PELBAGAI RESIPI SIHAT MENGGUNAKAN U.S POTATOES SEMPENA HARI PEMAKANAN SEDUNIA 28 MEI



Pada 28 Mei, US Potatoes meraikan Hari Pemakanan Sedunia yang bertemakan “A World Of Flavours” (Aneka Cita Rasa) bersama 20 orang personaliti berpengaruh di media sosial dengan menyediakan pelbagai sajian yang lazat dan menyelerakan menggunakan US Potatoes sebagai ramuan utama di TCH Foodworks Culinary Workspace, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

US POTATOES MEMPUNYAI BANYAK KEBAIKAN

Produk US Potatoes, sama ada yang segar atau sejuk beku, merupakan produk serba guna yang boleh memberi inspirasi kepada pelbagai sajian; baik untuk pembuka selera, sup, hidangan utama mahupun manisan. Di samping itu, US Potatoes juga kaya dengan nutrien & mengandungi lebih banyak tenaga berbanding mana-mana sayur-sayuran popular lain.


Menurut pakar runding diet Indra Balaratnam, sebiji US Potatoes saiz sederhana menyediakan kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam, dan tidak mengandungi kolesterol, garam mahupun lemak. US Potatoes merupakan sejenis sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga.

Sebiji US Potatoes yang sederhana besarnya juga mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak, dan protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot. Di samping itu, Kentang A.S. kaya dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting menyokong sistem imun badan.


Selain dari itu, Cik Tania Lee merupakan pakar diet sukan juga berkongsi petua tentang manfaat US Potatoes bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas. “Kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan. Karbohidrat ialah pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam dan juga proses pemulihan selepas sesi bersenam, justeru membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum."

“Kentang mengandungi 3 gram protein setiap hidangan yang merupakan sumber khasiat bagi tumbesaran dan juga komponen penting bagi perkembangan otot, ligamen, dan sendi. Kalium ialah mineral yang merupakan elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik. Sebiji Kentang A.S membekalkan15% daripada keperluan kalium harian anda, dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang saiz sederhana,” jelas Tania.

RESIPI SIHAT DARI US POTATOES


Dalam acara tersebut juga, pakar diet Indra Balaratnam ada mengesyorkan empat resipi yang menyelerakan dan berkhasiat menggunakan US Potatoes. Antara resipi sihat tersebut adalah seperti :
  1. Mufin Kentang Russet A.S.
  2. Kroket Feta & Parsli Kentang A.S.
  3. Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S.
  4. Kentang A.S. Bakar ala TexMex.
Jom kita tengok salah satu resipi penuh yang di kongsi oleh pakar diet Indra Balaratnam yang boleh korang cuba sendiri di rumah.

Recipe Title: U.S. RUSSET POTATO MUFFINS
Description of the recipe: Vegetarian, Gluten-free
Recipe by: Indra Balaratnam, Consultant Dietitian
Prep Time: 20 minutes
Cook Time: 30 minutes
Ready Time: 50 minutes
Potato Type: US Russet
Serves: Makes 12 muffins
Prep Method: Boiling, Baking
Course: Snack, Appetizer

Bahan-bahan
  • 3 Kentang Russet AS bersaiz sederhana – kulit, rebus dan tumbuk
  • 1 biji telur – dipukul sedikit
  • ½ cawan lobak merah diparut sangat halus
  • 1/4 cawan bawang besar dicincang halus
  • ½ sudu teh serbuk bawang putih
  • ½ cawan (50 gram) keju cheddar yang dicincang
  • Garam & lada hitam ditumbuk secukup rasa
Persediaan

  1. Panaskan ketuhar hingga 180ÂșC. Sapu periuk muffin tidak melekat dengan sedikit minyak zaitun
  2. Potong kentang US Russet yang telah dikupas menjadi kiub kecil dan rebus dalam air selama beberapa minit sehingga ia lembut apabila dicucuk dengan garpu. Toskan kentang dan tumbuk
  3. Masukkan telur yang telah dipukul, lobak merah parut halus, bawang besar, serbuk bawang putih dan keju cheddar. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa
  4. Bakar muffin selama 30 minit sehingga perang keemasan dan garing di sekeliling tepi.
  5. Keluarkan kuali dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 10 minit sebelum perlahan-lahan mengeluarkannya dari kuali muffin.
Nota ;
Muffin ini boleh disimpan di dalam peti sejuk beku. Untuk memanaskan semula, masukkan sahaja ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 40 saat.
Nutrition

Nutrition Information (per muffin):
  • Calories: 69
  • Protein: 3g
  • Fat: 2g (26% fat from total calories)
  • Carbohydrates: 10g
  • Fiber: 1g
  • Sodium: 55mg
PERTANDINGAN CIPTA RESIPI US POTATOES

Untuk pengetahuan korang seramai 20 personaliti berpengaruh di media sosial / bloggers  telah menyerlahkan kebolehan memasak dan mencipta resipi masing-masing menggunakan US Potatoes, yang sekali gus memperlihatkan keserbagunaan, kepelbagaian cita rasa, kelazatan dan kesenangan menyediakan hasil ciptaan mereka. Saya juga rasa teruja kerana dipilih untuk menjadi salah seorang dari 20 orang peserta tersebut. Terima kasih juga pada Anuar kerana memilih saya untuk jadi pasangan beliau untuk bertanding kali ni. Satu keputusan yang sangat berisiko disitu. hehe.


Untuk pengetahuan korang, ada 10 kumpulan semuanya. Setiap kumpulan diwakili oleh 2 peserta. Jadi pasangan memasak saya untuk challange ni adalah Anuar. Untuk pertandingan mencipta resipi tersebut, kami telah mempertaruhkan 2 resipi baru menggunakan US Potatoes sebagai bahan utama. Dua resipi tersebut adalah, U.S Potato Savory Waffle dan juga U.S Potato Smoothie.


Ada banyak kisah menarik suka duka kami sepanjang mencipta resipi baru ni terutama untuk resipi U.S Potato Savory Waffle ni. Demi mempersembahkan resipi yang terbaik, kami telah melalui fasa R&D sehingga semua stok US Potatoes yang kami beli untuk pertandingan habis diguna untuk percubaan. Banyak kali percubaan dibuat sehingga kami dapat apa yang kami mahukan. Jam 4.30pagi kami berjaya dapat resipi Waffle dari kentang yang cukup rasa, gebu dan penting ianya sihat.


Alhamdulillah, dalam 10 kumpulan yang bertanding dengan 10 menu yang berentap, resipi ciptaan kami telah berjaya menambat hati juri sekaligus dinobatkan sebagai juara. Tahniah juga saya ucapkan kepada pemenang tempat ke-2 dan ke-3.


Untuk maklumat lanjut dan resipi menarik, kunjungi www.uspotatogoodness.com.my atau Facebook: @My Potatoes USA

Post a Comment

0 Comments