Monday, June 03, 2019

BELI BAJU RAYA SEDONDON SATU KELUARGA DI GENE MARTINO

Mesti ramai di antara korang sangat menitik beratkan tentang pakaian untuk hari raya kan? Nak nak untuk mereka yang bergelar ibu tu. Biasanya tanggungjawab mencari dan menyediakan pakaian untuk beraya ni ibu lah yang beria kan. Kalau nak harapkan ayah, tidak kisahlah macam mana pun asalkan ada baju raya.

Bagi sesetengah keluarga, setiap tahun wajib untuk mereka berpakaian sedondon. Pakai baju raya sedondon ni memanglah cantik, tapi ianya bukanlah satu hal yang mudah ya untuk merialisasikannya. Sebab tak semua kedai pakaian ada jual baju yang sama untuk seisi keluarga, melainkan kalau kita tempah baju raya kita dengan tailor.


Tahun ni saya dan keluarga betul-betul raya sedondon. Takperlu susah-susah ke tailor untuk jahit baju sebab Gene Martino ada menyediakan pakaian sedondon untuk seisi keluarga. Jadi tak perlu lah buang masa kehulu kehilir nak cari baju yang mana pattern dan warna yang sama kan?


Amacam, cantik tak baju raya kami?? Apa yang menariknya, Gene Martino ni ada banyak cawangan di setiap negeri. Jadi sangat mudah dan senang la untuk korang pergi shopping baju raya nanti. Tempohari saya dan keluarga ke Gene Martino cawangan Tanah Merah Kelantan. Macam-macam pattern baju raya ada, yang simple sampailah yang pelik-pelik hehe. Dari segi pilihan warna pula sangat banyak dan yang penting up to date.

1 comment:

  1. Salam Aidilfitri 1440H. Maaf Zahir Batin =)
    Taqobbalallahu Minna Wa Minkum..

    ReplyDelete