Januari 2021 - 6 Negeri Di Malaysia Kembali PKP


Memandangkan jumlah jangkitan Covid-19 semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam esok, (Rabu, 13 Januari )sehingga 26 Januari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam ucapannya, PKP itu melibatkan tiga peringkat pelaksanaan, iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.


PKP Bersyarat (PKPB) akan dijalankan ke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh itu.


Negeri yang dikenakan PKP adalah negeri berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh Kementerian kesihatan (KKM) dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Untuk mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian Covid-19 ini, aktiviti sosial melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali.

Bagaimanapun, bagi negeri di bawah pelaksanaan PKPP, aktiviti sosial dibenarkan, tetapi tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.

Berikutan pelaksanaan PKP itu, pergerakan rentas negeri dan daerah juga tidak dibenarkan di seluruh negara. Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah itu, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari ini.

Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan adalah terhad dalam 10 kilometer radius sahaja, manakala bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, hanya dua anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama.

Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

5 SEKTOR YANG DIBENARKAN BEROPERASI DAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI SEKTOR EKONOMI PERLU


Siaran Lansung : Perutusan Khas Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Oleh Perdana Menteri Malaysia Januari 2021


Situasi terkini 11 Januari 2021 #COVID19 di Malaysia :

Sebanyak 2,232 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 138,224 kes.
Sebanyak 1,006 kes telah pulih menjadikan 109,115 pesakit telah pulih dan discaj.
4 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 555 kes.
Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKPP boleh hubungi hotline 03-88882010.

Post a Comment

0 Comments