travel, food and lifestyle blog

Followers

KEMEWAHAN HOTEL DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU

Every guest who checks in gets a warm Chocolate Chip #Cookie baked with a lot of #love _ Foto doubletree3.hilton.com
KEMEWAHAN HOTEL DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU | Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila perjalanan kami Sahabat Media ke Selatan tanah air semenanjung Malaysia memberi peluang untuk MY untuk bermalam di DOUBLE TREE BY HILTON. *wow, memang mengasyikkan. Hotel ni dikatakan baru sahaja dibuka pada awal bulan JUN 2014. Dan ia merupakan DOUBLE TREE BY HILTON yang kedua selepas Kuala Lumpur.
Check In
Untuk pengetahuan korang, DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU ini terletak tidak jauh dari Tambak Singapura, hanya beberapa minit dari Central Business District. Ia juga berada dekat dengan Pusat Konvensyen Persada, bangunan kerajaan dan membeli-belah di City Square. Tarikan popular yang boleh diakses dari sini juga termasuk LEGOLAND® Malaysia, Zoo Johor dan Masjid Sultan Abu Bakar. Termasuklah untuk ke Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU ini mempunyai 10 ruang mesyuarat moden yang mana dikatakan boleh menempatkan sehingga 800 orang tetamu, termasuk dua divisible ballrooms, spacious outdoor function areas, Lounge Eksekutif, Pusat Perniagaan dan Pusat perkahwinan. 
DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
Swimming Pool
Mereka juga menyediakan perkhidmatan 24-hour fitness centre, dan kolam renang yang sangat mengasyikkan dan yang pasti ia menjanjikan pengalaman yang tidak akan pernah korang lupakan.

DOUBLE DOUBLE EXECUTIVE ROOM W/ LOUNGE ACCESS


DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
DOUBLE DOUBLE EXECUTIVE ROOM W/ LOUNGE ACCESS  _ Foto doubletree3.hilton.com
Apa yang lebih menariknya tentang kamar tidur untuk kami di sini. Peluang bermalam di kamar mewah DOUBLE DOUBLE EXECUTIVE ROOM ini adalah tidak pernah diimpikan sebelum ini . Jom kita tengok apa yang special dengan bilik yang kami dapat ni.

DOUBLE DOUBLE EXECUTIVE ROOM AMENITIES LIST


A stylish executive guest room, dihiasi dengan menarik dengan menggunakan tona kayu asli dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang serba moden termasuk WiFi, ruang bekerja yang luas, 40 "HDTV. Selain dari itu, konsep bilik mandi transparent yang bergaya yang mempunyai ruang pancuran mandian dan ciri-ciri dinding kaca yang unik. Pegunjung juga boleh menikmati perkhidmatan turn-down, jubah mandi dan capaian eksklusif ke Executive Lounge, dengan sarapan pagi dan petang minuman percuma dan canapés.

DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
DOUBLE DOUBLE EXECUTIVE ROOM AMENITIES LIST
High floor, views, Executive Lounge access, complimentary breakfast & refreshments, WiFi
Business is easy in this contemporary room, located on a high-floor of the hotel. Enjoy access to the Executive Lounge with complimentary breakfast and evening refreshments.
This modern room has two Sweet Dreams beds and the spacious work desk includes a connectivity panel, stationery kit and WiFi. The sleek bathroom features a walk-in rain shower. Special executive touches include your own coffee machine, fluffy bathrobes and complimentary daily newspaper.

DOUBLE TREE BY HILTON

DINING @ DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU

Mereka mempunyai 4 buah ruang makan yang berbeza, tapi kali ni kami berpeluang ke ruangan MAKAN KITCHEN untuk dinner dan breakfast.
DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
Loaf
DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
Red Beans
Di sini, mereka meyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari. Ciri-ciri reka bentuk dalaman serantau inspirasi dan menyajikan makanan istimewa tempatan yang terkenal yang disediakan di depan mata anda, Makan Kitchen adalah satu kemestian bagi pelawat yang ingin merasai beberapa masakan terbaik Malaysia. 

DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
Interior design 
DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
Interior design
Mulakan hari anda dengan menikmati hidangan menggoda Peranakan Melayu, Cina, India dan di makan tengah hari dan makan malam. Stesen memasak secara langsung yang menarik dan bar jus mempamerkan makanan yang lazat dan minuman yang dihidangkan dan makan peribadi pilihan juga disediakan.

DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
Ruang dapur
DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
Ruang Dapur
Ianya beroperasi seperti masa berikut:

MONDAY6:30 am - 11:00 pm
TUESDAY6:30 am - 11:00 pm
WEDNESDAY6:30 am - 11:00 pm
THURSDAY6:30 am - 11:00 pm
FRIDAY6:30 am - 11:00 pm
SATURDAY6:30 am - 11:00 pm
SUNDAY6:30 am - 11:00 pm

COMFORT AND CONVENIENCE

Ruang menunggu dan berehat di sekitar lobi hotel memang menyelesakan. Dengan pemilihan perabut dan kerusi yang pelbagai dan sesuai dengan tema yang ingin diketengahkan.
DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
Lobby
Ia menghidupkan suasana eklusive dan mewah untuk pengunjung duduk dan lepak bersama keluarga ataupun untuk urusan kerja.
DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU
lobby

ENTERTAINMENT & ATTRACTIONS

DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU menawarkan lokasi strategik di tengah-tengah Johor Bahru; minit dari Tambak Singapura dan terletak dalam jarak beberapa langkah dari tempat menarik termasuk Zoo Johor dan Masjid yang terkenal Sultan Abu Bakar, serta daerah beli-luas City Square.

DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU

Untuk info yang lebih lanjut mengenai DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU korang boleh rujuk di website mereka doubletree3.hilton.com [klik]


No. 12 Jalan Ngee Heng, 
Johor Bahru,
80000, Malaysia
TEL: +60-7-2686868
FAX: 60-7-2686888
EMAIL: 

Check-in: 3:00 pm             Check-out: 11:00 am

Parking:
Self parking: (Fee for non resident)
Valet: RM 18 (Per entry)


Share:

TRADERS HOTEL JB JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA

Traders Hotel _ Foto TRADERS HOTEL JB
TRADERS HOTEL JB JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA | TRADERS HOTEL, Puteri Harbour, Johor, Malaysia, merupakan jenama  hospitaliti antarabangsa pertama di Nusajaya, dimana kedudukannya yang strategik di kawasan tepi laut seluas 688 ekar. Tetamu TRADERS HOTEL boleh menikmati suasana gaya hidup moden, kemudahan bertaraf dunia dan rangkaian infrastruktur yang sangat baik .

TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA
Kemegahan TRADERS HOTEL_ Foto TRADERS HOTEL JB
Apa yang lebih menariknya tentang TRADERS HOTEL ini, ia berhampiran dengan taman tema terkenal (LEGOLAND® Malaysia dan Puteri Harbour Family Theme Park) dan Johor's administration capital, Kota Iskandar. *tempatnya sangat strategik

TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA
Sekitar lobi TRADERS HOTEL_ Foto TRADERS HOTEL JB
Jika korang memandu dari Singapura, korang hanya akan megambil masa dalam 15 minit sahaja untuk sampai ke TRADERS HOTEL ini, satu jam dari Lapangan Terbang Changi Singapura dan 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

TRADERS HOTEL ROOMS & SUITES


Traders Hotel memiliki sehingga 283 bilik dan suite yang mana didekorasikan dengan menarik bersedia menerima para pelancong dari jauh dan dekat.
TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA
TRADERS HOTEL ROOMS & SUITES_ Foto TRADERS HOTEL JB
TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA
TRADERS HOTEL ROOMS & SUITES_ Foto TRADERS HOTEL JB
TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA
Bilik Air_ Foto TRADERS HOTEL JB
Untuk info yang lebih lanjut mengenai ROOMS & SUITES boleh ke www.shangri-la.com/rooms-suites [KLIK]

TRADERS HOTEL DINING

TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA
Harbour Cafe_ Foto TRADERS HOTEL JB
TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA
Harbour Cafe _ Foto TRADERS HOTEL JB
Untuk info yang lebih lanjuk mengenai ROOMS & SUITES boleh ke www.shangri-la.com/dining [KLIK]

TRADERS HOTEL HEALTH & LEISURE


Apa yang bestnya mengenai kolam renang yang mereka sediakan untuk kita tersangat-sangat unik dan cantik. Selain dari beriadah dan santai di sini, pegunjung dapat menikmati environment dan landscape yang sangat cantik.

TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA
SwimmingPool_ Foto TRADERS HOTEL JB
TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA
SwimmingPool _ Foto TRADERS HOTEL JB
TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA
Gym _ Foto TRADERS HOTEL JB
TRADERS HOTEL JENAMA HOSPITALITI ANTARABANGSA PERTAMA DI NUSAJAYA

Untuk info yang lebih lanjuk mengenai ROOMS & SUITES boleh ke www.shangri-la.com/health-leisure [KLIK]

TRADERS HOTEL MEETINGS & EVENTS


Untuk pengetahuan korang TRADERS HOTEL ni mempunyai sebiji ballroom seluas 515-sqm dan pelbagai jenis bilik yang sesuai dengan pelbagai jenis event kecil mahupun besar. Semua ruang acara ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang sangat baik dan memenuhi syarat untuk Meeting, Incentives, Conventions, and Exhibitions (MICE) guests.
TRADERS HOTEL JB
Bilik Mesyuarat_ Foto TRADERS HOTEL JB
Semua bilik mesyuarat telah dilengkapi dengan kelengkapan state-of-the-art audio visual (AV) termasuk : 

Pemain DVD
Pelevisyen LED Besar
Projektor LCD dan skrin
Mikrofon (berwayar, tanpa wayar, klip-on)
Satelit dan telepersidangan
Akses internet jalur lebar tanpa wayar
TRADERS HOTEL JB
Ruang Majlis_ Foto TRADERS HOTEL JB
TRADERS HOTEL JB
EVENT SPACES
Semua telah tersedia dengan cukup lengkap di sini, memang memudahkan dan yang paling penting, ianya tersangatlah exclusive.
TRADERS HOTEL JB
Cuba teka sapa sebelah wa? _ Foto Rosmaria Bakhari
Jika berkesempatan di lain hari, Insyaallah MY teringin untuk menginap dan rasai sendiri pengalaman di TRADERS HOTEL Johor Bahru ni . Terima kasih kepada pihak terlibat termasuk Santai Travel Magazine kerana sudi menjemput MY ke sini.


Traders Hotel, Puteri Harbour, Johor, Malaysia

Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 
79000 Nusajaya, Johor Darul Takzim, Malaysia

Tel (60 7) 560 8888
Fax (60 7) 560 8999

Share:

Percutian 2 Hari 1 Malam di Avillion Port Dickson

Percutian 2 Hari 1 Malam di Avillion Port Dickson | 20 Disember 2014 yang lepas, MY telah berpeluang bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan. Seperti biasa, percutian kali ditemani Penaberkala dan Fauzi Aryaan yang mana mereka juga sebahagian dari krew Projek Travel [klik]. Apa yang menarik sangat semasa percutian kami di port dickson ni adalah mengenai Resort yang kami stay iaitu Avillion Port Dickson [klik].


*siapa sangka village people macam MY ni mampu stay kat resort mewah macam Avillion ni kan. Itulah rezeki namanya, kalau nak harapkan duit sendiri tak tahu bila akan sampai ke sini.

Premium Water Chalet Di Avillion Port Dickson ni, kami berpeluang untuk menginap di Premium Water Chalet . Premium Water Chalet merupakan salah satu dari chalet mewah yang terletak jauh ke laut dan dilengkapi dengan balkoni peribadi yang menjanjikan pemandangan laut yang menakjubkan di Selat Melaka.


Korang boleh mandi dan menikmati kesegaran air pancuran di bawah langit terbuka atau memilih bathtab mengikut citarasa sendiri.Kalau rasa tak cukup dengan air pancuran dan bathtab tu, korang juga ada pilihan untuk mandi di kolam renang yang berada di luar chalet. 

Untuk pengetahuan korang, Premium Water Chalet juga dilengkapi dengan signature 4-poster bed and a Pangkin daybed. *pergh romantik habis weh. Antara kemudahan lain yang disediakan di Premium Water Chalet ialah seperti berikut.
*amacam, teruja tak? Seriusly, chalet dia sangat luas dan selesa. Sangat sesuai untuk pasangan yang datang untuk haneymoon. 

Food Hunting | Memandangkan makan malam kami tidak termasuk dalam pakage yang kami dapat. Kami telah bersepakat untuk dinner kat luar kawasan resort sambil menonton perlawanan akhir bolasepak Piala Suzuki Malaysia - Thai. Tempat yang kami pilih untuk dinner kali ni ialah di Ghodang Kopi Tiam, yang mana ia berada di area Teluk Kemang. 

Apa yang menarik perhatian kami tentang makanan disini ialah Coconut Shake dia. *pergh menyelerakan, besar pulak tu.

Coconut Shake 
Selain dari itu, kami juga ada try Banana Cheese diorang. Memang korang kena cuba. Lain dari yang lain. Tengok pun dah tahu macamana rasa dia.

Banana Cheese
Kami juga ada oder makanan panas seperti nasi goreng. Apa yang MY nak katakan, makanan dia semua sedap. *Highly recommended la kat sini. Kalau tanya MY, seriusly kalau MY datang lagi ke Port Dickson ni, MY akan singgah lagi kat Ghodang Kopi Tiam, Teluk Kemang ni.

Selesai makan, bola pun dah habis, kami terus balik ke resort untuk setelkan kerja yang mana tertangguh. *cuti pun keje tetap kena siapkan hehe. Bila dah siap semua, baru lah boleh tidur dengan lenanya. 
-------------------------------------------------------------------

Apa yang MY nak kongsikan serba sedikit mengenai Avillion Port Dickson ni, walaupun resort ni cukup mewah di pandangan kita yang marhaen. Tetapi ia juga ada kekurangan dari segi kecekapan servicenya terutama di bahagian registration. 

Pesanan MY, jika anda berpeluang ke sana, pastikan anda kaji betol-betol harga dan kemudahan yang korang akan dapat . Ia untuk mengelakkan kekeliruan bila tiba masa pembayaran.

Untuk pihak resort, MY ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerina kehadiran kami krew #projektravel ke sana. MY berharap pihak Avillion Port Dickson boleh kaji balik sistem perkhidmatan pendaftaran khususnya untuk online booking.  Sekian terima kasih.

Share:

Cuti Sekolah di Taman Tema Air | BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA

Cuti Sekolah di Taman Tema Air |  BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA | Dah lama tak ke taman tema. Tempat yang dituju oleh MY kali ni adalah ke Taman tema air iaitu BAYOU LAGOON PARK RESORT . BAYOU LAGOON PARK RESORT ini mempunyai banyak perkidmatan dan kemudahan seperti pusat konvensyen, pusat jualan, taman eksklusif air, business hotel, service pangsapuri dan resort style.
BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA
BAYOU LAGOON PARK RESORT -Foto bayoulagoon.com.my
BAYOU LAGOON PARK RESORT dikatakan terletak hanya 15 minit dari hotspot pelancongan yang terkenal, Melaka Bandar Warisan Dunia dan yang berdekatan dengan Ayer Keroh. Ia juga merupakan destinasi yang sempurna untuk business success dan keluarga untuk aktiviti air yang menyeronokkan.

PENGINAPAN DI BAYOU LAGOON PARK RESORT

Mempunyai 2 unit bangunan iaitu Amari Villa dan Tahiti Villa @ BAYOU LAGOON PARK RESORT, Melaka yang menampilkan 565 unit bilik pilihan yang berbeza kemudahannya. Semua unit pangsapuri dilengkapi dengan menarik untuk keselesaan dan kemudahan anda.

BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA

Admin berpeluang untuk menginap di Studio Room With Jakuzzi. Memang cukup selesa dan sangat luas.
BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA
Studio Room 
Bosan bermain di Taman Tema Air, Ibu bapa boleh menenangkan fikiran dengan berjakuzzi di bilik.
BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA
With Jakuzzi
Sedikit lagi info mengenai penginapan di BAYOU LAGOON PARK RESORT

Apartment Amenities

Individually controllable Air-conditioning
Bathroom with cold/hot shower
Coffee and tea facility
Bottled of drinking water
Bathroom amenities
IDD phone
LCD Television with Astro channels
Iron & ironing board (available upon request)

Terms and Conditions may vary during festive season and public holiday.

Extra bed at RM70 Nett per night inclusive of 1 breakfast.
Late check-out, day use rate will apply.
If check out time between 1:00pm - 3.00pm, 50% of the room rate on the particular day will be apply.
If check-out time exceeds 3pm, full day rate will be apply.
Long term, group and corporate rate available upon request.
We only accept Visa and Master card only.
Rates are subject to change without prior notice.
Check-in time: 3:00 pm
Check-out time: 12:00 noon

RUANG MAKAN DI BAYOU LAGOON PARK RESORT

BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA
RUANG MAKAN DI BAYOU LAGOON PARK RESORT-Foto bayoulagoon.com.my
Makan di BAYOU LAGOON PARK RESORT menjanjikan pengalaman baru yang menarik untuk anda dan keluarga. Terdapat dua outlet untuk memenuhi selera makan anda iaitu di , Bayou Coffee House Bayou dan Pool Café.
BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA

RIADAH DI BAYOU LAGOON PARK RESORT

BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA
Water Theme Park-Foto bayoulagoon.com.my
Sepertimana yang admin bagitahu diatas, BAYOU LAGOON PARK RESORT ini bukan sahaja sekadar hotel, tetapi ia juga mempunyai water theme park yang sangat best.
BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA
Water Theme Park-Foto bayoulagoon.com.my
BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA
Water Theme Park-Foto bayoulagoon.com.my
BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA

Di BAYOU LAGOON PARK RESORT ini bukan hanya terdapat taman tema air sahaja. Mereka juga menyediakan Gym untuk pengunjung-pengunjungnya.
BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA
Gym -Foto bayoulagoon.com.my
Selain itu juga korang juga boleh mengisi masa terluang korang di Games Room.
BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA
Games room-Foto bayoulagoon.com.my
Dan jangan lupa untuk mengalami sendiri pegembaraan 9D theatre yang pasti menyeronokkan.
BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA
9D theatre - Foto oleh penaberkala.blogspot.com
Jadi apa tunggu lagi, jadikan BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA ini sebagai salah satu destinasi hebat untuk anda dan keluarga terutama tibanya musim cuti sekolah. 
-----------------------------------------------------------

Bayou Lagoon Park Resort Sdn. Bhd.

Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort,
Jalan Wakaf Utama, 
75450 Bukit Katil,
Melaka.
Tel: 06-233 0888
Fax: 06-253 3876

GPS Coordinates
2 14' 32.67" N 102 18' 23.28" E

Sumber : www.projektravel.com
Share:

Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra | November Disember 2014 Part II

Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra | November Disember 2014 Part II | Untuk aktiviti seterusnya, jom kita tengok apa yang telah kami lalui untuk menghabiskan waktu untuk hati pertama di atas kapal ni.

30 November 2014

Baca artikel sebelum

1.09pm : kami hanya diberi masa 5 minit untuk meyimpan barang di cabin masing-masing sebelum event pertama kami bersama Pak Nil iaitu Meet and Greet & Photo Session with PAK NIL + Afternoon Snacks .

persiapan pantas sebelum ke event seterusnya
Alhamdulillah, walaupun agak rushing, kami tetap berjaya mengikut jadual dengan jayanya. *Gambar di atas dan dibawah ni merupakan gambaran ringkas mengenai bilik/cabin yang kami akan stay untuk tidur. 

Bilik kami untuk 3 malam di sini
Walaupun bilik ni agak kecil bagi kami, tetapi ia tetap selesa dan boleh muat sehingga 3 orang untuk tidur dalam satu masa.

1.15pm : Para peminat Pak Nil mula berkumpul di Stardust Lounge, yang mana ianya terletak di deck 5 untuk sesi Meet and Greet & Photo Session with PAK NIL + Afternoon Snacks .

Meet and Greet & Photo Session with PAK NIL + Afternoon Snacks
Sebelum bertemu Pak Nil, peminat-peminat beliau dibenarkan untuk makan terlebih dahulu. *almaklumlah semua sudah kelaparan. Jalan jauh katanya. hehe.

peminat PakNil beratur untuk megambil makanan
Makanan tengahari disediakan khas untuk peminat-peminat Pak Nil di  Stardust Lounge ni, dimana tempat yang akan berlangsungnya event Meet and Greet & Photo Session with PAK NIL

sahabat media yang turut serta dalam pelayaran ini
Selain dari MY, ini merupakan sahabat media yang turut serta bersama untuk pelayaran kali ini. *abaikan perut yang makin membesar tu. ekekkekeke.

Jamuan buffet untuk makan tengahari
Jamuan yang disediakan untuk lunch di sini merupakan berkonsepkan buffet. Apa yang penting ianya sangat banyak pilihan dan sedap. *untuk air korang jangan risau, diorang akan layan kita sorang-sorang untuk oder. ehheehe

Pak Nil in the house
Okay, bila semua dah kekeyangan, Pak Nil telah muncul sambil menyayikan lagu "Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang". Dan kemeriahan di  Stardust Lounge mula terasa dengan sorakan peminat-peminat Pak Nil. 

Sambil beramah mesra bersama peminat-peminatnya, Pak Nil juga menerangkan itineri pelayaran bersamanya selama 4hari 3 malam bersamanya ke PHUKET dan KRABI.

Majlis tidak habis diditu sahaja, ini kerana Pak Nil telah membuat kejutan besar yang pertama untuk peminat-peminatnya dengan mencari pemenang Samsung Galaxy Note. *pergh menggelabah semua mencari klu untuk menang smartphone tu.

Peserta yang hampir bertuah
Pemenang hadiah misteri
Ini merupakan pemenang hadiah misteri dari Pak Nil. Ia merupakan semangat awat yang telah Pak Nil berikan untuk peminat-peminatnya yang turut serta dalam pelayaran kali ini. Bak kata Pak Nil, "ada banyak lagi kejutan selama 4 hari 3 malam pelayaran kita" . Dan yang pasti ianya memang tidak mengecewakan.

3.00pm : Tepat jam 3 petang kami mula beredar dari Stardust Lounge dan memulakan aktiviti "free and easy" . Pada waktu ini, ada yang terus ke cabin untuk berehat dan ada yang bersiar-siar sekitar cruises untuk megambil gambar. 

Bagi yang inginkan makan malam formal bersama kapten kapal (Gala Evening)  , pada masa ini kaunter Reservation telah dibuka . 

4.45pm : Pada jam 4.45 petang, bertempat di Assambly station di Pool Side yang berada si Deck 9 telah diadakan "Safety Drill For All Guests" . Taklimat ini sangat penting untuk semua peserta pelayaran untuk mengetahui cara-cara untuk menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan.

"Safety Drill For All Guests"
belajar sesuatu yang baru mengenai keselamatan di atas kapal
5.00pm : Selepas taklimat keselamatan. Program kami diteruskan dengan  “Sail Away Party With PAK NIL” di tempat yang sama iaitu di Pool Side. 

Ucapan dari Pak Nil
Persembahan
Tarian oleh crew cruise bersama peserta

Bergambar bersama Pak Nil
6.00pm : BBQ dinner party telah bermula pada jam 6 petang di tempat yang sama iaitu pool side. Dinner yang sangat meriah dengan pelbagai pilihan makanan termasuk seafood.

BBQ dinner party
Sambil kami menikmati makan malam yang cukup hebat ini, kami juga telah dihiburkan dengan LIVE SHOW BAND

Untuk aktiviti kami pada sebelah malamnya, jom kita tengok itineri di bawah nie.


Selesailah program sehari kami di atas Superstar Libra ni. Tak sabar untuk cerita perjalanan hari seterusnya yang sudah pasti sangat best. Nantikan sambungannya untuk Part III dan seterusnya.

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive