Gambar Lesen Memandu Baru Bersekuriti Tinggi 2013 (LMBT) | Ciri Keselamatan Lesen Memandu Baru

Gambar Lesen Memandu Baru Bersekuriti Tinggi 2013 (LMBT) | Ciri Keselamatan Lesen Memandu Baru | Dalam laporan berita pada Jumaat 14 Jun, memaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) diperkenalkan kepada umum. Kad lesen terbaru itu mempunyai ciri keselamatan lebih baik untuk jangka masa panjang berbanding lesen lama.

Pihak JPJ akan menguatkuasakan kad lesen memandu terbaru itu kepada semua pengguna mulai 15 Julai 2013 bagi mengantikan lesen lama sejak tahun 1989.

Ciri Keselamatan Lesen Memandu Baru

-Antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.
-Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.
-Memastikan kepalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani.

_Sumber

Cara Gantikan Lesen Memandu Baru

Pejabat JPJ - Kad tersebut boleh didapatkan di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai 2013.

Pejabat Pos - Lesen baru itu akan diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November 2013.

.

Post a Comment

3 Comments

  1. Wahh nampak menarik ni mawardi ... kena tunggu birthday dululah baru tukar, alamat ... tamat tempoh 2014 .. huhuhuhu.. aiseh.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  2. kelihatan lebih kukuh..

    kukuh? erk!

    ReplyDelete
  3. wah... mcm comey gak.. erm.. dlm gambo tu nak buat "duck face" agak-agak kena makan kaki tak?? ekekekke kbai >..<

    ReplyDelete