Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA | Berlokasi di Menara KL (KL Tower) baru-baru ini, U.S Potatoes telah mengadakan satu majlis pelancaran "Real Food, Real Performance 2019" dan juga telah mendidik orang ramai tentang pemakanan bagi prestasi tinggi untuk gaya hidup yang bertenaga. Melalui majlis ini kami semua diberitahu tentang kebaikan kentang dalam membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C. Selain dari itu, kentang juga membekalkan tenaga lebih tinggi berbanding sayur-sayuran lain dan juga kandungan kalium berbanding pisang. Jadi ianya sangat bagus untuk diet seorang atlet.

Fakta penting kebaikan kentang :

620 miligram kalium - dengan kandungan lebih banyak kalium daripada pisang saiz sederhana, kentang amat sesuai untuk membantu otot, jantung dan sistem saraf berfungsi dalam acara jarak jauh jangka panjang

26 gram karbohidrat - kentang ialah karbohidrat berkualiti yang padat dengan nutrien penting untuk prestasi fizikal dan mental optimumdan menjadi sumber khasiat utama bagi otak dan sumber tenaga utama bagi otot. Oleh kerana simpanan karbohidrat badan terhad dan mungkin menyusut walaupun dengan hanya satu sesi senaman yang berat dan berpanjangan, kita harus menggantikannya semula.

110 kalori untuk tenaga - Mudah dihadam dan lebih padat dari segi tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain, kentang pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan pelari maraton.


Untuk pengetahuan korang semua, Potatoes USA kini bekerjasama dengan beberapa orang atlet terkenal di Amerika Syarikat dan juga negara-negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China dan juga Malaysia. Semasa di KL Tower tempoh hari 3 orang atlet telah dijemput untuk berkongsi mengenai kepentingan pemakanan semulajadi penting untuk prestasi tinggi terutama untuk golongan yang aktif bersukan. Atlet tersebut adalah :

  • Pelari Menara No 2 Dunia & No 1 Asia - Soh Wai Ching
  • Pelari Veteran No 1 Malaysia - Jeffrey Ross
  • Juara Ultra-Marathon - Tahira Najmunisaa

Ketiga-tiga atlet ini perlu beradu tenaga untuk berlari dan memanjat ke puncak Menara Kuala Lumpur yang mempunyai 2,058 anak tangga. Mereka juga perlu berusaha untuk memperbaiki masa terbaik masing-masing. Jadi, sebelum acara bermula ketiga-tiga pelari tersebut mengambil U.S Potato Flex Energy Bar (Snek Penambah Tenaga Kentang A.S) sebagai pembekal tenaga.


Tetamu yang hadir pula diminta untuk meneka berapa lama masa yang diambil untuk peserta sampai ke atas. Masa yang dicatatkan oleh mereka dalam larian menara sebanyak 2,058 anak tangga ke puncak Menara KL ini adalah seperti berikut :
  • Soh Wai Ching : 8 minit 42 saat
  • Jeffrey Ross : 10 minit tepat
  • Tahira Najmunisaa : 15 minit 55 saat
Alhamdulillah, rezeki saya apabila berjaya meneka durasi masa paling hampir. Selepas larian, mereka telah diberi minuman U.S Potatos Smoothies bagi menggantikan simpanan glikogen yang telah hilang masa berlari. Setelah itu baru lah mereka berkongsi mengenai amalan latihan dan juga pemakanan masing-masing bagi mengekalkan prestasi mereka. Rata-rata mereka memilih Potatoes USA sebagai salah satu bahan dalam pemakanan kerana kentang memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk membekalkan tenaga yang tinggi bagi seorang atlet.


Selain dari itu, pada majlis tersebut juga mereka ada kongsikan cara untuk mempelbagaikan menu berasaskan kentang, Pakar Diet Sukan / Pakar Pemakanan Ms Adele Wong dan Chef Janice Lee telah berkongsi beberapa resepi yang sesuai untuk para atlet.


Dari segi kos, U.S Potatoes boleh membekalkan nutrien penting pada harga yang termampu. Satu hidangan kentang (5.3 auns) hanya berharga RM1.50 sahaja. Bayangkan kentang yang mempunyai kandungan kalium, serat, protien, vitamin C dan E, kalsium, besi dan magnesium tertinggi bagi setiap wang yang digunakan mengatasi sayuran lain. Jadi apa tunggu lagi, jom pakat beli U.S Potatoes mulai sekarang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan U.S Potato ni, korang boleh rujuk laman web mereka di https://www.potatoesusa.com/ .