Sungai Lembing yang berada di dalam daerah Kuantan Pahang mempunyai banyak tarikan ecotourism yang tersendiri. Kalau dulu ianya cukup popular dengan lokasi perlombongan bijih timah bawah tanah. Menyedari tentang banyak lokasi dan hal menarik yang boleh di terokai di Sungai Lembing ni, saya dan beberapa orang rakan blogger bersama seorang wakil dari pihak Tourism Malaysia telah ke sini pada 9-10 November yang lepas.


Jom saya kongsikan pengalaman saya dan rakan-rakan semasa bercuti di Sungai Lembing tempoh hari. Berikut merupakan beberapa lokasi dan aktiviti menarik yang kami telah lakukan di sekitar Sungai Lembing.

MENEROKAI LOMBONG BIJIH TIMAH LAMA TAI PEI TONG


Lombong TAI PEI TONG merupakan sebuah lombong bijih timah bawah tanah yang membawa pengunjung melihat sisa aktiviti perlombongan pada zaman dahulu. Ianya merupakan salah satu lombong bijih timah terbesar dan terpanjang di dunia dan dilombong oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sebuah syarikat British dari tahun 1906 hingga 1986.


Terowong bijih timah lama ini dikatakan sedalam 700m & sepanjang 322km keseluruhannya! Lorong yang dibuka untuk orang awam masuk hanyalah beberapa peratus dari lapisan teratas dari 23 lapis lagi di bawah bumi.

MENDALAMI SEJARAH TEMPATAN DI MUZIUM SUNGAI LEMBING


Muzium Sungai Lembing terletak di bekas kediaman pengurus lombong - Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sebuah syarikat British dari tahun 1906 hingga 1986. Apa yang menariknya, bangunan ini merupakan bangunan kayu dan masih lagi mengekalkan ciri-ciri senibina British. Muzium ini dibina dan ditadbir oleh Jabatan Muzium Malaysia. Muzium Sungai Lembing dibina untuk menghidupkan semula memori zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai pengeluar bijih timah Pahang.


Muzium Bijih Timah Sungai Lembing memaparkan pelbagai koleksi parithernalias perlombongan yang digunakan dalam perlombongan bawah tanah. Item menarik termasuk mesin penggerudian, landasan keretapi, topi keledar keselamatan dan perabot milik pejabat pengurus lombong bijih timah.


Yuran Masuk: RM2 (dewasa), RM1 (tua dan OKU), Percuma (kanak-kanak berumur 12 tahun)

MENIKMATI MEE JAWA SUNGAI LEMBING

Mee Jawa Sungai Lembing
Selepas penat menerokai Lombong bijih timah lama. Kami telah singgah di warung Mee Jawa Pok Yeh Sungai Lembing. Sejujurnya ini merupakan pertama kali saya makan Mee Jawa. Bagi peminat Mee Jawa saya syorkan untuk korang datang dan cuba sendiri keenakan Mee Jawa di sini. Selain Mee Jawa, warung ni juga ada menyediakan banyak lagi menu lain untuk pelanggan mereka.

MENGINAP DI BILIK BERKONSEPKAN JEPUN (T-BOX)

Memandangkan ada lagi tempat yang kami nak lawati di sekitar Sungai Lembing ni, kami telah mengambil keputusan untuk bermalam di T-Box Sungai Lembing. Mereka mempunyai beberapa jenis bilik, cabin, dan cottage. Ada bilik untuk family, berdua dan ada juga untuk seorang (backpackers).

Japanese Double Room
Bilik yang saya inap pada malam tersebut adalah Japanese Double Room. Keadaan bilik ni sangat besar dan boleh memuatkan sehingga 2 - 3 orang (katil tambahan dibenarkan). Setiap bilik dilengkapi dengan katil double, bilik mandi persendirian dengan kemudahan pancuran mandian air panas. Antara kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini adalah seperti televisyen dengan ASTRO, penghawa dingin, almari pakaian, meja kopi, cerek dan peti sejuk kecil. Maklumat lanjut boleh rujuk di web mereka tboxsungailembingresort .

Backpackers cabin
T-Box Sg Lembing Resort
Address : EB 33, Jalan Sungai Lembing, Kampung Tengah, 26200 Sungai Lembing, Pahang.
Tel No : 010-2882993
Business hours : Sun to Sat (12am - 1159pm)

MENIKMATI KEINDAHAN SUNRISE DI SUNSET HILL


Baru saja dibuka kepada orang awam, Sunset Hill ni mempunyai pemandangan yang cukup indah dan mendamaikan. Pastikan korang datang ke sini seawal yang boleh supaya tidak terlepas peluang keemasan melihat matahari terbit.

Keindahan panorama di puncak bukit
Tidak perlu mendaki tinggi kerana ianya boleh diakses dengan menaiki pacuan 4 roda sehingga ke lokasi pemandangan tersebut. Tiada bayaran dikenakan untuk ke sini.

TRACKING KE AIR TERJUN PELANGI


Lokasi Air Terjun Pelangi berada 18 km perjalanan menaiki pacuan 4 roda, dari pekan Sungai Lembing. Apabila sampai di basecamp, kita perlu tracking sejauh 1.7km lagi untuk menikmati keindahan Air Terjun Pelangi tersebut.


Dari jauh sudah kelihatan bertapa tingginya puncak Air Terjun Pelangi ni. Ketinggiannya adalah dalam 500 kaki. Air Terjun Pelangi ni memiliki keindahan panorama yang sangat menakjubkan. Ketinggiannya mencecah sehingga 500 kaki dengan sudut kecondongan yang sangat condong sehinggakan air dari puncak terus terjun ke dasar.


Kewujudan pelangi ni biasanya dalam tempoh masa 8 am sehingga 10.30 am dengan adanya cahaya matahari yang terik. Jika tidak, kebarangkalian pengunjung nak tengok pelangi tu memang tipis. Jadi plan lah trip anda betol-betol.


Kalau korang berminat, saya sangat mensyorkan korang menggunakan perkhidmatan tour yang dikendalikan oleh Encik Muhammad Ridzaldin Sukimi @ Tomas Smith atau leh mesra dengan panggilan Encik Ridzal ni. Beliau merupakan satu-satunya agensi tour ke Air Terjun Pelangi yang berlesen. Harga pakej yang beliau kenakan hanya RM60 untuk satu kepala. Minimum adalah 5 orang dan maksimum adalah 14 orang untuk satu trip. Pakej RM60 tersebut termasuk :
  1. Permit
  2. Makan tengahari (maggi cup & milo panas)
  3. Transport 
  4. Guide.
Untuk transport, beliau akan pick up tetamu mereka di mana-mana lokasi sekitar pekan Sungai Lembing atau di mana-mana penginapan hotel di sekitar kawasan Sungai Lembing. Selain dari service tour ke Air Terjun Pelangi, beliau juga ada menawarkan service tour lain seperti ke Gunung Tapis, Serundung, Water Tracking di Sri Jaya yang melalui 32 km walking dan banyak lagi. Encik Ridzal boleh dihubungi di talian  +6012 9479 516.

MENIKMATI MEE BANDUNG VIRAL SUNGAI LEMBING


Sebelum balik ke Kuala Lumpur, sempat juga kami singgah untuk makan Mee Bandung yang tular dengan kisah Permaisuri Agung tu. Walaupun bukan di kedai asalnya. Tapi tukang masak yang menyediakan Mee Bandung untuk kami hari ni merupakan tukang masak yang sama untuk kedai mee bandung viral tu.


Memang tidak dinafikan bahawa rasa Mee Bandung dia sangat enak . Tak hairanlah Permaisuri Agung pun sanggup singgah dan makan Mee Bandung masakan mereka. Harga untuk semangkuk Mee Bandung ni hanya RM6 . Tukang masak yang menyediakan Mee Bandung ni adalah En. Wan Sahidin.
Entri ini terlaksana melalui program "VM2020 Glamping Media Trip" pada 7 - 10 November 2019 dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.