Semalam masa menunggu grab untuk balik ke rumah di sebuah lokasi berhadapan dengan sebuah sekolah tiba-tiba pandangan teralih kepada sekumpulan budak-budak yang lengkap beruniform sekolah yang mungkin sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah masing-masing. Ada juga diantara mereka balik dijemput oleh ibuayah masing-masing dan ada juga yang berjalan kaki.
kredit photo www.bhplus.com.my
Teringat nostalgia naik bas sekolah beramai-ramai masa sekolah menengah dulu. Hanya bayar 50 sen sehala dan total pergi balik RM1.00. *tapi ada lagi ke harga bas macam ni sekarang, nak pula di Kuala Lumpur ni?. Cuba bayangkan tambang bas pada zaman sekarang ni? Adadiantara korang juga mesti arif dan berpengalaman tentang hal ni. Memandangkan saya tidak mempunyai anak, tak rugi untuk saya ambil tahu untuk persediaan masa depan kan.
Bila tibanya musim awal persekolahan, saya sendiri dapat tengok bertapa ramai ibu bapa yang cukup struggle untuk mencari kenderaan yang sesuai dan selesa untuk anak-anak mereka ke sekolah. Bagi mereka yang mampu ia bukanlah satu masalah. Tapi bagi ibubapa yang bergaji kecil, ia sudah semestinya sangat membebankan. Cuba korang bayangkan lagi, apa nasib mereka kalau mereka mempunyai 3-4 anak yang bersekolah! Tapi apa harus dibuat? Anak-anak perlu ke sekolah. *alangkah bagusnya kalau ada perkhidmatan bas percuma bagi mereka-mereka yang kurang berkemampuan kan?
PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA DI KUALA LUMPUR
Tahukah korang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan perkhidmatan bas sekolah secara percuma buat lebih 6,500 anak-anak penghuni projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).
Diatas kesedaran bahawa bas sekolah pada masa kini sangat membebankan ekonomi para ibu bapa, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama syarikat-syarikat bas terpilih telah memulakan operasi perkhidmatan bas sekolah percuma pada tahun 2017.
Hasil inisiatif menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pekhidmatan ini diharapkan dapat membantu sebilangan besar penghuni penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar wilayah persekutuan.
Pendekatan ini bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. Kos yang diperuntukkan untuk setiap pelajar adalah RM80 seorang. Para pelajar yang berdaftar menggunakan perkhidmatan bas itu mestilah berpakaian seragam sekolah semasa menaiki kenderaan itu.
Semoga dengan adanya usaha bantuan ini yang berterusan, dapat membantu meringankan bebanan lebih ramai keluarga dan ibubapa untuk hantar anak-anak mereka ke sekolah.





16 تعليقات
kalau ada program bas sekolah percuma ni zaman kita sekolah dulu kan best! hehe
ردحذفAlhamdulillah, ada juga servis percuma macam ni. Madi... ko mesti tak pernah naik bas sekolah kan kan?
ردحذفUntung org KL ade kemudahan mcm ni...syukur..
ردحذفBeruntung warga KL . Macam nina ni anak 5, Jimat banyak...!!
ردحذفBaru tahu ada bas sekolah percuma ni. Bagus la
ردحذفseronok baik bas sekolah dgn kawan kawan ... teringat pula time sekolah dulu dulu ...
ردحذفbagus bila negara jaga kebajikan camni..khidmat bas free, kat masjid-masjid ada barang dapur free utk golongan memerlukan..
ردحذفSyukur Alhamdulilah..rezeku warga PPR dan penduduk rumah pangsa DBKL
ردحذفskrg yuran bas pun sorang pergi balik RM100 beza giler ms time kita2 dulu 50sen je pergi..kdg2 free je balik sekolah sbb pakcik driver baik..ni dah ada bas free lega sikitlah parents kan
ردحذفbetul tuh..kalau ada anak ramai bulan bulan berapa plak nak spend untuk bas sahaja..nasib baik ada bas percuma.
ردحذفPercuma???? Wow.. baguslah, jimat duit ibubapa bayr tambang bas skolah saban bulan :)
ردحذفUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ردحذفbantu ringankan beban ibu bapa
ردحذفBest naik bas sekolah
ردحذفZaman sy pulak rm1. Pegi balik dah bape ringgit. Lepastu bus cuma ada 1je. Bayangkan kalau nak cepat dapat trip pertama tu kena keluar awal 6.30pagi. Balik sekolah pon tak bole lambat memangla kena tunggu teksi. Bertuahnya kpd mereka ada bus percuma. Please la hargai usaha murni ni dgn rajin p sekolah. Takde alasan nak ponteng dah.
ردحذفbetui tu sekarang ni ramai mak mak risau kos van/bas sekolah mahai
ردحذف