travel, food and lifestyle blog

Friday, August 30, 2013

Nama ABC Ikut Negara | Gambar Ais Kacang

Nama ABC Ikut Negara  | Gambar Ais Kacang  | Air batu yang dikisar hancur dicurah dengan air gula, sirap dan susu, ditambah dengan kacang hancur, buah kabung, kacang merah, cincau, cendol, jagung hancur dan sagu memang enak dimakan lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Gambar ABC | Gambar Ais Kacang
ABC atau lebih dikenali sebagai Ais Kacang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebasAir batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura). Diasaskan daripada Shave Ice yang berasal dari Jepun. Ia boleh juga didapati di negara lain seperti Amerika, Filipina, Thailand dengan nama lain seperti snow ice dan sebagainya.
Ia merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang, buahkabungcendolcincaujagung, pemanis, seperti sirap dan sarsi serta air nisan.

Rupa-rupanya bukan Malaysia je ada ABC ni. ABC di Jepun dikenali dgn nama Kakigori, manakala ABC di Philiphine dikenali dgn nama Halo Halo. Gambar kat atas tu kira ABC paling basic la kan. Ada bermacam-macam jenis ABC lagi, berbeza dari segi rasa dan rupa disebabkan perbezaan bahan yang dicampur. Kalau tak percaya tengok la Gambar ABC ni.

Gambar Mesin ABC lama / tradisional
Mesin ABC lama
Bila tengok gambar mesin ABC lama kat atas ni, terimbas zaman-zaman sekolah rendah dulu. Bila zaman dah makin moden, teknologi makin canggih ikut keadaan semasa. Mesin ABC sekarang ni pun dah makin kecik dan senang dihunakan.



Share:

6 comments:

  1. wahh baru tahu :) thanks ABC ada nama macam-macam rupanya ikut negara :)

    ReplyDelete
  2. wah rupanya ABC kat tempat lain pun ada...mesti sedap nie...hihi...kalau kat sarawak nie....memng orang letak yang biasa je....Yang kat sabah ada oshem lah...hihi

    ReplyDelete
  3. kot abc ni.saya suka.yang ais dia dikisar halus

    ReplyDelete
  4. Tapi siapa yang mula-mula buat ABC ni? Hehe

    ReplyDelete
  5. ohhh...baru tahu...memang suka ABC....kat Melaka banyak tempat ABC sedap....

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive