BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

"Orang kata kecil-kecil cili padi'. Tapi kewujudan mereka memang tidak dinafikan ada baik dan buruknya. Siapa mereka tu? Apa yang MY nak cerita ni pasal serangga dan haiwan perosak seperti lipas, lalat, semut, nyamuk dan tikus. Secara analoginya, kita tidak pernah tahu bahawa mereka turut berkongsi kediaman dengan kita. Sedar-sedar mereka dah ada ke sana-kemari mencari rezeki di kediaman kita. *kalau nak dikata mereka tu di undang memang tidaklah.

Apa yang MY perasan, lipas merupakan serangga paling popular di dalam senarai serangga yang tidak disenangi dan dibenci. *kesian ko lipas. Kadang-kadang bila kita jumpa lipas, perasaan kita takut kat mereka lebih kuat dari perasaan mereka sebagai seekor lipas takut kat kita manusia yang kononnya cukup hebat dan hensem cantik jelita ni. Kenapa? *geli katanya. eiuwwwwww. ahahahahha. Silap-silap maknyah pun boleh terkejut suara jantan kalau lipas masuk kain. Ahahhaahha.

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS | Bila anda melihat lipas di kediaman atau dimana-mana, elakkan dari memukulnya sampai mati dengan tangan kosong kerana isi perut lipas sangat bahaya. *berani ke nak pukul lipas dengan tangan? busuk kot. huhu
lipas
Rupa bentuk fizikal seekor lipas
Untuk pengetahuan pembaca, memalui satu artikel yang telah MY baca mengenai lipas ni, mereka sangat melarang kita untuk membunuh lipas, tambah pula membunuh lipas dengan ganas sehingga terkeluar isi perut. *jangan ganas-banas heheheheh. Ini kerana, di dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup walaupun diluar tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut), ia akan bergerak untuk mencari tempat baru. *jadi AWAS ya

Bentuk fizikal cacing ini sangat pendek, halus dan lembut dan hanya akan dapat dilihat pada mata kasar normal manusia bila jarak pandang sekitar 10-20cm sahaja. *kalau rasa diri tu rabun, kena closed lagi la. haha

Cara nak tengok kewujudan fizikal cacing ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Kita akan melihat cacing lipas akan bergerak-gerak.  

Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana cacing ini mampu untuk masuk melalui liang roma kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.*jadi AWAS ya
---------------------------------------

RACUN MEMBUNUH SERANGGA DAN HAIWAN PEROSAK | Ramai yang menggunakan racun perosak untuk langkah membunuh haiwan dan serangga-serangga ni. Tapi adakah kita sedar, sejauh mana produk-produk racun serangga dan haiwan tu boleh menjamin keselamatan kita sebagai pengguna . Silap-silap dengan kita sekali KO, terutama bila spray yang memang megandungi racun dan berfungsi untuk membunuh haiwan atau serangga.

PENYELESAIAN | Jadi sebaiknya kita fikir macamana untuk menghalau serangga lipas ni. Halau lebih baik rasanya dari jumpa dan bunuh. Tak perlu nak jumpa lipas dah. *kalau jumpa pasti kita yang lari dulu. Jadi MY cuba buat research sikit kat internet mengenai produk atau cara-cara termasuk cara tradisional untuk halau serangga termasuk lipas ni. *nak tahu apa MY jumpa?.

SERAI WANGI

Ya Serai Wangi! Malah bagi mereka yang tidak berpeluang untuk mencari dan menanam Serai Wangi dirumah, kini ianya sudah di pelbagaikan dalam beberapa jenis produk khas untuk menghalau serangga dan haiwan perosak. Ianya memang dah ada di pasaran.

Rupa-rupanya, salah seorang kawan blogger dari #KelabBloggerBenAshaari iaitu abang Lan Careno pun pernah guna produk Serai Wangi sebelum ni. Tapi dia guna untuk menghalau semut. Ternyata memang produk dari Serai Wangi ni memang bagus untuk halau pelbagai jenis haiwan. Dan yang paling penting ianya tak beracun dan sudah semestinya selamat untuk digunakan. *menghalau dan juga mesra alam sekitar dengan aroma tajam semulajadi.

Insyaallah dengan menggunakan produk ini, anda bukan sahaja dapat menyingkirkan serangga perosak ini tetapi juga membantu memastikan keluarga anda selamat dari penyakit  dan selamat dari racun dari bahan kimia dari racun serangga.
Produk Serai Wangi
Produk dari Serai Wangi yang saya oder dah sampai, jadi tunggu masa nak guna dan kongsi dengan korang di entry akan datang.

Post a Comment

4 Comments

  1. satu perkongsian yg menarik dan boleh cuba. kalo x pkai serai wangi atau pakai serai yg mak aku masak tu je buleh tak agak2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la . tanam dalam rumah ya. ahhaha

      Delete
    2. daun pandan dgn sabun potong kecik2 pun bole.. letak tmpt yg banyak lipas..

      Delete
    3. Klau cacing msuk dalam kaki ap jadi??

      Delete