REVIEW FILEM ABANG LONG FADIL | FILEM KEDUA SYAFIQ YUSOF

REVIEW FILEM ABANG LONG FADHIL | FILEM KEDUA SYAFIQ YUSOFBakat dari pengarah muda yang pernah memenangi anugerah pengarah harapan suatu ketika dulu Syafiq Yusuf terserlah lagi dengan kemunculan filem keduanya iaitu FILEM ABANG LONG FADIL.


Jika pertama kali kemuncullannya dia cuba membawa sesuatu yang agak berat, tetapi pada kemunculan buat kali keduanya ini membawa sesuatu yang berunsur komedi dan mudah untuk difahami kepada peminat-peminatnya.
Gangster komedi berbentuk parodi adalah genre filem ABANG LONG FADIL ini adalah sebuah spin off yang diambik dari filem abangnya sendiri iaitu KL GANGSTER yang pernah mencipta sejarah kutipan ‘box-office’ tertinggi dalam industri perfileman tanahair pada tahun 2011.

Dan hasilnya, filem lakonan Zizan sebagai hero ini boleh dikatakan sedang membawa satu revolusi baru pada dunia perfileman Malaysia. Kelihatan bagaimana visi pengarah muda menggabungkan 60% efek Kesan Khas Visual (CGI) untuk membentuk sebuah filem yang betul-betul merevolusikan dunia perfileman Melayu.

Selain itu ABANG LONG FADIL juga turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Kamal Adli, Soffi Jikan, Tauke Raja Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka, Harun Salim Bachik dan ramai lagi bagi memantapkan persembahan cerita ABANG LONG FADIL.

Sinopsis filem ABANG LONG FADIL | “ABANG LONG FADIL” Mengisahkan tentang kehidupan Fadil (Zizan) setelah sahabat baiknya Malik (Aroon Aziz) dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark (Syamsul Yusof), tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .

Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat-syarikat kapitalis yang telah mengupah sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Dalam masa yang sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya.

Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam (Kamal Adli) yang merupakan anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng-samseng di kawasan tersebut, akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling besar di situ. Mampukah mereka menewaskan kumpulan gangster tersebut? Adakah tanah Kampung Berani akan tergadai? Mampukah Fadil mendapat kebebasan?

Pandangan MY | Banyak aspek yang MY suka tentang FILEM ABANG LONG FADIL. Pertama sekali, pemilihan pelakon adalah cukup berjaya sekali, sangat sesuai dengan genre komedi filem ni. Pemilihan watak utama Zizan sangat-sangat memberi kejayaan kepada filem ini.

Disamping itu pelakon sampingan iaitu Kamal Adli juga sangat-sangat beraksi di dalam filem ini. Watak yang dipegang oleh Kamal seakan-akan beliau adalah hero di dalam filem nie. Tambahan pula kemunculan pelakon hebat Aroon Aziz, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Tauke Raja Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka, Harun Salim Bachik , Pablo dan ramai lagi sangat-sangat menimpakkan lagi FILEM ABANG LONG FADIL.


Keduanya, apa yang korang akan lihat dalam FILEM ABANG LONG FADIL ni ialah bagaimana cara Syafiq Yusof cuba mengolah taktik dengan filem-filem kesukaannya yang hebat seperti Transformers, Stephen Chow, dan beberapa filem superhero ke dalam filem ini. Walaupun ada kekurangan dari segi kesan-kesan sampingan itu ia tidak mencacatkan filem arahan Syahiq ini.

Walaupun sebegitu, MY cukup berbangga dan yakin Syafiq bakal mengubah dunia perfileman melayu di masa akan datang. Jadi jangan lengahkan peluang anda untuk menyaksikan Filem “ABANG LONG FADIL” telah ditayangkan di 81 pawagam secara serentak di seluruh Malaysia pada 29 Mei 2014.
Apapon moh tonton TRAILER FILEM ABANG LONG FADIL.


Tahniah, bro Syafiq! Hebat memang hebat. #ilovemalaymovie ! Jadi, MY bagi 4.99/5 bintang untuk  FILEM ABANG LONG FADIL.

Post a Comment

20 Comments

  1. Macam best je cerita ni. Nanti nak tengok la. Hehehe

    ReplyDelete
  2. tu dia, 4.99/5.. MY cakap best, mesti best ni..
    nk kena pi tengok lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. bowok satu opis bos.. bia meriah sikit. tp memang x mengecewakan.

      Delete
  3. waduh tak sabar nak tengok nih,harap lepas 15 juta kalini !!!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ha, jangan rasa. wajib tengok ekekekek. selamat menonton huhu

      Delete
  5. dahsyat weh,bnyk main graphic,respect org yg menjayakan filem ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pon dah tengok eh. best kan mmg aku pon rasa nk p tgok lg je

      Delete
  6. terima kasih sudi dtg lagi ke sini :)

    ReplyDelete
  7. cambest je trailer filem nie..
    tp kne tggu dwet innity bln dpn la bru leyh tgk..
    hoho

    ReplyDelete
  8. filem komedi memang masuk kepala saya.. ; dah tengok memang best !

    ReplyDelete
  9. memang best cerita ni... aku dah tengok dah ehehehe

    Penjelasan Minuman Air Bunga Yeos Kod E Bukan DNA Babi
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/penjelasan-minuman-air-bunga-yeos-kod-e.html

    Erma Fatima restu suami nikah satu lagi di Siam
    http://syokbah.com/erma-fatima-restu-suami-nikah/

    ReplyDelete
  10. full movie takde ke?????????asyik2 triler je!!!!!!!!!bosan r!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. full movie takde ke????????asyik2 triler je!!!!!bosan r!!!!!!!

    ReplyDelete
  12. full movie takde ke?????asyik2 triler je

    ReplyDelete
  13. bro, gua dah tengok, terbaik, gua suka syafiq yusof punya mesej dalam filem nih, pak harun terus jadi idola gua

    ReplyDelete