru tau Himalaya ada produk suplemen. Rasa macam nak cuba pulak. Dulu pakai produk untuk rambut, memang okay.

    ReplyDelete
  3. Saya pun! Hampir banyak produk Himalaya yg saya pakai! Semua terbukti berkesan dan bagi good feedback!

    ReplyDelete
  4. Memang bagus produk ni. Ramai kawan guna. :)

    ReplyDelete