FARM IN THE CITY, Seri Kembangan | Destinasi Percutian Keluarga


FARM IN THE CITY, Seri Kembangan | Destinasi Percutian Keluarga | Beriadah dihujung minggu bersama keluarga adalah sesuatu yang menyeronokkan. *tak tahu nak pergi mana? Okay, destinasi yang MY nak kongsikan dengan korang kali ni adalah destinasi percutian keluarga. *tapi tak bermakna yang tak ada keluarga tak boleh pergi. Korang nak pergi alone pun boleh hehe.

*dimana ya? Ha di tengah-tengah kesesakan kota raya. Di FARM IN THE CITY, Sri Kembangan .  *Ha korang jangan terkejut.

FARM IN THE CITY adalah satu konsep unik yang telah menggabungkan unsur-unsur hidupan liar dan alam semula jadi yang ditetapkan dalam persekitaran sebuah taman pemuliharaan. Direka untuk menyerupai suasana sebenar Kampung di Malaysia dan memberi peluang kepada golongan muda dan tua untuk mendekati dengan haiwan dan tumbuhan yang kebanyakannya kita hanya mengenalinya melalui TV atau buku.


Berikut merupakan harga tiket yang dikenakan kepada pengunjung.

Kalau tak silap MY, diorang juga ada menyediakan tiket untuk pakage keluarga. *tapi kena double check balik huhu

Kalau dah beli tiket tu, korang akan dapat taq nie. So, kena pakai kat tangan. *kalau nak pakai kat leher dikhuatiri tak muat ahhaha.

Pengunjung juga boleh memberi makan, sentuh dan bermain dengan lebih daripada 100 spesies haiwan eksotik dalam jarak dekat. *serius semua haiwan-haiwan kat sini tersangat lah comel.. eiii geram nak cubit-cubit pipi.


Di sini juga ada show dari haiwan-haiwan terlatih seperti burung kakak tua. Ada yang boleh berlakon, ada yang boleh bercakap dan macam-macam lagi. *huh diva semua

Kelebihan di FARM IN THE CITY ini adalah kerana ianya berkonsepkan zoo bebas sangkar, semua binatang yang ada dibenarkan untuk berkeliaran bebas di dalam kandang khas yang juga merupakan tempat laluan pengunjung. *wah memang menyeronokkan.

Menangkap ikan merupakan salah satu aktiviti yang dapat menarik pengunjung ke sini especially kanak-kanak. *memang meriah betol bila tengok kanak-kanak menangkap ikan. Tetiba teringat zaman-zaman kecil kat kampung culu. huhu

Untuk pengetahuan korang  FARM IN THE CITY  ini terletak di atas tanah yang berukuran tujuh ekar,  FARM IN THE CITY  ini ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang akan menyediakan pelbagai jenis pengalaman untuk pengunjung. 

Get Up Close and Personal di Turtle & Tortoise Farm, Reptiles Cavern, Bird Aviary, Savannah, Vegetable & Fruits Farm, Pet Village, Mood's Lake, Jungle Walk, Butterfly Garden, Exhibition Hall, Pelican Quay dan lain-lain lagi. *wowo, korang kena datang dan rasainya sendiri.

Antara haiwan yang jarang untuk kita temui disini, seperti musang ni. * wah so cute. Ada banyak lagi spesies, sepeti kanggaroo dan kambing yang di import khas dari Sri Langka. *ha teruja tak? kalau nak tengok jom datang beramai-ramai ke  FARM IN THE CITY .

Kemudahan seperti kedai cenderamata, tandas dan restoran ada disediakan untuk para pengunjung.

Selain daripada pengalaman santai yang menyeronokkan, FARM IN THE CITY juga ada melaksanakan pelbagai program pendidikan yang mengsasarkan kepada pengunjung dari semua peringkat umur yang berpusat di sekitar tema pemuliharaan dan pemeliharaan ini. Ia adalah sebahagian daripada wawasan untuk memberitahu dan mendidik orang ramai mengenai habitat, kelakuan dan taburan geografi haiwan dalam landskap global.


Terima kasih kepada pihak FARM IN THE CITY dan Virtual Malaysia kerana sudi menjemput MY untuk destinasi kali ni.

----------------------------------------------------------------------------------

Description:

Farm in the City (FITC) is an unique concept that combines the elements of wildlife and nature set in a designed environment of a conservation park.
FITC plans to become a focal point for tourism in the state by providing educational and entertaining insights into the lifestyle and setting of a Malaysian village, fruit orchard and farm with its natural plants and wildlife
It is within the FITC's aim to be more than just a public farm and petting zoo. FITC have plans to execute various educational programs targeted at school-children and people of all ages on the themes of conservation and preservation.
FITC is a park that is COMPLETELY FREE OF CAGES. All animals are allowed to roam free in special enclosures which mimic as closely as possible to their natural habitat.


Untuk maklumat lanjut korang boleh ke Facebook page mereka di 
Farm In The City 城の农场 [klik] .

Jadi, jika korang datang berkunjung disini jangan lupa kongsikan gambar korang di instagram dan #farminthecity


Post a Comment

19 Comments

  1. Seri Kembangan ? Nanti kalau pergi sana, boleh ar singgah . kalau pergi , hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bro sri kembangan, hehe dekat dgn art sphere sri kembangan

      Delete
  2. Memang terbaik tempat nie...
    Teringat zaman kecik2 dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik ikan kecik2 je, kalau tak dh turun skali dh hehehe

      Delete
  3. wohaaa..bestnya nampak meriah.....byk pulak spesis binatang kat sini....

    ReplyDelete
  4. Menariklah tempat ini untuk bawa famili beriadah bersama.

    ReplyDelete
  5. Best ni. Nak pergi.. Dekat je dari Serdang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sangat bro. kami dari kajang pon xsampai 20 min

      Delete
  6. Terasa mcm kembali ke zaman dulu2 kan...? Siap ada jongkat jongket pakai tayar getah lagi! Haha

    ReplyDelete
  7. Okeh.. bandar putra permai ye.. next month..hehe

    ReplyDelete
  8. ooo nilah tempat anak saya sibok nak pegi tu...

    ReplyDelete
  9. wah best siap dpt jemptan dari mereka tu

    ReplyDelete
  10. gile aku kalu gi sini.. musti asyik ngan haiwan2 tu..

    ReplyDelete
  11. baru tau ade tempat menarik dekat seri kembangan..

    ReplyDelete