IPU Tidak Sihat | Maklumat Terkini Masalah Jerebu di Malaysia

IPU Tidak Sihat | Maklumat Terkini Masalah Jerebu di Malaysia | Hari ni baru terasa akan Jerebu di Malaysia ni. Mana taknya tekak rasa cepat kering, mata plak rasa pedih-pedih. Tambah pulak member-member pakat dok muat naik gambar memakai mask. 


Maklumat terkini masalah jerebu di Malaysia sepanjang bulan June 2013
Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada Jun 2013 telah membuatkan sesetengah kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat

Sesetengah kawasan di negeri Johor, Melaka dan Selangor adalah antara yang mengalami nilai status IPU melebihi 100.

Pihak yang terlibat, telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar


Jerebu di Malaysia

Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.

Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan

Selain itu, negara jiran Singapura turut dilanda jerebu tebal yang memenuhi ruang udara negara itu ekoran kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia

Maklumat semasa dan terkini indeks pencemaran udara Malaysia (APIMS)

Orang ramai boleh mengikut laporan mengenai bacaan indeks jerebu dikawasan yang terjejas dengan melayari laman sesawang rasmi Jabatan Alam sekitar, klik pada pautan url http://www.doe.gov.my/webportal

Laporan mengenai status yang berkaitan dikemaskini dari masa ke semasa dalam laman sesawang itu untuk maklumat orang ramai._My Sumber 


Adakah Jerebu Berbahaya?

Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia

IPUPENGKELASAN
0 - 5Sihat
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
> 300Berbahaya
<http://pmr.penerangan.gov.my>


Post a Comment

3 Comments

  1. ada yang bilang jerebu tu dari indonesia, hasil pembakaran... paling teruk aku rasa tahun 2005/2006

    ReplyDelete
  2. tahun lepas ada keluar pasal jerebu dalam kertas geografi spm

    ReplyDelete
  3. Boleh amalkan NUTRIFERON & PERFORMANCE DRINK untuk boost sistem imun memandangkan keadaan jerebu semakin teruk..
    Blh dapatkan produk shaklee dari saya.tq

    ReplyDelete