PERHENTIAN ISLAND RESORT | POINT PENYU POPULAR DI PULAU PERHENTIAN




PERHENTIAN ISLAND RESORT | POINT PENYU POPULAR DI PULAU PERHENTIAN | Sibuk di Kuala Lumpur mendorong saya  dan kawan untuk merancang percutian ke sebuah pulau yang cukup popular di Malaysia ni iaitu PULAU PERHENTIAN yang terletak di Negeri Terengganu. Ramai orang sudah tahu akan kewujudan dan kehebatan PULAU PERHENTIAN ini khususnya KEINDAHAN LAUT nya yang cukup mengagumkan.


Perjalanan kami menaiki perkhidmatan AirAsia telah bermula di KLIA2 ke Kota Bharu memakan masa hampir 60 minit perjalanan. *kenapa ke Kota Bharu? kenapa tidak terus ke Kuala Terengganu?.
Hal ini perlu diambil berat oleh korang jika ingin ke PULAU PERHENTIAN, sudah ramai tersalah mengambil keputusan apabila mereka telah menaiki penerbangan yang mana destinasinya adalah Kuala Terengganu!!! Untuk pengetahuan korang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Baharu) merupaka lokasi paling dekat dengan Jeti Kuala Besut berbanding dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (Kuala Terengganu). Jeti Kuala Besut ini merupakan sebuah jeti yang akan menyediakan perkhidmatan boat untuk ke PULAU PERHENTIAN . 


Untuk pengetahuan korang, PULAU PERHENTIAN ini secara amnya terbahagi kepada dua iaitu PERHENTIAN KECIL dan PERHENTIAN BESAR. Bagi mereka yang pernah ke sini pasti dapat membezakan antara kedua-dua lokasi ini. Tetapi jujur saya katakan, jika anda inginkan percutian yang exclusive dan privacy, maka PERHENTIAN BESAR adalah pilihan yang terbaik.



Lokasi percutian saya dan kawan-kawan pada kali ini sudah semestinya ke PERHENTIAN BESAR di mana resort yang telah menjadi pilihan kami disini ialah PERHENTIAN ISLAND RESORT yang terletak di Pantai Teluk Pauh. *pantai yang cukup bersih dan mendamaikan.

Bilik Superior Classic

Di sini kami telah memilih bilik dari jenis Superior Classic yang mana ianya mempunyai 3 buah katil single yang dengan keluasan bilik yang cukup selesa. *katil tambahan disediakan pada RM80.00 Nett setiap katil / malam. Keselesaan bilik ini ditambah lagi dengan penghawa dingin dan pilihan mandian air panas yang boleh dipasang sepanjang 24 jam. *24 jam akses elektrik.



Banyak aktiviti yang korang boleh lakukan di sini. Rugi kiranya ke PERHENTIAN ISLAND RESORT ini jika kita hanya duduk di bilik sahaja, saya sendiri tidak melepaskan peluang yang ada untuk berjalan di sekitar resort terutama di sekitar pantai Pantai Teluk Pauh yang dikatakan menjadi tempat tumpuan utama penyu di Pulau Perhentian ini. *jangan terkejut jika rezeki anda utntuk melihat penyu naik untuk bertelur di pantai ini semasa kehadiran korang ke resort ini. Boleh sewa google snorkeling dengan harga RM15 termasuk life jacket di pusat sukan mereka dan korang boleh berenang mencari sang penyu. 


Apa yang menariknya lagi, pihak PERHENTIAN ISLAND RESORT  juga telah bekerjasama dengan pihak bertanggungjawab mewujudkan zone penetasan telur penyu sendiri.

Temuramah bersama Mr. Tan

Selain dari tarikan penyu, PERHENTIAN ISLAND RESORT  juga sangat mesra dengan keindahan flora dan fauna. Ada kelihatan kawanan monyet dan sebatang pokok dimana hidupnya beberapa tupai yang sangat jinak berhampiran pusat sukan mereka.


kredit foto amazingterengganu


PERHENTIAN ISLAND RESORT turut menawarkan fasiliti mewah lain di sekeliling resort ini termasuk kemudahan kolam renang, bilik karaoke, kedai cenderamata, pusat urutan (spa wanita) serta restoran mewah dalam dekorasi kayuan klasik.

Restoran Pinang Seribu



PKEJ DI PERHENTIAN ISLAND RESORT

Perhentian Island Resort ada menawarkan 2 jenis pakej untuk setiap pelanggannya. Untuk yang gemarkan suasana santai, ‘Perhentian Discovery’ menawarkan pakej penuh 3 hari dan 2 malam bermula serendah RM430 seorang yang terdiri daripada:

✽ Minuman Selamat Datang
✽ Penginapan 2 Malam
✽ 2 kali Sarapan Pagi
✽ 2 kali Makan Tengah Hari
✽ 2 kali Makan Malam
✽ Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
✽ Tiket Taman Marin


Manakala, buat yang menggemari aktiviti lasak pakej 'Perhentian Snorkeling' bermula pada harga serendah RM510 seorang:

✽ Minuman Selamat Datang
✽ Penginapan 2 Malam
✽ 2 kali Sarapan Pagi
✽ 2 kali Makan Tengah Hari
✽ 2 kali Makan Malam
✽ 2 kali trip snorkeling termasuk peralatan snorkeling
✽ Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
✽ Tiket Taman Marin

Untuk aktiviti snorkeling, kami cukup bertuah kerana berpeluang ke Pulau Rawa dimana lokasi yang cukup cantik yang menjadi tumpuan untuk aktiviti diving.


Apapon jom kita tonton video teaser yang telah disediakan oleh AKUGRAPHY berkenaan percutian kami di Perhentian Island Resort ini.



Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Perhentian Island Resort ini korang boleh terus ke :

Instagram :
@PerhentianIslandResort
Hashtag :
#PerhentianIslandResort

Kredit foto AKUGRAPHY 

Post a Comment

9 Comments

  1. Waduh waduh. Kemain korang yer!

    ReplyDelete
  2. Wah beatnya..Cuti2 malaysia...Terbaik laaa..

    ReplyDelete
  3. cantiknya..bestnyaa..bilalah dapat pergi

    ReplyDelete
  4. Nak baju niiii.. Hehehe
    Pulau tu mem grmai yg ckp cntik.huwaa...lpas baca entri mcm nk pergi jugak

    ReplyDelete