Mana Lagi Sedap, Satar atau LokChing | Alhamdulillah kembara jelajah negeri tempat lahirnya wa pada kali ini sangat best kerana disertai Geng WhatApp Putrajaya (Blogger) . Sepertimana yang semua orang tahu, Kelantan ni dah di ibaratkan sebagai Syurga makanan. Banyak lagi makanan yang ada di Kelantan ni masih belum ada dipasarkan ke luar dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni. 

Memperkenalkan makanan tradisi Kelantan kepada mereka yang tidak pernah tahu akan kewujudannya adalah satu kemestian kepada kami. Kadang-kadang sesetengah makanan yang wujud di Kelantan ni, kami sendiri pun tidak tahu akan kewujudannya kerana hanya ada di tempat-tempat tertentu sahaja di dalam Kelantan ni

Jika tengok pada gambar, rasanya semua orang dah tahu dan dah rasa kedua-dua makanan yang dibuat berasaskan ikan ni kan.  Biasanya Satar famous di Terengganu. Lok Ching pulak biasanya dimakan dengan sos pedas "home made". So kalau ke kelantan jangan lupa untuk cari dan rasa sendiri ye. hehehehe