Intipati Perutusan Khas Darurat Perdana Menteri


Hari ini 12 Januari 2021, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan darurat. Jemaah Menteri dalam nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat bahawa darurat seluruh negara perlu diisytiharkan memandangkan kes jangkitan semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam masa terdekat.

Intipati Perutusan Khas Darurat Perdana Menteri

Oleh itu, kerajaan perlu mempunyai kuasa-kuasa tertentu bagi memastikan wabak ini dapat dibendung dengan lebih berkesan dan perkhidmatan kesihatan yang disampaikan rakyat tidak lumpuh. 

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐲𝐭𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐤𝐥𝐚𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐮𝐫𝐚𝐭.

Tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif #COVID19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Post a Comment

1 Comments

  1. Mungkin ini yang terbaik untuk negara. Mudah kerajaan nak selesaikan lagi2 masalah covid-19

    ReplyDelete