Tahun 2019 ni nampak gayanya orang lebih selesa kearah pemasaran produk menggunakan video. Salah satu cara pemasaran paling cepat dan sesuai untuk menyakinkan target user / pembeli. Jadi saya sendiri pun tak nak lepaskan peluang yang ada untuk menyertainya memandangkan chanel youtube memang dah ada lama cuma aktifnya yang tidak. huhu
Banyak hal lagi yang perlu dipelajari untuk set up chanel you tube ni. Tapi tak salah untuk kita belajar sikit-sikit dari tak peduli lansung kan. Alhamdulillah minggu ni saja nampak berubah sikit you tube chanel yang saya ada. Orang kata dari kosong (0) tu dah nampak lah seakan sepatutnya kan. haha
Orang kata You Tube ni boleh jana income. Jadi tak salah untuk saya cuba memandangkan minat tu dah lama ada, cuma mungkin perlukan usaha saja untuk pergi lebih jauh. Diharapkan dengan usaha yang berkekalan ada rezeki saya disini, memandangkan saya sekarang memang tidak mempunyai pendapatan dan kerja yang tetap. Jadi, saya nak ajak rakan-rakan untuk subscribe youtube chanel saya dan jangan lupa untuk klik butang loceng disebelah butang subscribe untuk notification video baru. Insyaallah banyak lagi video akan saya upload untuk tontonan umum. Terima kasih saya ucapkan.
22 تعليقات
mood youtube akak naik turun...semoga madi terus naikkkkk aje...all the best madi!
ردحذفKita dah lama follow utube Madi...
ردحذفAlaaa janganlah kat utube aje, update laa blog juga, nak baca gak blog hehehehe
Saya memang dari awal tahun ni planning nak buat youtube. Dah plan content semua siap. Tapi bila ada baby baru ni, memang rasa tak sempat langsung nak buat content. Tu yang tak terbuat buat
ردحذفMood youtube akak kelaut dalam...all the best ye madi...
ردحذفdo what you expert..you like. Slow2 untuk lebih fokus lagi bagus dari tak buat apa2..chaiyok!
ردحذفhopefully you achieve target you. Tak mahir sangat dalam bidang ni so tengok je la orang jana duit dari sini. All the best & Good luck
ردحذفKalau nak jadi Youtuber kena banyak idea hendak di postkan. Berbeza dengan blogger kan. Good luck bro. :)
ردحذفBagus la dah ada chanel sendiri. Sebagai media influencer mmg sentiasa berubah ikut masa dan skrg netizen/Public mcm lebih suka menonton dari membaca...
ردحذفMat Drat pun dah start publish bbrapa video trip percutian Mat Drat..
Dah subscribe #264! Nanti kita buat YT jangan lupa follow back eh ekeke. Masih dalam perancangan sebab taknak buat video yang record diri sendiri huhu.
ردحذفMe too! I think nowadays the trend is moving towards video than photos.
ردحذفcantik buat cover setiap video. iza pun ada youtube tapi dah lama tak update. tengah cuba untuk buat semula and nak buat cantik-cantik.
ردحذفGood Luck Mawardi. I dah lama tinggalkan youtube sebab tak dapat nak commit sangat. Lagi stress deal dengan copyright issues bila letak lagu background. Paling tak suka bila benda tu berlaku dan I tak rajin sangat nak search lagu. So now I buat youtube bila I ada content panjang je nak share.
ردحذفSebenarnya penyampaian melalui video lebih mudah dan sennag difahami. Sebab tu ramai yang ikuti youtube. Mungkin masyarakat hari ni lebih suka yg visual dan juga malas membaca probably hehe
ردحذفLia pun baru berjinak2 nak but video jadi vlogger dan beralih ke YouTube. Tapi kekangan masa dengan keja lah. Blog pun kadang2 x sempat. Apa pun follow YouTube lia www.youtube.com/liahasty
ردحذفDah subscribe wak. Salam kenal
ردحذفAll the best. Semoga makin sukses dengan Youtube. Buat apa yang kita rasa minat, inshaAllah satu hari nanti ia akan membuahkan hasil
dah subs madi punya channel , apapun all the best luaskan cabang dalam media sosial bukan untuk diri sendiri tapi bagi maklumat pada orang lain ...
ردحذفRawlins pun dah sub lama dah. All the best ye in making money via youtube. InsyaAllah akan berjaya tu. Jangan lupa kami pula nanti ye.
ردحذفSelalu juga tgk utube madi.. Tp jgnlah utube je.. Nnti rimdu nk tgk kt socmed.. Hihi.. Wawa pun nk ke arah utube tp mcm xdiizinkn lagi wt masa ni sbb line slow.. Kwsn sini slow skit klo nk upload video kt utube.. Terpaksalah hold dulu..
ردحذفBetul tu airah pun suka tonton video di youtube. Tapi masih suka juga baca blog-blog orang lain. Nanti Airah hit subscribe button okay
ردحذفWah letop wak! Okey la boleh creat content untuk vlog. Yang simple2 pun okey asal ad something untuk attract org tengok. Go wak. Kite skong. Kite subscribe awak nnti yer.
ردحذفIt is not easy to maintain on you tube channel! All the best to you, and can't wait to see more content in your Youtube channel.
ردحذفSemua social media reach out adalah bagus. Yang penting content yang positif dan praktikal. Semoga berjaya!
ردحذف